Wednesday 30 November 2011

Separuh Rasa.....

Kenapa malas jer rasa nak hapdet blog ni.....separuh rasa je ada yang separuh lagi entah kemana menghilang.....tempahan ni tuan dia dah amik semalam. Nak bawa balik kg nun di Kota Bahru. Harap-harap kek kastad chiffon tu masih elok bila sampai di sana nanti. Maklumlah tuan nya nak singgah hospital Kuala Terengganu dulu nak check up anak nyer. Pah tu baru balik Kota Bahru. Harap semua nya elok dan selamat menjamu selera di sana nanti ya Puan Faridah......
Apam Polka Dot n Ladybird, Kek gula hangus or sarang lebah, kek kastad chiffon.

Monday 28 November 2011

Muffin Pandan

Salam Maal Hijrah pada semua.....masih belum terlewat kan?....moga kedatangan tahun baru ini memberi seribu keberkatan dari apa segi sekalipun untuk kita semua. N3 ni sebenarnya dah schedule dari semalam.....dah siapkan awal-awal lagi sebab hari ni mmg tak ada masa nak menghapdet blog....ada order yang nak disiapkan lepas balik kerja nanti.


Muffin pandan ni buat untuk minum petang semalam. Senang dan cepat untuk menyiapkannya tak perlu mixer bagai just kacau2 dah siap untuk dibakar. Satu adunan dapat 14 biji Muffin....test dulu nanti boleh buat lagi. Sedap dan wangi bau pandan dan bawa sikit ke rumah mak. Ari tu I buat kek kastad chiffon tapi mak I tak suka sbb rasa esen vanilla tu so kali ni aku buat perisa pandan.....tentu mak aku suke hehehe.

 

MUFFIN PANDAN

sumber : Ummisarahkitchen

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya.

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 

2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 

3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 

4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 

5. Bakar selama 20minit.

SELAMAT MENCUBA

Sunday 27 November 2011

Kek Kastad Chiffon

Akhirnya.....terbuat jugak kek nih. Dah lama simpan jer resepi dan lihat jer sana sini orang duk tayang kek ni...geram jer nengok. Memandangkan cuti lama dan tak de permintaan untuk ari ni (kalu ada oder nak amik ari ni, petang or malam dah kena stand by tenaga hehehe) so petang semalam masuk dapur godek2 apa yang patut, menjadi lah kek kastad chiffon ni. Nampak pada resepi tu macam renyah or susah sbb banyak sangat part dia tu tapi bila dah buat tak de lah susah mana pun......bahan-bahan nya pun yang simple2 jer. Semua dah ada kat pantry tu. Kali ni I tempek sekali ngan resepi nya ya
.



KEK KASTAD CHIFFON
sumber asal resepi : Mars & K.Nor@SecubitGaram
sumber : Ummisarahkitchen

Bahan A (Karamel)
2 sudu besar gula pasir

Bahan B (Kastard/Puding)
2 keping roti gardenia
1 bj telur + 2 kuning telur - dikocok
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/3 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C (Kek)
120gm tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula castor
1/4 cawan minyak jagung
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan air

Bahan D (Kek)
5 biji putih telur
1/4 sudu kecil krim of tartar ~ k.nor skip & I pun skip
4 sudu besar gula halus

Cara membuatnya :
1. Masak gula dalam tin/loyang berukuran bulat 8" dengan api perlahan sehingga perang & hancur kesemuanya dan ketepikan.

2. Blend/kisar  roti (tak perlu buang kulit tepi) bersama susu cair. Kemudian campurkan kesemua bahan B & gaul hingga sebati (gaul manja2 jer) & rehatkan sebentar.

3. Campurkan kesemua bahan C & gaul hingga sebati, halus & lembut.

4. Dalam mangkuk lain yg bersih & kering, pukul bahan D hingga kembang & ringan (soft peak). Kemudian masukkan C kedalam D & kaup balikkan perlahan2 hingga sebati semuanya. 

5. Tuangkan adunan puding (B) ke dalam loyang gula hangus tadi, kemudian tuangkan adunan kek chiffon (C+D) ke atas lapisan kastard perlahan2.

6. Letakkan acuan kek ke dalam dulang yg berisi air 1/2 inci. Letakkan dalam oven & bakar dgn suhu 180°c selama 45 minit/sehingga masak (kaedah double boiling).

7. Bila masak, keluarkan dari oven & kena keluarkan kek ini ketika panas.
   Caranya....gunakan spatula/pisau utk longgarkan tepi kek dari acuan & terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan. Lapisan karemel/kastard akan berada di atas.
 
notajari :
~ Elok ratakan karamel/gula hangus dgn belakang sudu ke seluruh permukaan loyang ketika ia masih panas (cair).

~ Sekiranya anda ingini kek berwarna warni. Bahagikan adunan kpd 2 @ 3 bahagian & warnakan dgn warna pilihan anda. Kemudian sendukkan perlahan2 berselang seli ikut kreativiti masing2.

~ Berdasarkan pengalaman mak membuat kek shiffon. Seeloknya gunalah tepung naik sendiri atau tepung halus (kena + serbuk penaik) utk semua jenis Kek Chiffon sbb ia akan menjadikan tekstur kek ni halus mulus bila dipotong & lagi sedap bila  masuk mulut. Jika guna tepung biasa, teksturnya kelihatan sedikit kasar.

* K. Nor bakar dgn suhu oven 160c lebih kurang 50-55 min. K.Nor rendahkan suhu oven supaya kek tidak naik terlalu membumbung dan supaya kek tidak melimpah keluar dr loyang. Puding karamel yg dihasilkan tidak menghasilkan banyak air yg meleleh bila ditelangkupkan kek pd pinggan jd kek tidak lah basah lencun bahagian bawahnya tu.

#  Ummisarah guna loyang 10" bulat dan bg I mmg ngam ngan loyang 10" ni. I guna tepung gandum jer dan di ayak 3 kali. I juga guna gula pasir jer bkn gula halus (x de stok)


Inilah rupa Kek Kastad Chiffon ku....yang dalam loyang tu nampak ada lubang2 tu kan, aku cucuk nak tengok kek dah masak ke belum tapi besa ah aku sekali cucuk tak puas hati...tu ah sampai 3 lubang tu...wakaka.....Miss 4 makan 2 slice dia cakap sedap tapi kan kalu dia cakap sedap tu mmg sedaplah rasanya sbb dia ni memilih sikit orangnya......jarang makan kuih2 bagai. So....QC past lah tu makna nyer......

Saturday 26 November 2011

Mendung lagi hari ni......

Selama beberapa hari lepas asyik hujan je kat kerteh ni tapi semalam (Jumaat) panas molek....bolehlah membasuh semua yang tertangguh selama beberapa hari lepas. Tapi hari ni (Sabtu) nampaknya matahari macam malu-malu jer nak kuar. Kejap mendung kejap suam2 panas......harap-harap cuaca elok sampai ke petang, tak de lah lembap sangat mood aku nih...hehehe.....

Tapi lembap2 pun masih ada order jugak pagi ni. Dah siapkan malam tadi sbb tuan nya nak amik pagi ni. Nak bawak ke K.L katanya. Bolehlah makan-makan ngan family ye dak Pn Fatimi?. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Selamat pergi dan kembali......eh..eh...macam lah nak gi jauh kan!!

Ini dia Order dari Pn. Fatimi. Tupperware tu tuan nya sendiri yang bawa ya...I tak provide tupperware macam tu......kalau nak jugak cas lebih lah.....hehehe tapi kalau nak pack kecil-kecil boleh....macam yang dalam gambar tu. Transparent plastic case boleh isi 10 pcs muffin..tambah 30 sen untuk satu bekas. Nak Order? sila email, call or isi form kat bawah ya!! Tq.


Friday 25 November 2011

Order Mengejut....

Pagi-pagi kakak ku yang sulung call nak order apam and muffin. siap tanya aku dah bangun ke belum. Aku jawab je belum bangun (kalu belum bangun cam mana nak jawab phone yer tak? hehehe). Pah tu dia suh aku bangun cepat2 and suruh aku buat kan kuih untuk dia. Dia nak bawa ke rumah adik ipar dia yang buat majlis "Naik Rumah". Ada sape-sape yang tak tahu apa tu "Naik Rumah" ker?. Kita orang cakap "Naik Rumah" untuk Majlis kesyukuran atau doa selamat untuk masuk/pindah rumah baru.....rumah sendiri lah....bukan rumah sewa tau!!

 
Macam macam versi (Kaler) Polka Dot, Ladybird and Muffin Coklat Pisang. Aku buat satu adunan untuk apam ladybird n Polka Dot dan satu adunan untuk Muffin coklat pisang. Tak kisah lah banyak mana pun janji siap, cantik dan sedap....ekekeke....

Yang ni dah siap packing untuk dibawa ke rumah adik iparnya. Moga dapat keberkatanNya....


Wednesday 23 November 2011

Hari Kek Lapis

Sememangnya hari kek lapis sebab aku melapis sampai ke pukul 4.00 pagi untuk menyiapkan 4 biji kek lapis Tempahan dari Mrs. Luc Froidevaux dari Melaka. Biasa lah aku kan seorang pekerja so semua tempahan mestilah buat lepas balik kerja. Nasib baik musim cuti sekolah bolehlah Miss 15 tolong aku melapis....Thanks to you Miss 15. (tapi mesti kena upah you....kalau tak lain kali dia malas nk tulong I lak!!)

So, i buat entri asing2 lah kan...nanti senang nak view lain kali ya tak? I buat Kek Lapis Masam manis, Lapis Prune, Lapis Betawi and Lapis Evergreen. Semalam dah pos ke tuan dia...harap2 sampai ngan selamat. Apa2 pun Thank you very2 much to Mrs. Luc. Lain kali order lagi ya....

  Lapis Evergreen, Lapis Betawi, Lapis Prune & Lapis Masam Manis

Siap masuk tupperware lepas tu masuk kotak..wrap and post.....

Untuk sebarang pertanyaan oatau order sila contact atau email atau isi form yang telah disediakan.

Kek Lapis Evergreen

Kek Lapis Evergreen ni adalah 1st trial dan bagi aku menjadi....hehehe. Tekstur nya yang lembut dan moist yang buat nya jadi best. Bahan2 seperti horlick, kaya and serbuk santan digunakan untuk membuat Evergreen ni. memang marbelesss...nyum....nyum....

Yang ni pun order dari Mrs. Luc....buat khas untuk dia......

Kek Lapis Evergreen 7x7  berat +-1.5kg Harga RM60

Sorry lah gambar tak memuaskan hati betul....nanti I upload gambar yang clear ok. Tunggu tuan dia snap kat sana nnti....

Kek Lapis Betawi

Yang ni pun sama lah order dari Mrs. Luc......layannn....

Lapis Betawi - 7x7  berat +- 1.5kg Harga RM55

Kek Lapis Prune

Kek Lapis Prune order dari Mrs. Luc Froidevaux dari Melaka....Harap puas hati dan selamat Menjamu Selera.

Lapis Prune - 7x7  - Berat +- 1.5kg - RM55


Kek Lapis Masam Manis

Macam yang aku nyatakan tadi. Semua Kek ni Order dari Mrs. Luc tapi aku buat entri lain2 sebab nanti senang nak view kan (senang nanti I nak refer). Layan jer lah gambar yang aku snap pakai HP jer ni....

Lapis Masam Manis - 7x7  berat +- 1.5kg harga RM55 
Gambar kek yang dah potong2 tu sebenarnya versi kukus yang aku buat dulu...saje tayang gambar...hikhik...


Monday 21 November 2011

YA......TUHANKU.....AKU REDHA.....

Minggu lepas adalah minggu yang paling meninggalkan kesan yang mendalam bagiku dan mungkin juga bagi keluarga dan sanak saudaraku yang lain. Berita menggejutkan diterima pada hari rabu malam dengan kematian Nenek. Al-Fatihah untuk Nenek semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah S.W.T. Selamat dikebumikan pada hari Khamis dan Majlis Tahlil pada hari sabtu (Hari jumaat Masjid sudah arrange Tahlil untuk arwah).

Pada hari Sabtu aku sekeluarga pergi ke Mesra Mall Kerteh untuk membeli sedikit barangan keperluan. Aku sampai disana lebih kurang pukul 2.00 ptg dengan menaiki Perodua Kembara. Aku ambil parking lot sebelah kanan sebab bagi aku senang nanti nak keluar parking dan terus balik rumah. Tak payah pusing2 parking sebelum dapat keluar kejalan yang sepatutnya. Sebab lepas shopping aku plan nak gi rumah pak sedara untuk tolong apa yang patut untuk majlis Tahlil malam nanti.

Lebih kurang pukul 4.20 ptg aku keluar dari Mesra Mall dan menuju ke parking lot yang sepatutnya....tapi bila sampai saje kat parking.....sebuah kereta Citra telah mengisi parking ku tadi....Ya Allah!! mana kereta aku? Kenapa Citra tu yang parking? Masih tak puas hati, hubby jalan2 round sekitar parking mungkin kami tersalah parking kot? Tapi ternyata kereta kami dah tak ada......dengan kata lain....dicuri....aku tak terkata, kami saling pandang-memandang, masih lagi tak percaya.....mimpi ke?

Kami report pada pihak pengurusan Mesra Mall dan mereka mengarahkan semua guard mencari di sekitar parking tapi hampa....memang keretaku dah tak ada.....apa lagi yang perlu aku lakukan selain dari Pasrah dan Redha dengan ketentuan NYA......sekurang2nya aku rasa sedikit terubat dengan cara itu. Sampai ke hari ini aku masih lagi rasa macam bermimpi.....

Pada malam hari yang sama, dapat SMS dari adik aku memberitahu rumah dia di pecah masuk.....Ya Allah.....apa dah jadi ni.....bertimpa2 musibah terjadi pada keluarga kami.....apalah daya akal kita sebagai manusia untuk menilai atau menafikan semua perancangan Tuhan. Mungkin kita dipilih untuk diberi dugaan sebegini kerana DIA menyayangi kita......Pada bulan January lepas rumah aku sendiri pun di pecah masuk, habis semua barang kemas dan handbag aku di sapu.....Apakah tidak ada Keinsafan dihati mereka ..YA TUHANKU......hanya Engkau yang layak menghakimi mereka2 yang zalim ini.......Aku percaya semua ini ada Hikmah dan Rahmat dariMU.....

Keesokkan harinya aku mendapat maklumat dari pihak polis menyatakan bahawa CCTV di PARKING LOT tersebut tidak berfungsi......apakah perasaan anda kalau perkara yang sama terjadi pada anda? Rasa kesal, terkilan, marah dan macam2 lagi dengan pihak pengurusan Mesra Mall. Bukankah ini tanggungjawab mereka? kalau mereka rasa guard yang ada tidak mampu menjaga keselamatan semua kereta2 yang park disana...sekurang2nya mereka menjaga maintenance atau apa2 yang sewaktu dengan nya bagi menjamin keselamatan pengunjung2 disana. Moga mereka ambil pengajaran dengan kejadian ini dan memperbaiki kesilapan mereka....kepada Semua Rakan-rakan diharap berhati-hati lebih-lebih lagi kalau kenderaan anda tidak ada alarm. Parkinglah di tempat2 yang senang dan ramai yang melihat.......

Wednesday 16 November 2011

Miss 4 menyibuk.....

Petang semalam otw balik dari kerja dapat call nak tempah apam ladybird. So I terima jer... kebetulan semua bahan untuk membuatnya dah ada  sebab sehari sebelum tu pun ada tempahan dan selamat hantar pagi semalam. Dalam duk sibuk2 nak siapkan order ni Miss 4 pun menyibuk kan diri dengan meng"offer"kan diri dia untuk buat ladybird jugak. Dia cakap dah lama dia suruh buat ladybird besar untuk dia tapi I tak pernah2 buat jugak...kesian dia. Semalam sampai nangis2 nak buat ladybird besar....so I pun bagi je lah dia buat selepas siapkan order customer. Adunan ada balance sikit, I bagi dia pipe sendiri dalam cup tu and pegang tangan dia untuk conteng2 badan ladybird tu.....suke nyer dia hajat tercapai.....

Itu dia Giant ladybird yang kaler purple tu. Tapi sayang lupa nak snap gambo dia masa buat apam nih...kalau tak mesti senggih memanjang jer....dapat sebiji mesti kenyang (size cup muffin / tart).

Inilah tempahan dari cikgu Shahriza dari Sk Kg. Baru Kerteh.....terima kasih...moga puashati ngan hasilnya dan selamat menjamu mata dan minda...ahaks....



Tuesday 15 November 2011

Simple Dinner : Nasi Goreng....ter...accident...


Petang Semalam, masa kat office tiba-tiba member cakap ada orang nak order untuk majlis kat sekolah esok nya...so aku terima jelah memandangkan tak ada 'Q' yang menunggu untuk esok. Rushing balik kerja..maklumkan tempat aku keja tu jauh dari umah lebih kurang 45 min - 1 jam jugak itupun aku selalu balik ikut long way (jauh tapi cepat) hehehe.....Masa otw balik tu pikir2 jugak lah malam ni nak masak ape ya?. alah..masak jelah sup sayur and goreng ayam dah lah tu.

Sampai je rumah terus masuk dapor siapkan apa2 yang perlu......bila buka jer periuk nasi...tengok2 nasi malam semalam tu banyak lagi...terus tukar plan buat nasi goreng jer...so, segala macam sayo yang aku dah potong tu masuk kan je dalam nasi goreng tuh....yang lebih tu simpan jer untuk menu esok lak. Aku masukkan sikit udang kering, fish ball, sos tiram, serbuk ayam maggi and goreng ayam celup tepung (tepung segere tempura jah) telur dadar and telur puyuh (sbb plan nak wat sup sayur kan)....


Inilah order yang aku siapkan malam tadi untuk memenuhi harapan Cikgu Mawarmee and the geng dari Sekolah Kebangsaan Seri Iman, kemaman. Apam Ladybird 150 pcs and Muffin Coklat Pisang 50 pcs. Mekasih dan Selamat Menjamu selera...... 

Saturday 12 November 2011

Pulut Inti

Sebenarnya dah lama teringin nak makan pulut inti ni.....ari ni baru tertunai hajat di hati... dulu selalu buat untuk jualan (atas permintaan) tapi dah lama stop membuatnya...now buat untuk makan2 jer lepas hajat hati dah lah...


Inilah rupa pulut inti ku....buat dalam 1kg..biasa lah aku kalau buat mesti banyak2 walaupun isi umah ni hanya 4 orang.... boleh lah bagi2 kat famili ku rasa merasa ....hehehe.... apa kata kali ni kite tengok resepi nyer....resepi agak2 jer janji jadi dan abisss nyum..nyum... 

Pulut Inti
Resepi : Ummisarahkitchen

Bahan A
1kg Beras Pulut - Rendam 4 jam
2 helai daun pandan - potong 2-3inci
1/2 sudu besar garam
900ml Santan

Bahan B (Inti)
150ml Air
250g Manisan / Gula Melaka
2 sudu makan gula - kalu x suke manis kurangkan
1 biji kelapa parut
2 helai daun pandan

Cara :

Untuk Pulut
1.  Tapis pulut dan masukkan ke dalam loyang. (aku guna 2 loyang ukuran 9")
2.  Santan di tapis dan masukkan garam, kacau sebati. Tuang kedalam loyang yang berisi pulut tadi.
3.  Masuk sekali daun pandan yang telah dipotong dan kukus pulut selama 30 minit.
4.  Selepas 15 minit, kacau sikit pulut tadi. Biarkan masak dan angkat.

Untuk Inti
1.  Masukkan air, daun pandan, gula melaka dan gula pasir. masak hingga mendidih dan gula melaka hancur.
2.  Masukkan kelapa dan kacau sebati. Masak hingga inti sedikit kering. Agak2 air gula tu dah kering boleh lah angkat. Jangan terlalu kering nanti tak sedap lak inti tu...



Sape2 yang rasa teringin nak makan tu cuba-cubalah resepi ni. Kalu banyak buat lah 1/2 adunan....buat banyak pun x per ....sedekah lah kat jiran2 sikit kan? Yang siap bungkus tu nak bagi kat mak sedara n adik ku. Boleh lah dia orang merasa..tapi kan....kalu bungkus dalam daun pisang lagi best wangi jer bau nye...tapi umah aku ni mana nak dapat daun pisang...pokok pun sume mati...mesti tangan aku ni panas....x leh bercucuk tanam..hahaha...


Wednesday 9 November 2011

Kek Lapis Prune & Masam manis

Semenjak dapat Oven kek lapis ari tu, baru dapat test buat kek lapis malam raya ari tu oleh kerana kesibukkan yang melanda. Akhirnya dapat juga ku siapkan 2 biji kek Lapis Prune dan Masam manis. Boleh jugak merasa kek lapis ku di pagi raya hehehe.....layan je lah gambar ku yang tak semenggah ni sbb pakai h/p jer...




Lapis Masam Manis





Lapis Prune


Segala urusan Tempahan sila call atau isi form yang telah disediakan di bawah...

Tuesday 8 November 2011

Coklat Hantaran

Coklat Hantaran dengan Hard Cover Box juga digubah khas untuk Nuur dan Heikal. Hard Cover Box macam album gambo tu.....dan boleh di isi 20 pcs coklat. Harga bergantung pada jenis Box yang dikehendaki dan juga jenis coklat. Yang ni white coklat dan perisa Strawberry. Kite layan gambo yer.....





Untuk pertanyaan harga dan tempahan sila call or order melalui form dibawah.



layan je lah hasil gubahanku ini......cuci2 mata...

Monday 7 November 2011

Coklat Box

Coklat Box untuk meja pengantin ni untuk Heikal dan Nuur sempena meraikan majlis perkahwinannya yang lalu. Coklat Box ni juga sesuai sebagai doorgift untuk semua majlis formal or unformal.
di dalam box ni boleh di isi 3 biji coklat

Nuur n Heikal memilih tema Pink dan Putih

Selamat Pengantin Baru....semoga kekal ke akhir hayat...

 
 sebahagian daripada hasil kerja tanganku...

Saturday 5 November 2011

2 Tier Fondant Wedding Cake

First Time buat Fondant Kek selepas belajar ari tu. Permintaan adik ku untuk perkahwinan rakan karib nyer Zanariah. banyak cabarannya untuk menyiapkan Fondant Kek dua tingkat ini maklumlah 1st time lah katakan....try and error and macam2 lagi........akhirnya........taraaa...........kite layan gambar.






gambar2 untuk tier bawah....

ni untuk tier atas.....mcm2 ada kat belakang tuh....hehehe test snap lu tengok ok tak lam kamera....bukan apa takut bersepah susun atur bunga2 tuh...



ini untuk tier atas

2 tier Fondant Wedding Cake

Tapi kan tak puas hati betul lah sebab gambar2 ku sedikit blurr... pakai hp jer nak cepat. Siap jer terus gi hantar sib baik tuan nya nak tengahari. Apa2 pun you olss dah tengok pun gambar nya kan...harap2  Zana puas hati dengan kek nih. Selamat Pengantin Baru Zana & Al-Amin moga kekal ke akhir hayat....




Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...