Thursday 26 December 2013

Wedding Cake Pink & Purple Theme

Assalamualaikum..... bertemu lagi kita di sini ya. Macamana semua sihat tak? Harap2 semuanya dalam situasi yang mengembirakan...... apatah lagi sekarang mesti tengah sibuk2 buat persiapan untuk anak2 yang bakal ke sekolah nanti. Ai pun sibuk gak jahit baju kurung Miss 7 yang akan bersekolah nanti. Beg dan kasut dah beli... selagi tak beli selagi tu lah dia duk bising kat telinga ai nih. Tapi bila dah beli hari2 dia pakai kasut tu kat dalam rumah....hiks...hiks...hiks... mesti anak2 uols pun macam ni kan?


Kali ni entry untuk wedding cake 2 tier tema pink & purple. Tempahan dari Sue sempena perkahwinannya yang lepas. Sue suruh deko ikut suka hati ai jer.... yg penting ikut tema hehehe...


Sebenarnya Sue order untuk Hantaran sekali...so yg ada nama tu untuk hantaran. 





Coklat Moist Cake with Blueberry & Buttercream filling. Yang ni 8" untuk bahagian atas. Berat +-1.9kg
 
 Bahagian bawah 10" petak. Berat +- 3.4kg. 


Untuk Hantaran 9" berat +-2.2kg. Coklat Moist + Blueberry n buttercream filling and topping


Terima kasih Sue kerna memilih USK bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Sue.... USK mengucapkan Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga..... moga kekal until Jannah.


Saturday 21 December 2013

Red Velvet Hantaran Tunang dan Cheese Leleh

As-salam..... waahhh...rajin lak ai update blog kan? dah tiga hari berturut2 ni (padahal ai dah schedule siap2) maklumlah kejar masa. Time free ni update jer seberapa banyak yang dapat. Kalu merapu meraban tu sorry lah ya, tak ada idea lah tu hiks...hiks...hiks... kalau tak suka tutup jer mata... baca ngan hati...agak2...rasa2...hahaha.... suka hati korang lah kan....asal bahagia udah...


Red Velvet Cupcake ni untuk hantaran tunang sepupu ai. Dah 2,3 bulan.... hari ni baru masuk blog. Saje perap buat pekasam hehehe....tapi tak jadi2 jugak. Ingatkan tak nak masuk blog tapi kesian lak ngan sepupu ai ni kang...melalak.... kek dia tak bersiaran.


Inilah rupa sebenar2 nya hantaran si Azhar nih. 6 biji jer muat kat dalam bakul tu.... pandai2 lah dia bahagi2 nanti hehehe..... Selamat Bertunang Azhar dan Yati nanti bulan 2 majlis kahwin laks..... dah terbayang2 akan kesibukan ai nanti hahaha....


Cheese leleh 2nd time untuk kawan2 Miss 17. Lepas jer exam SPM lepas, suruh ai buat cheese leleh lagi. Ada yang repeat order sebab tak cukup masa 1 st order ari tu. Ai buat jer lah.... maklumlah last day kat asrama. Coklat Moist tu ai buat as a present untuk semua kawan2 nya seramai 22 orang tu sempena selesai exam. Harap nanti semuanya dapat result terbaik....

Friday 20 December 2013

Aneka Talam untuk Regular Customer USK.....TQ

Assalamualaikum semua...... terima kasih pada yang sudi singgah kat blog ai yang tak seberapa ni.... Hari ni kita tengok Talam lagi hehehehe..... boring ker??? yang penting makan tak boring kan... Memang Talam-Talam ni hot sikit kat USK maklumlah sesuai dihidang untuk apa2 jenis jamuan or majlis.


Talam Sekoteng (Pink), Talam Jagung (Hijau) dan Talam Chendol (Coklat) semuanya order dari Cikgu Fauziah. Semua Talam ni harganya RM25.00 (10" x 10"). Cikgu Fauziah nak bahagi empat dan dimasukkan dalam bekas or kotak. Harga kotak mengikut saiz. Kalau kotak kat atas ni bersaiz 6 x 6" harganya 50 sen / pcs.


Talam Keladi untuk Cikgu Rushdan. Cikgu tak jumpa cari rumah ai....kesian. Last2 anak nya datang ambil. Dah banyak kali cikgu Rush ni order ngan ai. Talam Keladi RM28.00


Talam Jagung ni untuk Suhaila.... 1st time order ngan ai. Suhaila dapat tahu dari cikgu Fauziah....terima kasih Cikgu Fauziah sebab promote ai punya talam..... Suhaila punya talam yang besar tu dan yang kecil2 dalam pek tu ai punya hehehe..... untuk makan2 dan bagi-bagi kat adik beradik dan sedara. 


Yang ni laks dari kawan lama ai Kak Za..... memang selalu order ngan ai. Kali ni Talam Chendol dan Muffin Coklat Pisang untuk di hidang pada sedara mara yang datang dari jauh. 

Talam Keladi dan muffin coklat pisang juga di order oleh Mashadi untuk potluck kat office nya. Sorry lupa nak ambik gambo hehehe....

Terima kasih pada semua yang sentiasa support and ulang order dengan USK. Kalau ada komen atau apa2 yang tak puas hati harap boleh bagitau ai ya.... harap USK boleh improve lagi di masa2 akan datang.....TQ alls...

Thursday 19 December 2013

RBW for Haris & Aqilah

Assalamualaikum.... lamanya tak bersiaran. Sibuk ngan banjir dan juga seminar. Rumah ai tak kena banjir tapi office ai yang di landa banjir huhuhu..... habis file2 ai yang kat rak bawah tu... hampir mencecah lutut juga lah air kat dalam office. Penat tahap gaban nak berkemas.....macamana lah rumah2 yang tenggelam terus tu kan.... banyak2 lah bersabar....


Tempahan Kek RBW ni dari my cousin dari KL. Alang2 balik kampung terus celebrate birthday 2 anaknya kat kampung. Ai pakai jer apa2 yang ada dalam stok ai ni untuk tampal2 kat kek tuh. Maklumlah last minit oder hehehe.....


Happy belated birthday to Haris dan Aqilah.... sorry lah ya Mas kalu ada terkurang dengan kek ni. Macam2 hal kan.... kalau nak cepat ada jer yang menghalang... kadang2 ok kdg2 meragam jugak buat kek ni. Kadang2 coklat buat hal hehehe.....haih sabo je lah.


Monday 2 December 2013

Snowy Peach & Talam..... Tq.

Assalamualaikum semua..... dah 2 disember kita.... dah masuk musim tengkujuh kat pantai timur ni. Sekarang pun hujan tak berhenti2.... nanti malam tengok berita mesti ramai yang kena pindah ni. Apa pun semoga anda semua selamat dan sentiasa berjaga2 pada yang tinggal di kawasan yang sentiasa di naiki air tu ya...

Snowy Peach Custard Cream Cake dan Talam Keladi ni adalah permintaan dari sepupu ai untuk meraikan harijadi anakanda nya yang terchenta. Kali ni ai ubah kaler sikit... kasi kuning terang tak macam biasa pucat jer.... bagi meriah hahaha....


Ini pun last minit oder.... ai tak kisah pun kalau semua bahan cukup dan kebetulan tak sibuk sangat dengan oder2 yang lain. Boleh lah celah2 kan...

Snowy Peach standard size 9" - RM70.00


Tak boleh nak deko lebih2 sebab banyak buah kat atas tu..... sebenarnya kek ni memang simple jer deko nya tapi kadang2 ai letak banyak buah untuk memeriahkan lagi rasanya. Kalau ada permintaan nak letak stoberi pun ai tambah jer.... tapi harga nya pun bertambahlah jugak....

Talam Roti Coklat Strawberi - RM35  dan Talam Chendol RM25

Edisi menyelit ya hehehe..... Talam roti coklat stoberi dan Talam Chendol ni tempahan dari Cikgu Aidah dari Sekolah Men Keb Kerteh untuk dibawa balik ke Kota Bahru sempena majlis Tahlil (kalu tak silap ai). Terima kasih banyak2 atas order anda semua.


Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...