Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

Apam, Puding dan Talam lagi.....

Assalamualaikum..... Wordless wednesday??? boleh ker....hehehe



Talam Chendol dari regular customer Suhaila...TQ.


Talam Chendol - RM28 dan Talam Tokyo - RM30. Oder dari Zati. TQ

 Puding Roti Marble untuk Majlis Cukur Jambul anak sedara ai.

Apam (suka hati) untuk Majlis Cukur Jambul jugak...

Tq all....wordless wed menjadi...yeah...hehehe...

Monday, 10 June 2013

Lagi Tempahan untuk Candy Buffet

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera semua..... sibuk sikit minggu ni dengan tempahan majlis nikah kahwin dan juga birthday.... maklumlah cuti sekolah kan. Mak bapak pun excited jugak nak buat majlis semasa cuti ni.... semua anak2 balik dari jauh dan dekat. Meriah gitu....

Apam Polkadot Black & White Theme



Kek Gula Hangus
 
Blueberry cheese Tart
Red Velvet Cupcakes

Tu semua tempahan untuk candy buffet yang dikendalikan oleh adik ai. Kalau nak details pasal candy buffet ni boleh tengok blog dia kat Sini . 

Yang bawah ni edisi mencelah.... Talam Suji ai buat untuk makan2. Lama dah beli tepung suji tapi kali ni baru dapat buat.... untuk tempahan leh tengok jenis Talam yg ada kat blog ai ni.



Wednesday, 29 May 2013

Tempahan Hari Guru

Assalamualaikum....... laju sikit entry kali ni sebab dah banyak yang menunggu giliran untuk masuk ke sini hehehe..... Tempahan untuk hari guru yang lepas dan bercampur juga ngan order2 yang lain. Sekali harong meng-update sebab dah akhir bulan...nak tutup kong...hahaha.....

 Talam Peanut Butter

 Talam Jagung

Talam Keladi

 Rainbow Butter

 Apam Polkadot

Terima kasih pada semua yang menempah.... Pn. Zainun, Cgu Rahaya, Pn. Fatimi dan Pn. Zaliha. Harap berpuas hati....



Ini Pula coklat Brownies yang dibawa Miss 6 ke tadika nya untuk sambutan hari guru kat tadika dia. Balik sekolah sibuk jer bagitahu cikgu suh bawa kuih untuk hari guru. Kebetulan bahan2 untuk buat brownies ni dah lama ai sediakan so....godek2 jap jadilah ia. Brownies ni memang senang jer tak yah mixer bagai pakai whisk jer.... janji cukup bahan. Harap cikgu suka......

Tuesday, 30 April 2013

Tempahan Untuk Candy Buffet / Table

Assalamualaikum..... entry terakhir untuk bulan ni....pejam celik...pejam celik.... dah abis bulan april kan. Tup2 tak lama lagi dah nak masuk ramadhan.... tup2 dah akhir tahun dan meningkat lagi setahun usia kita.... Tempahan pada kali ni lain sikit dari yg kebiasaannya.... Order untuk Candy Buffet aka Candy Table pun buleh.... Candy Buffet ni sebenarnya adik ai yang uruskan bersama ngan Guestbook untuk para pengantin yang akan melaksanakan hari bersejarah mereka. Bagi sesiapa yang berminat boleh dapatkan keterangan nya di blog Craft and wedding Projects ni. 


Ini dia tempahan yg dibuat oleh customer adik ai. 50 pcs strawberry cheese Tart, 50 pcs Bleuberry cheese tart, 100 pcs (3 pcs 10" x 10") Strawberry Slice Cake and 150 pcs Apam Polkadot. 


Ini dia candy Buffet yg diuruskan oleh adik ai tu. Sebahagian kuih2 di tempah dari ai dan yg lain2 seperti gula2, lollipop, marshmellow dam macam2 lagi adik ai yg uruskan atas permintaan pelanggan. Buah celup coklat pun ada...... kalau anda berminat sila contact Nuur Ailmi ni ya....tekan Sini ...


Di samping candy buffet, Guestbook, fabric hand bouquet pun ada. Ada yang tak tahu apa itu guest book ker? alaa..... guestbook yg orang duk tulis ucapan or kata2 or ucap selamat pada pengantin tu..... macam autograf gitu rupanya.....ada gaks heheheehe.....ianya sebagai kenang-kenangan dari tetamu pada pengantin.


Terima kasih pada Nuur Ailmi untuk semua tempahan ni. So pada sesiapa yg berminat untuk menempah candy buffet ni cepat2 contact tuan punya blog yg ai dah share linknya kat atas tu..... you tempah jer kat dia... nanti dia yg akan deal ngan ai untuk urusan kuih-muih ni. So, uolls tak yah pening2 lagi nk pikir pasal "Pencuci mulut" ni

Tuesday, 23 April 2013

KKC, Apam, Pavlova, Triffle & Talam

As-Salam.... salam sejahtera. Hari ni giliran 5 jenis tempahan yang ai nak update. Malas nak buat satu2 lagipun tempahan yang biasa2 aje. Kek Kastad chiffon, Apam Polkadot, Pavlova, Triffle dan Talam. Jom lah kita tengok gambo yang tak seberapa nih.


KKC dan Apam Polkadot ni order dari Pn. Ruby. Last minute order...petang kal pagi esok nak dah.... tp memang rezeki Ruby lah kebetulan ai lapang masa tuh. Lepas seminggu Ruby order lagi KKC tu... macam biasa jugak last minute. Jangan amalkan ya Ruby....kalu ai sibuk sorry..morry...lah nak amik order you... nehi,,nehi..... gigit jari lah you.


Talam Roti Coklat Strawberry order oleh Pn. Ruhaya. Cikgu Ruhaya ni jenuh pusing2 cari rumah ai. kesian cikgu... dia nak jugak kenal rumah ai sebab dia kata lain kali nak order, senang sikit terus datang rumah amik.



Talam Peanut Butter order oleh Cik Siti Nuur Ailmi untuk Tunangnya. Sayang nyer.... kat tunang dia kan... biru tuh... mesti tunang dia suke tambah2 lagi dah dekat nak ngundi nih hiks...hiks...hiks... sorry lah kalau tersalah kaler. Moga kena dengan rasa dan citarasa tunang Nuur Ailmi ya.


Pavlova ni ai buat masa pergi Melaka ari tu. Bawa buah tangan untuk cousin ai kat sana. Kebetulan ai pun ada kelas kat Seremban so lajak lah ke Melaka..... lepaking....shopping king.....jalan king....hehehehe....


Triffle ni jugak sama... buah tangan dan buah mulut ai untuk diaorang..... selamat menjamu selera. Sorry lah kalu ada yang terkurang tu.... pakai mana2 bahan yang available jer.....

Pada semua yang meng-order tu... Terima Kasih banyak2. Jangan segan-segan order lagi ya.

Sunday, 24 February 2013

Muffin Hantaran & Polkadot untuk Makan-makan


Assalamualaikum...... salam bahgia semua. Kalau boleh entry seringkas  mungkin kerna kesuntukkan masa. Muffin ni oder dari adik ipar ai untuk adiknya bagi majlis sambut menantu yang diadakan di Kuantan. Ini permintaan dari adik ipar ai supaya digubah dan diletakkan riben siap2. so, ai buat jer mengikut apa yg available kat rumah ai. Harapan agar menepati citarasa nya. 


Disamping tu Fatimi aka adik ipar ai juga order untuk makan-makan juga. Boleh lah kunyah2 dalam perjalanan ke Kuatan. 50 pcs untuk hantaran dan 50 pcs untuk makan2. Fatimi juga oder Giant Karipap untuk breakfast bersama keluarga. Nanti ai cerita lain entry ya.


Apam Polkadot ni tempahan dari cikgu Sek Men Keb Kerteh tapi lupa nak tanya nama ape hehehe.... sebab yang order orang lain yg dtg ambil orang lain tulah tak tertanya nama nya.


50 pcs ada filling dan 50 pcs lagi tak de filling. yang dalam plastik tu extra untuk anak2 nya. Mekasih cikgu.... lain kali oder lagi ya.

Wednesday, 30 January 2013

Apam Polkadot untuk Pelbagai Majlis

Assalamualaikum..... salam bersiaran lagi. Amat sikit update blog untuk bulan january ni. Apa2 pun terima kasih pada yang masih sudi menjenguk ai di sini walaupun tanpa gossip2 hangat..... hehehe.....


Apam Polkadot pelbagai warna ni di tempah oleh Ija dari Gambang, Kuantan untuk majlis perkahwinan nya pada 12hb lepas. Ija tempah awal2 untuk mengelakkan tempahan di reject oleh ai hehehee..... bukan apa kan Ija, lebih selamat booking awal ya tak? dan memang rezeki Ija juga lah sebab kebetulan ai pun nak ke Kuantan untuk menziarah nenek (skg dah arwah) ai yang telah dimasukkan ke hospital Htaa. So, tak yah lah Ija datang ambil sampai Kerteh sini.


Ija tempah dalam 400 pcs tapi ai buat lebih sikit untuk di bawa ke hospital. Boleh lah makan2 ngan mak sedara dan adik ipar ai kat sana. Ija nak colourfull gitu.....meriah sikit kan. Inti strawberry, blueberry dan kiwi. Terima kasih Ija kerna memilih UmmisarahKitchen untuk majlis anda.


Apam ni pula di tempah oleh Haniza dari Shah Alam untuk meyerikan lagi majlis Lenggang Perut yang di adakan di Kuala Terengganu. Otw dari SA niza singgah kat Kerteh untuk ambik Apam ni. Tema nya pun colourfull jugak.... lagi cantik kan? banyak kaler2 ni memang meriah sikit kanak2 pun suka.....

100 pcs untuk Haniza. Tq......


Yang ni lak Miss 6 punya..... dah lama dia tak mem-pipe-kan apam nya sendiri. Ari tu masa buat tempahan Ija dia asyik mintak untuk buat sendiri. Memang ai ada buat lebih so bagi lah dia buat untuk diri sendiri. Pandai2 lah you nak buat macam mana rupa sekalipun.... tak de ai kisah....

Apam dia memang gedabak besar nya.... ni cup untuk muffin dia hentam jer sebab dia tak suka buat yg kecik2.... makan sutir dah kenyang....hehehehe.

Friday, 21 December 2012

Resepi : Apam Belang

Assalamualaikum...... lama jugak ya ai tak berkongsi resepi. Apa kata ari ni kita cuba resepi Apam Belang ni. Rasanya memang sedap..... lembut....gebus.... dan tak terlalu manis. Lebih kurang rasa macam apam polkadot gitu tapi yang ni versi loyang hehehe....


Hah..... nampak tak gambar tu? ada perbezaan kan? memang dah dua kali ai buat apam ni. sebab tu lah ai cakap sedap.... cubalah. bahan2 nya pun tak susah dan cara buat nya pun simple saje. Dah ramai yang mencubanya lagipun apam ni pun dah lama femes cuma ai jer yang ketinggalan.... tapi tak per yang penting buat. Ok, kite tengok resepi nya ya. ai dapat resepi ni dari dapur Kak Ita dan Kak Ita pun dapat dari sumber lain.

APAM BELANG
Sumber : Shamama, UcuBakeryKak Ita
Posted by : Ummisarahkitchen

Bahan-bahan
4 biji telur
2 sudu teh ovallet
1 sudu teh esen vanilla
300gm tepung gandum
220gm gula halus
250ml santan kara (200ml santan + 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna

Caranya
1.  Pukul telur, gula dan ovallet hingga gebu
2.  Masukkan santan dan esen vanilla dan kacau sebati
3.  Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan kacau rata.
4.  Bahagikan adunan pada 3 bahagian dan warnakan
5.  Tuang selapis demi selapis hingga habis. Kukus 30 minit hingga masak.



Senang kan? sesuai untuk breakfast or minum petang. Kacau2, kukus dan apa lagi ngap ler..... Makan time suam2 lagi sedap. Suap punya suap.... tak sedar dah banyak keping dah masuk mulut.


Thanks pada yang sudi berkongsi resepi apam ni. Selamat Mencuba ok....

Friday, 30 November 2012

APAM POLKADOT ~ DOORGIFT MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum..... 1st time dapat tempahan Apam Polkadot yang paling banyak sepanjang ai berkecimpung dalam dunia perniagaan dan blogging ni... hahahaha.... macam business besar perasan betul kan!. Apapun memang mencabar jiwa dan minda untuk menyiapkan polkadot sebanyak 1400 pcs ni. Nasib baik ada assistant2 yang power macam power puff girl hehehe....

macam-macam kaler


Siap Paking 2pcs/pkt.

Itulah dia 1400 pcs = 700 pek tapi ai buat lebih 1500pcs khas untuk makan2 jugak. Tempahan ni datangnya dari Masjid Tanah Melaka sempena perkahwinan cousin ai Dean & Ezayani. Selamat Pengantin Baru semoga kekal ke akhir hayat.

Terima kasih juga pada assistant2 ai Yati, Puteh, Ani, Nadia, Awien yang bertungkus lumus menyiapkan order ni dan berbanyak terima kasih buat cousin ai Pn. Puteh kerna membiarkan rumahnya bersepah2 untuk kami hehehe...... 

Thursday, 29 November 2012

SELAMAT BERTEMU KEMBALI....

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua.....  pertama sekali ai aka ummisarahkitchen memohon berbanyak kemaafan kerana hampir dua bulan (agak2 jer) ai tak bersiaran disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan. So, bagi sesiapa yang selalu singgah kat sini tu ai ucapkan berbanyak terima kasih kerana masih lagi sudi menjenguk ai di sini...walaupun tak jenguk tuan...jenguk blog pun tak per....

Apa nak buat ya? ai buat edisi rojak lah yer.... iaitu edisi meng-update segala benda yang tak sempat nak masukkan kat blog ai ni dulu. So, segala tempahan yang biasa2 tu ai sumbat2 jer kat sini dan yang luar biasa tu ai akan update lain yer.... hehehe macamlah ada yg luarbiasa.


Mini Pavlova - Order dari Nadia n geng dan Juga Wixa

Mini Pavlova ni order dari Nadia bersama member2 opisnya dan juga Wixa (sorry kalau salah eja). Sebenarnya mereka berdua ni sepupu. Ai pun tak tahu pada mulanya tapi bila Wixa suruh nadia ambil sekali ordernya barulah ai tahu....sepupu rupenya. Tapi at last Wixa juga yang datang ambil sebab nadia sibuk. Apa2 pun terima kasih banyak2 dan maaf lah kalau ada yang terkurang di mana2 tu.

KKC order dari Kuantan (Kwn adik ipar) & KGH tu order dr Cgu SKKg Baru (Lupa Nama)

KKC ni di buat untuk abg ipar - kenduri doa selamat utk pergi Haji

Apam Polkadot 100 Pcs utk Cgu Noraini, Muffin tu sape punya... waaaa tulun.... sorry ya lupa nama sebab kadang2 ai tak record pun order dr siapa hehehe... yg ai ingat ni semua order dari Cikgu2 SK Kg. Baru Kerteh.

Muffin 100 Pcs untuk Apdah

Muffin order dari Cgu Noraini dan Kek Gula Hangus tu order dr Mak sedara ai untuk majlis bacaan Yassin


Order dari Pn. Kemala untuk kenduri doa selamat

KKC dan mini pavlova order dari Cgu Yus my regular customer dan Muffin tu repeat Order dari Apdah

Kakak ai punya... untuk makan2 sesapa yang datang menziarah suaminya yg balik dr menunaikan hj.

Kepada semua pelanggan2 tetap dan baru ai, ai mengucapkan berbanyak2 terima kasih kerana masih sudi membuat tempahan dari Ummisarahkitchen. Kalau ada terlebih atau terkurang tu harap maafkanlah ai ya.... kalau ada komen2 pun jangan segan silu bagitau ai ya. Mungkin komen dari anda semua boleh meningkatkan lagi prestasi UmmisarahKitchen. 

Ada satu pujian dari Cgu Yus.... "slm K. Ma. Tq for your lovely cake n delicious pavlova. really like it. sedap sgt!!"  Terima kasih banyak2..... ini lah yg membuat kan ai lagi bersemangat untuk memperbaiki diri dan skill ai nih.... so kalu you olls yg pernah order dan ada komen or nk komplen pun ai terima asalkan munasabah ya....  itu saja untuk hari ni....

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...