Friday, 25 October 2013

Meroti..... bekal balik kampung......

Assalamualaikum...... kita meroti dulu ya... dah puas tengok kek jer kan. Roti ni ai buat untuk bekal balik kampung ari tu tapi biasa lah selalu lambat masuk blog. So sape2 yang nok ngecek tu sorry lah ya... dah hancur jadi......(sila sambung sendiri) hehehee...


Roti ni ai guna resepi dari CMG yang pemes tu.... so kalu uolls nak cuba boleh gi ke blog CMG ya. Banyak resepi2 mantop kat situ. Yang atas tu ai letak inti sekaya. Itu jer yang ada stok.

 
Yang ni ai buat macam cinnamon roll, lepas tu parut cheddar cheese kat atas tu dan tabur buah2 kering. Sedap makan panas2....

Sebelum Bakar

Ini laks roti kosong jer dalam tu cuma letak filling kat atas nak kasi dia rasa sikit hehehe... pipe jer filling stoberi and blueberry sedap gak.

Selepas Bakar

Filling stoberi tu macam cair sikit so bila bakar jadi terlebih meleleh lah plok. Banyaklah juga ai buat bukan setakat bekal boleh bagi2 kat adik2 ipar ai kat kampung. Boleh lah merasa roti ai yang tak seberapa itu kan....


Saje kasi gambar dekat sikit..... bagi uolls terliur hahahaha..... nanti cepat2 gentel sendiri n makan panas-panas yummies.... Roti ni memang gebus gebang masa panas. So tunggu apa lagi.... buat sendiri lah.....


Wednesday, 23 October 2013

3 Tier Fondant Wedding Cake

Assalamualaikum..... lagi gambar tertunggak yang amat lama dalam folder ai ni. Fondant Kek untuk adik ai yang telah melangsungkan hari gembiranya selepas Aidilfitri lepas....hehehe....sorry lah ya lama baru boleh kuar sini.


Kek ni boleh menjadi setinggi  6 tingkat  kalau dideko seperti biasa. Tengoklah setiap stack tu memang tinggi....menggunakan 2 resepi untuk setiap stack tu. Itulah permintaan pihak pengantin....so kita ikut aje....

Berpusing2 nak potong kek hehehe.....


Tema Putih Pink.... sebenarnya bunga tu kaler pink n gold tapi tuan kedai salah warna laks. terpaksa guna juga sebab kalau nak ejas and kaler semula takut tak sempat kering lak bunga tu.... tambah2 orang sibuk nak sambut raya..... nasib lah....lain kali jangan kahwin time raya hehehehe......


Macam ni lah rupa kat dalam nya. Coklat moist kek bawah dan atas dan tengah tu kek butter rainbow. Maka selamatlah sorang adik ai. Ada sorang lagi ....... haih..... macam mana lah rupa kek dia nanti ya hehehe..... tunggu.....(tak tau bila). Tak lupa juga mekasih banyak2 buat adik ipar ai Shira yang bermandi gula nak siapkan kek nih....kul 5 pagi baru siap you.....

Selamat Pengantin Baru.....selamat menjalani kehidupan berumahtangga.... pahit jangan terus diluah... manis usah terus di telan..... sabar, fikir, renung......

Tuesday, 22 October 2013

Talam....Talam....nyum....nyum...

Assalamualaikum..... maaf sangat2 sebab dah lama tak update blog ai ni. Sibuk sangat pun tak jugak, malas sangat pun tak jugak....hehehe.... tapi tak update2 jugak...sabo je lah kan. Malam ni ai nak update Talam yang bersepah2 gambar nya dalam gallery ai ni. Dah tak ingat sape yang order...so kalau tertinggal name uolls yang pernah order ngan ai ni mintak maaf lah yer...Peace !!!



Semua kenal Talam ni kan? memang meletop dalam banyak2 talam yang ai ada....Talam Keladi. Boleh dikatakan Talam ni bermusim jugak ya.... bila ada jer yang order nanti berturut2 lah yang lain order... macam tahu2 jer....hehehe. Talam Keladi ni untuk Rose 2 loyang, Kak Zan 1, Kawan kak Zan 1 (lupe nama), Murni 1, Cikgu Rush 1. Kalau ada yang ai tak sebut nama nya tu sorry lah ya. Memang betul2 lupa sebab lama tak update.


Talam Keladi, Talam Chendol dan Talam Roti Coklat strawberry untuk cikgu Linda sempena majlis sambutan hari raya kat sekolah nya. Terima kasih ya cikgu2.


Dua tiga hari lepas tu cikgu Linda repeat order lagi sebab ada cikgu yang tak sempat merasa sebelum tu. Kali ni Talam Roti Coklat strawberry dan Talam Sekoteng. Harap cikgu puashati dengan air tangan USK ni ya.


Yang ni laks untuk Cikgu Fauziah....nampak nya customer ai ni memang ramai cikgu kan? apa pun terima kasih kerna support USK. Talam Chendol, Talam Keladi dan Talam Jagung untuk makan2 bersma keluarga. Mekasih cikgu....

Close up - Talam Jagung. Nampak lah kaler kuning kat bawah tu kan?

Close up - Talam Chendol.

Macam ni lah rupa pakaging USK untuk Talam. Boleh di potong 81 pcs, 64 pcs, 2" x 1", 2" x 2" dan tak nak potong pun tak apa. Pada Semua yang berurusan ngan USK ni ai ucapkan berbanyak terima kasih. Moga kita dapat berurusan lagi di lain masa.

Sunday, 29 September 2013

Fruits Tart dan Muffin Coklat Pisang untuk Majlis Hari Raya

Assalamualaikum...... kali ni ai update tempahan untuk majlis hari raya yang lepas. Tempahan ni untuk cousin ai dan juga untuk adik ipar ai. Masing2 ada jamuan sempena raya di kediaman or Taman tempat tinggal nya dan juga muffin untuk jamuan kat sekolah. Sememang nya sudah selamat menjamu selera.... so kita tengok je lah gambar2 nya. Kalau ada yang terliur tu boleh calling2 ai ya.



RM0.80 / pcs. Minimum order 50 pcs.

100 pcs Tart Buah untuk Yati. Terima Kasih..... sila order lagi hehehe......


Muffin Coklat Pisang order dari Pn. Fatimi untuk sambutan majlis hari raya di sekolah kebangsaan Kg. Baru. 400 pcs untuk kanak2 riang. Nampak coklat pun dah boleh menarik minat kanak2 kan....Terima kasih yer..... nanti leh oder lg.


RM40 / 100 pcs. Harga buat masa sekarang yer..... so kalau yang teringin nak makan tu boleh order sekarang.....Ramuannya : Pisang berangan, Gula perang, gandum, telur, minyak, serbuk coklat, coklat chip. Boleh tahan jugak ramuanya kan so agak2 berbaloi tak ngan harga yang di tawarkan.... Muffin ni kukus bukan bakar.

Wednesday, 25 September 2013

Doorgift Bacaan Yaasin dan Walimatul Urus

Assalamualaikum.... bertemu lagi kite.... apa kabo semua.... moga sentiasa di kasihi Allah hendaknya. Update lagi gambar2 doorgift untuk perkahwinan adik ai yang lepas dan juga doorgift untuk bacaan yaasin yang di tempah sepupu ai.


Strawberry dan Blueberry Muffin size M sebanyak 300 pcs. 

 
 Muffin Coklat Pisang 700 pcs

Hah!! tu dia kau.... sebanyak 1000 pcs ai buat muffin 2 hari sebelum majlis perkahwinan adik ai nih. Habis semua adik beradik, anak sedara, anak-anak di kerah untuk menyiapkan muffin ni siap ngan packing nya sekali hehehe..... baik punya!! dari pagi sampailah kul 1 pagi baru siap semua sekali. Macam-macam bunyi ada.... bengkok pinggang lah..... sakit perut lah..... sakit kaki lah..... tapi ada aku kisah??? hahaha janji siap. Terima kasih jer lah..... kalu nak upah mintak ngan pengantin ya.....


Kek Marble untuk doorgift baca Yaasin yang ditempah oleh sepupu ai. Dah tak tahu nak bagi apa..... banyak kali dah buat baca yaasin ni dan dah banyak jenis doorgift dah bagi..... kali ni kita bagi kek je lah.

Perisa strawberry

Kek coklat pun ada.....


Maka selesai lah majlis perkahwinan dan majlis bacaan yaasin. Semoga mendapat keberkatan Nya. Terima kasih kerana sentiasa mendapatkan perkhidmatan USK untuk majlis anda.

Tuesday, 17 September 2013

Snowy Peach untuk Pelbagai Majlis

As-Salam.... seperti yang dijanjikan ai update lah gambar2 ai yang dah lapuk kat dalam external hard disc ai tu ya. Kali ni Snowy Peach Custard Cream Cake untuk pelbagai majlis yang di tempah dan ada juga yang di paksa untuk membuatnya hehehe....



Kek ni untuk Miss 17 sempena birthday dia yang lepas tapi ai buat pun lewat juga untuk dia. Biasa lah kan ummi dia ni sibuk jer memanjang...... nasib ler..... Ai buat dalam bekas cam gini senang sikit dia orang nak ngap maklumlah duk asrama kan. 


Yang besar gedabak ni (2 resepi = 10x10") khas untuk sepupu ai yang buat open house aka BBQ pada raya kedua yang lepas. Gara2 kek ni lah ai terpaksa balik awal dari beraya di kampung sob...sob... sedih you!! tapi best jugak boleh lah jumpa ramai sedara mara yang jauh dan dekat semua ada.



Cuci2 mata lah ya.... sebenarnya ai dah tak ada idea untuk deko kek snowy ni. Dah macam2 jenis dah ai buat tapi kadang2 ai ikut jer apa yang customer nak. Ada yang nak banyak buah.... ada yang nak letak stoberi.... ikut jer lah..... tapi harga mengikut buah2 yang di minta lah hehehe..... untuk yang ni ai habis kan jer buah2 yang ai ada sebab ai tahu anak beranak ai ni suka makan buah ni.... Alhamdulillah.... habis.


 

Kek ni laks untuk Miss 6 bawa ke tadika bagi sambutan majlis hari raya kat tadika nya. Kakaknya Snowy dia pun nak Snowy lah juga....mana boleh tak sama jeleeesss nanti. Uolls layan jer lah Snowy ni ya.... kalu rasa terliur or termengidam bolehlah call ai ya....hehehe......


Ini lah dia Miss 6 aka Nur Iylia Mysara berposing ngan Snowy kek nya..... ayat dia masa ni "cepat2 ummi....berat ni" suruh ai cepat2 amik gambo dia ..... tak tahan berat sangat tapi eksyen nak bawak sendiri kek dia.



Sunday, 15 September 2013

Red Velvet Padang Bola dan ......

Assalamualaikum.... lama tak bersiaran ya. Sorry lah.... sibuk sikit jer campur ngan raya, kahwin dan pelbagai majlis lagi. Hari ni ai update untuk order sebelum raya dan hari raya open house mengikut giliran lah ya. In Sya Allah lepas ni ai sambung update gambar order2 dari customer ai yang berlambak nih.

Red Velvet deko padang bola. Yang ni adik ai kat Kota Bahru yang order. Jauh perjalanan ni... kebetulan ai balik kampung so bolehlah buat untuk dia.
 
Dia memang nak kosong macam ni jer... tak nak rumput2 bagai macam padang bola biasa tu.... just letak rumput2 plastik untuk hiasan.


 Puding Roti Apple sebelum bakar
Dah siap bakar. Puding roti ni buat masa ramadhan hari tu...hehehe.... lama benor dah ya. Tapi puding roti ni memang best sangat.... ada apple hijau, kismis, gajus.....dan suka hati uolls lah nak letak apa pun. Ada yang nak resepi ker???

Kek coklat moist buat untuk hari raya lepas... bawa balik kampung. Tak sempat nak buat kek or biskut2 lain. Ai cuma buat chocolate chips cookies jer.

Order dari Cik Wanie yang duk Kota bahru sana.... 7 biji Kek Butter Rainbow dan 3 biji Kek Oren. Wanie cakap untuk dibahagi2 kan pada saudara mara dia sempena hari raya.... best kan.

Red Velvet Cuppies untuk makan2 sempena hari raya..... ntah hari raya yg keberapa ai buat ni....lupa dah.

Enjoy yourself.....nanti ai update lagi gambar2 sempena open house n BBQ sempena raya....bye...bye..


Sunday, 25 August 2013

Coklat Hantaran

Assalamualaikum...... salam Aidilfitri buat semua (syawal masih ada) so ai mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang singgah di sini dan juga pada yang baru singgah juga..... dan pada semua yang support UmmiSarahKitchen ni. Moga aidilfitri ini mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.


Coklat doorgift or coklat hantaran ni ai buat sebelum ramadhan lagi untuk perkahwinan adik ipar ai. Cuma sebagai buah tangan untuk menghantar pengantin ke rumah suaminya/mertua. Biasalah... Melayu kan penuh ngan adat sopan.... tak kan nak bertandang ke rumah orang melenggang jer kan??? mestilah bawak ole2 sikit sebagai tanda kemeriahan ye tak.... 

4 pcs per box - coklat praline almond filling

3 pcs per box

15 pcs per box


Tema kaler suka hati ai jer sebab ai yang pandai2 buat untuk dia.... tapi lupa nak snap gambar yang dah susun dalam dulang tu so uolls imagine sendiri lah ya mcm mana rupa coklat yg telah di susun dalam dulang tu ya hahahaha........ 

Untuk details harga boleh pergi kat label Harga sebelah kanan tu ya.... semua ada kat situ. Untuk yang berminat nak order boleh sms or email ai ke ummisarahkitchen@yahoo.com. Tempah awal2 ya sebab coklat ni tak basi hehehe.... 


Kek Coklat Moist ni sebenarnya untuk makan2 jer tapi di sebabkan banyak bekas jugak ai bawak balik kampung so.... digunakan untuk hantaran juga....kiranya bidan terjun lah kek ni ya....

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...