Tuesday 18 February 2014

Harga Talam

Assalamualaikum...... harga untuk semua talam bermula February 2014. Di harap anda semua berpuas hati dengan harga yang USK tetapkan setakat ini. Semua tahu akan kenaikan harga barang kan.... sebelum ni gula naik pun ai tak kisah kan dan baru2 ni santan pun naik harga jugak adeeehhh... susah nak berniaga kalau macam ni kan. Tapi ai utamakan pakaging untuk Talam ni sebenarnya sebab sebelum ni ai guna plastic case bersama cake board yang harganya mencecah RM3 untuk 2 item tu sebab tu lah lately ni ai guna box biasa jer untuk cover ai punya perbelanjaan. Lepas ni ai akan guna semula pakaging ni dengan harga baru untuk semua talam ai......

Ini lah pakaging yg ai guna dulu (sebelah kiri) lepas tu ai tukar guna kotak kek (sebelah kanan) so sekarang ai akan guna semula pakaging dulu.... lebih cantik dan selamat sebab kotak kek  ni kadang2 tak boleh menampung berat Talam ni.


Talam Keladi = RM30.00 (Paling Top di USK)

 Talam Chendol = RM28.00

 Talam Roti Coklat Strawberry = RM35.00

 Talam Jagung = RM28.00

 Talam Sekoteng = RM28.00

 Talam Peanut Butter = RM35.00

 Talam Serimuka Delima Pandan = RM35.00

 Talam Tokyo = RM30.00

 Kuih Lapis = RM28.00

 Talam Ubi Dhia = RM35.00

Talam Suji = RM28.00

Harap semua customer ai berpuashati dengan penerangan ai ni. Bukan saje2 ai nak naikkan harga Talam ai ni walaupun banyak harga barang dah naik. Rasa nya harga ai ni masih rendah kalau di bandingkan harga disetengah2 tempat lain. Inilah harga yang ai dah tetapkan..... so jangan ada permintaan yang pelik2. Tak nak bekas tu lah..... tak nak masuk plastik lah....macam2 hal. Dah tu uolls nak letak atas tapak tangan jer ker !!!! hehehehe.....Peace.....

No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...