Showing posts with label Buttercream. Show all posts
Showing posts with label Buttercream. Show all posts

Tuesday, 9 September 2014

Birthday Cake Frozen Theme lagi....

Assalamualaikum..... apa kabo semua dan apa kabo juga pada ibu-ibu yang nerbes sebab anak2 yang menduduki peperiksaan Upsr hari ni hik..hik..hik... banyak2 lah berdoa moga anak kita selamat dalam ujian ni hingga khamis nanti. Moga mendapat ilham dan petunjuk dari Allah s.w.t


Birthday cake tema frozen lagi.... kali ni ai gabungkan dua orang tuan punya birthday untuk entry ni. Deko kek pun lebih kurang juga kan.... tapi perisa kek ni lain2. Glemer ko olaf.... mesti banyak ko dapat royalti kan hehehehe....



"Amalin is 6" Happy Birthday to Amalin. Kek Amalin ni Vanilla sponge blueberry and BC filling dan toppingnya pun BC jugak.


Kek ni laks untuk Safiah. Order dari jauh tapi sambut kat kg di Kerteh. Selamat Hari Lahir untuk SAFIAH....



Kek Coklat Moist Filling and Topping cream cheese. Moga semua berpuas hati dengan kek USK nih. Selamat Hari Lahir.... semoga menjadi anak2 yang solehah dan berjaya....

Monday, 19 May 2014

2 Tier Wedding Cake.... TQ Diana

Assalamualaikum.... salam isnin untuk semua. Moga ceria dan bahgia. Hari ni kita tengok Kek Kahwin untuk Diana baru2 ni. Tema Pink dan Purple. Deko ni Diana kata ikut suka hati akak.... Hehehe...


Kek Coklat Moist with Buttercream Filling + Blueberry Filling dan Buttercream Topping ngan bunga2 berkembang.

Atas - 7"


Bawah - 10"



 

Gambar pun tak de lah cantik mana. snap guna hp jer... so Thanks Diana ya kerna sudi tempah ngan USK untuk memeriahkan lagi majlis Diana.


Thursday, 10 April 2014

Happy Birthday Marissa Humaira

Assalamualaikum.... dah khamis hari ni.. rasa macam sekejap jer dah seminggu. Cepatnya masa berlalu.... banyak yang tak sempat nak di buat dalam masa seminggu kan... sama lah kita.... ada banyak lagi yang tak sempat nak masuk blog ni.


Kek ni Marissa aka kakak dah celebrate pada 1hb April lepas..... tapi kena tunggu giliran jugak untuk update sini. Tak pe lah kakak kan.... janji ada kek Dora hehehe.....

Tuan punya dengan cartoon Dora tu lebih kurang jer rupa dia kan..kan...



Kek Sponge Coklat with Buttercream filling + Blueberry filling dan Buttercream topping. Berat 1.7kg ++ 8 x 14in. Harga RM70.00 tak termasuk edible image. Edible image tu tuan dia beli sendiri. 

Happy Birthday kakak Marissa.... moga menjadi anak yang solehah.

Thursday, 26 December 2013

Wedding Cake Pink & Purple Theme

Assalamualaikum..... bertemu lagi kita di sini ya. Macamana semua sihat tak? Harap2 semuanya dalam situasi yang mengembirakan...... apatah lagi sekarang mesti tengah sibuk2 buat persiapan untuk anak2 yang bakal ke sekolah nanti. Ai pun sibuk gak jahit baju kurung Miss 7 yang akan bersekolah nanti. Beg dan kasut dah beli... selagi tak beli selagi tu lah dia duk bising kat telinga ai nih. Tapi bila dah beli hari2 dia pakai kasut tu kat dalam rumah....hiks...hiks...hiks... mesti anak2 uols pun macam ni kan?


Kali ni entry untuk wedding cake 2 tier tema pink & purple. Tempahan dari Sue sempena perkahwinannya yang lepas. Sue suruh deko ikut suka hati ai jer.... yg penting ikut tema hehehe...


Sebenarnya Sue order untuk Hantaran sekali...so yg ada nama tu untuk hantaran. 





Coklat Moist Cake with Blueberry & Buttercream filling. Yang ni 8" untuk bahagian atas. Berat +-1.9kg
 
 Bahagian bawah 10" petak. Berat +- 3.4kg. 


Untuk Hantaran 9" berat +-2.2kg. Coklat Moist + Blueberry n buttercream filling and topping


Terima kasih Sue kerna memilih USK bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Sue.... USK mengucapkan Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga..... moga kekal until Jannah.


Sunday, 23 June 2013

Coklat Moist Kek Hantaran Kahwin

Assalamualaikum.... salam pagi ahad dan selamat bertugas pada yg bekerja pada hari ahad macam ai ni hehehe..... Apa pun yang anda lakukan moga sentiasa memberi kegembiraan dan keceriaan pada anda semua. Hidangan mata untuk kali ni... Kek Hantaran Kahwin iaitu coklat moist cake dengan buttercream filling and frosting.


Tuan punya sama ngan kek fondant 3 tingkat yg ai masukkan pada entry yg lepas. Coklat moist kek 9" untuk hantaran so ai buat buttercream jer... selamat sikit duk tengah2 panas pun tak per.


Deko pun sendiri buat sebab tuan nya tak kisah macam mana nak deko... janji ada kek dan selamat di bawa. 1st time jugak ai cuba deko macam ni. So far.. ok lah kan? hahaha....

Thursday, 30 May 2013

Coklat Moist CC untuk Hari Koperasi Sekolah

As-salam..... hari ni kita intai2 apa laks yang akan di jamu di USK ni ya... Cupcakes untuk Hari Koperasi Sekolah. CC ni ai buat untuk anak sepupu ai atas permintaan emaknya lah..... sebab anaknya sibuk nak berniaga kat sekolah. Hari pertama dia jual apam polkadot tapi ai tak snap gambo nya..... hari kedua CC ni laks. Menurut ceritanya... CC ni habis sekelip mata jer hehehe..... 50 biji je kan bukan nya banyak sangat. Mesti berebut2 nak kan CC ni ya.... lain kali kita buat lg.

 Macam2 deko... dah tak tahu nk deko mcm mana lg...hentam jer....


Cupcakes Size S

CC Safety Box

Cupcakes coklat moist Sz S
50 Pcs = RM80.00
Buttercream Simple deko

Tuesday, 12 March 2013

Kek untuk Guru Penyayang

Assalamualaikum..... tema kek kita pada kali ni ialah "Guru Penyayang Mentor Mentee" hehehe...... best gak kali ni dapat buat kek untuk guru2 di sekolah Men Keb Kg Baru Kerteh ni sempena perasmian tersebut. Harap2 semua menepati citarasa guru2 dan murid2 yg terlibat.


Itulah rupo kek yang telah di tempah oleh Pn. Hazaliza untuk perasmian Hari Guru Penyayang ni. Pn. Liza nak tema putih dan purple dan siap bagi budget lagi. Bagus lah macam tu kan. lagi senang bagi budget yang uols nak so ai boleh adjust2 mengikut budget uols tu. So ai buatkan Kek Sponge Coklat n Vanilla, filling buttercream + strawberry filling dan topping pun buttercream. Ai buat bunga2 ckit seperti yg Pn. Liza order. Lebih budget sikit2 tu tak pe lah ai sedekah kan untuk anak2 sekolah.


Sorry lah gambar kurang memuaskan sebab malam2 buta ai snap ni n sambung laks pagi2 buta sebelum hantar ke sekolah sebab kek nak sampai sebelum 7.30 pagi. Anak ai pun sememeh jer kena kejut pagi2. Macam kek jgak seperti dititis embun pagi.....wahhh gitu.


Maka selamat lah kek ai "Guru Penyayang Mentor Mentee 2013" moga berjumpa lagi pada 2014....

Sunday, 9 September 2012

REPEAT ORDER DARI ROZITA - PDK PAKA

As Salam dan salam bahgia pada yang sudi singgah kat blog USK ni. Bahgia rasanya kalau anda juga merasa gembira dan ceria menatap butir2 bicara ai ni....hiks...hiks... kepala biol ckit kot... Berbalik pada entri kali ni, sebenarnya dulu adik Rozita yang order tapi hari khamis lepas Rozita lak yang mengorder untuk majlis sambutan Hari Raya kat pejabat/sekolah nya. Mekasih Rozita kerna berkenan pada kek ai ni.

Kek Kastad Chiffon 10 x 10 in = RM50.00

Inilah dia kek yang Rozita order.... tapi memang kek ni tengah meletop kat USK.... wa cakap lu..... hehehe.  Memang banyak permintaan untuk majlis Hari Raya sebagai dessert yang enak. Kek Kastad Chiffon or adik beradik tiri pada Kek Karamel hahaha..... sama jer bentuk dan rupa cuma nama jer lain2. Kalau uolls tengok kek tu dah ada bekas potong kan? memang ai sengaja potong ckit sebagai sample nanti uolls ikut jer ketebalannya sebab kek ni kalu uolls potong nipis sangat tak cantik gak and mungkin karamel tu akan gugur dari kek nya. Takut nanti ada yg tanya nape kek yang you tayang kat blog tu cantik jer sifat nya tapi yang ai punya tak cantik.....hah!! kan? itu lah pasal.....

Bagi yang belum pernah merasanya.... cuba2lah ringankan tangan anda untuk mendail or meng-teks kan ai untuk mem-booking kek ini ya... (rosak bahasa...kalu cikgu bahasa m'sia ai baca ni mesti geleng2 kepala tu sambil berkata...nape lah anak murid aku sekor ni tak reti2 nak tulis dengan betul).

Sponge Coklat kek with Buttercream topping & Filling coklat

Rozita juga order Sponge Coklat Kek 2.5kg untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini. Rozita nak yang besar tapi ai boleh buat size 10 x 15" sahaja sebab tak de kek board yang besar. Itulah kadang2 kedai yang jual barang2 macam ni pun tak jual papan kek yang besar2 kalau ada pun nasib lah tu.....



Tak puas hati betul ai ngan tulisan tu. besar gedabak jer.... rasa2nya dah abis kecik dah ai tulis...tup2 bila siap.... alamak!!! besar jugak...... macam tuan dia jer gebussss....g2 hahahaha.....  bukan apa sebab ruang tu luas dan lebar so tulisan tu pun ikut jer memenuhi ruang kosong..... alasan lah tuh. Apa2 pun harap Rozita berpuashati dan kalau ada apa-apa yang Rozita nak komen bolehlah sms or kal ai ya....jangan segan2....


Wednesday, 6 June 2012

BIRTHDAY CAKE "SPONGEBOB"

As Salam dan salam bahgia selalu.... Spongebob birthday kek ni pun order dari Puteri Fatihah (ai cerita pd n3 lepas). Lupa lak ai nak tanya Fatihah nak celebrate birthday sape.... anak sedara kot.....hehehe sorry lah kalu silap ya Fatihah. Tengah kalut cakap ngan Fatihah pasal kek ni sampai lupa nak tanya untuk sape... tak per lah yang penting kek ni sampai dengan selamatnya. Terima kasih sekali lagi...


1st Time lah jugak ai buat kek bentuk spongebob ni... mula2 Fatihah cakap nak kek spongebob ai rasa terkejut jugak sebab kebetulan banyak kek yg perlu ai siapkan untuk hari jumaat lepas. Tapi bila fikir2 balik... spongebob pun bentuknya petak jer tak der lah susah mana pun.... so ai pun sanggup jer lah untuk Fatihah lagipun Fatihah tak kisah  pun.... bak kata Fatihah "Janji ada Kek" hiks...hiks...


Happy 1st Birthday Hafiy ..... waaaa....baru 1 tahun kek dah besar ni... nanti 2,3 dan seterusnya mesti lagi besar dapat kek kan..... bestnyerrr..

Deko : Spongebob
Berat : 3.3kg  - Ukuran : 10" x 14"
Jenis Kek : Sponge Kek - Buttercream & Strawberry Filling
Topping : Buttercream & Fondant
Harga : RM150.00 

Thursday, 23 February 2012

Kek Padang Bola

Sempena musim bola kali ni.... Pn. Apdah menempah kek untuk ulangtahun anakanda nya pun bertemakan bola juga... mesti Apdah peminat bola ni.... Kek Padang Bola ni siap dihantar pada tuan nya semalam untuk diraikan bersama kawan2 anak nya di Taska. Mesti riuh rendah kan dengan anak2 kecil.... maklumlah taska.... macam2 adaaa..... hehehee. 


Selamat Ulangtahun Firdaus yang ke 2.... moga menjadi anak yang taat pada ibubapa dan berjaya dalam hidup. 

.....Tendangan sudut..... hihi


Kek Coklat Moist 1.5kg++ = RM80.00 + Football Team player

Harap2 Pn Apdah berpuas hati ngan hasil garapan (ceewaahh) ai ni. Macamana dengan pemain2 bola tu semua... tak cukup nak di bahagi2 kan kat kanak-kanak kat sana. Apa pun jangan ada yang nangis2...hentak2 kaki sambil meraung2 berebutkan patung tu dah lah.....haish.... tension cikgu nanti.


Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...