Showing posts with label Kek Gula Hangus. Show all posts
Showing posts with label Kek Gula Hangus. Show all posts

Wednesday, 25 June 2014

Doorgift : Kek Gula Hangus

Assalamualaikum.... bertemu lagi kita hari ni. Kita tengok lak doorgift untuk Majlis Doa Selamat aka Lenggang Perut untuk adik ai. Kek Gula Hangus sebagai doorgift untuk tetamu yang datang. Cepat dan senang untuk diuruskan kalu terdesak or last minute oder....



Talam Keladi dan Talam Chendol juga untuk pemanis mulut. Amat sesuai untuk majlis2 seperti ini.


Kek Gula Hangus ni ai buat sebagai buah tangan untuk adik ipar ai sempena majlis perkahwinan 2 orang adik perempuannya..... boleh lah jamu para tetamu yang datang.

Friday, 11 April 2014

Doorgift untuk Majlis Cukur Jambul

Assalamualaikum..... salam pagi jumaat semua. Mesti sibuk hari ni kan.... maklumlah hari jumaat kat ganu ni cuti so aktiviti membasuh, mengemas dan macam2 lagi nak di buat hari ni. Mesti huru hara jugak bagi yang ramai anak ya tak? terpekik - pekik nak kena suruh basuh kasut....jemur baju... kemas rumah....haih...penat mendengarnya kan tapi lagi penat nak menguruskannya...


Hari ni kita tengok Doorgift kek gula hangus untuk Majlis Cukur Jambul Muhammad Faress Iman yang telah berlangsung pada hari jumaat lepas. 


1st time ai buat kek gula hangus as doorgift macam ni. Biasa nya ai buat kek coklat moist jer untuk pek yg mcm ni. Pikir punya pikir tiba2 datang idea macam ni. ok gak kan....


Siap 100 pcs doorgift kek gula hangus ini untuk di bahagi2 kan pada para jemputan yang hadir. Sebenarnya Muhammad Faress iman ni anak sedara ai yang lahir kat kota bahru nun tapi balik berpantang kat kerteh ni. Tu la pasal susah sangat duk pikir apa nak buat untuk buah tangan ni hehehe....
 
Yang ni untuk makan2 kita...kita...ajer...

Ini rupa kat dalam dia... kek gula hangus ada yang panggil kek sarang lebah dan kalu belah kelate panggil kek span. Kalu ada sape2 yang berminat boleh pm/msg/wsap untuk tempahan..ok.

Wednesday, 19 February 2014

RV, Cheese Leleh, Talam, KGH & Kek Pisang

Assalamualaikum.... update edisi campur aduk ya. Bukan apa.... order yang sama berulang2 lak tu so ai rasa biarlah ai letak gambar sekali skala jer kalu tak nanti boring tengok kuih or kek yang sama jer ya tak? 


Red Velvet with cream cheese frosting = RM13 / Bks

Red Velvet versi ekonomi. Ini order dari sepupu dan customer ai juga. Banyak kali dah ai buat yang versi ekonomi ni. Alhamdullilah sambutan nya boleh tahan lah. Kadang2 lebih senang nak makan versi yang macam ni. Bagus jugak bagi yang baru nak mencuba macam mana rasa red velvet ni.


 Cheese leleh = RM10 / bks

Yang Atas tu adalah Cheese leleh aka Lava cheese aka cheese melimpah pun ada gak yang bagi nama utk kek ni. Memang malatops cheese leleh ni sampai kadang2 tu tak sempat nak buat. Ada yang siap tempah awal.... kalau ai buat terus masuk nama dia hehehee...... Sebenarnya cheese ni ada bermacam2 perisa tapi setakat ni ai buat perisa vanilla dan pandan jer. Tak sempat nak ejas perisa lain sibuk sangat.


Talam Jangung dan Talam Chendol = 10 x 10 in

Talam ni pun baaaanyaaak sangat permintaannya sampai kadang2 ai terpaksa tolak sebab kesuntukkan masa. Pada sesapa yang ai pernah tolak permintaan uolls tu ai mintak maaf banyak2 lah. Itu memang ai betul2 tak boleh buat tu. Talam yang paling melatops ialah Talam Keladi.... memang ramai sangat peminat Talam ni. Keladi pun sampai mencecah rm9 sekg. Adeesss sakit kepala mak... 

Untuk Talam ni boleh mintak nak potong berapa keping yang dikehendaki. Ukuran Talam 10 x 10in dan boleh potong 81 pcs, 72 pcs, 64 pcs, 45 pcs, 40 pcs, 25 pcs..... tak nak potong terus pun tak per..... lagi ai suke hehehe.... Harga semua talam ni tengok entry sebelum ni ai dah bubuh harga siap2. Yang atas tu order dari cikgu Linda - Talam Chedol n Jagung, Cikgu laili - Talam Chendol, Kak Ma - Talam Keladi itu jer yg ai ingat...yg ai tak ingat tu sorry lah ya tapi terima kasih banyak2.


KGH aka Kek Gula Hangus or kek sarang lebah or kek span (utk ore kelate). Memang lama dah tak buat kek ni. Ini pun adik ai yang mintak untuk jamu bidan yang datang untuk buat "pelepas" lepas bersalin. Orang Terengganu panggil pelepas kalu dah abis pantang 44 hari tu.... negeri lain ai tak tahu la.... Yang ni versi gedabak hehehe.... memang ai buat besar dari biasa.


Kek Pisang versi suka hati ai jer.... tiba2 terasa nak makan kek pisang so beli pisang terus godek2 kat dapur... masuk oven siap..... hehehe.... gambar ni memang "Hot from Oven" lah ai ckp u..... saje nak kasi terliur adik2 ai yang jauh2 tu.... disebabkan banyak sangat so ai bagi jer kat adik ai dan mana2 yang berdekatan ngan ai. Hantar kat sekolah Miss 7 kebetulan adik ai mengajar kat situ. Terus dapat order dari Cikgu2......Mekasih. Itulah dinamakan rezeki untuk 2 belah pihak ya tak?

Thursday, 7 November 2013

Ole-ole raya Aidiladha

As Salam.... dan salam bahgia buat semua yang singgah sini. Moga anda semua sihat dan gembira serta dijauhkan dari segala musibah. Ok, sekarang kita tengok ole2 yang ai janji ari tu ..... tak de lah grand sangat pun ..... just cake jer hehehe.... dah kerja ai buat kek so ai bagi kek lah kan? kalu kerja ai buat keta ke rumah ke.... agak2 dapat tak ai bagi as ole2 hiks...hiks... mengarut jer.


Yeah.... inilah dia Kek Sarang Lebah aka Gula Hangus. Yang 2 biji size 8" tu untuk kawan ai Zaripah. Dia mintak untuk bawa balik kampung nun di Melaka. Dia cakap anak2 sedara dia suka sangat kek ni. Dulu arwah kakaknya suka buat untuk anak2 dia, sekarang dia lak yang order untuk anak2 arwah kakaknya tu..... sedih kan. Dulu arwah kakaknya pun mintak resepi dari ai gak. 


Yang ni semua untuk adik2 dan kakak2 ai as ole2 untuk mereka sempena aidiladha yang lepas. Boleh lah dia orang menjamu selera di rumah masing2 kan.... ai buat 7" dan potong dua dan wrap ngan plastic.


Kek Lapis Cadbury sebenarnya..... tapi sebab tak cukup coklat cadbury tu so ai campur ngan biskut jejari yang di salut coklat.... entah nama apa biskut tu hehehe.... yang ni pun ai bagi kat dia orang gaks. 


Kek Lapis Masam Manis dan Kek Lapis Prune. Ai buat untuk di hidang sempena aidiladha ari tu dan juga dibahagi2 kan pada adik beradik ai jugak. So dia orang boleh pilih.... mana2 kek lapis samada Prune, masam manis or cadbury dan satu bungkus kek gula hangus tu...... dapat lah dua jenis setiap orang. Lupa laks ai nak ambik gambar dia orang haih....rugi...rugi.... kalu tak boleh buat promosi muka2 dia orang kan hahahah.......

Sesape yang berminat nak order boleh call or sms ai ya. Tapi jangan last minute order..... fengsan akak...
 

Monday, 10 June 2013

Lagi Tempahan untuk Candy Buffet

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera semua..... sibuk sikit minggu ni dengan tempahan majlis nikah kahwin dan juga birthday.... maklumlah cuti sekolah kan. Mak bapak pun excited jugak nak buat majlis semasa cuti ni.... semua anak2 balik dari jauh dan dekat. Meriah gitu....

Apam Polkadot Black & White Theme



Kek Gula Hangus
 
Blueberry cheese Tart
Red Velvet Cupcakes

Tu semua tempahan untuk candy buffet yang dikendalikan oleh adik ai. Kalau nak details pasal candy buffet ni boleh tengok blog dia kat Sini . 

Yang bawah ni edisi mencelah.... Talam Suji ai buat untuk makan2. Lama dah beli tepung suji tapi kali ni baru dapat buat.... untuk tempahan leh tengok jenis Talam yg ada kat blog ai ni.



Thursday, 29 November 2012

SELAMAT BERTEMU KEMBALI....

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua.....  pertama sekali ai aka ummisarahkitchen memohon berbanyak kemaafan kerana hampir dua bulan (agak2 jer) ai tak bersiaran disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan. So, bagi sesiapa yang selalu singgah kat sini tu ai ucapkan berbanyak terima kasih kerana masih lagi sudi menjenguk ai di sini...walaupun tak jenguk tuan...jenguk blog pun tak per....

Apa nak buat ya? ai buat edisi rojak lah yer.... iaitu edisi meng-update segala benda yang tak sempat nak masukkan kat blog ai ni dulu. So, segala tempahan yang biasa2 tu ai sumbat2 jer kat sini dan yang luar biasa tu ai akan update lain yer.... hehehe macamlah ada yg luarbiasa.


Mini Pavlova - Order dari Nadia n geng dan Juga Wixa

Mini Pavlova ni order dari Nadia bersama member2 opisnya dan juga Wixa (sorry kalau salah eja). Sebenarnya mereka berdua ni sepupu. Ai pun tak tahu pada mulanya tapi bila Wixa suruh nadia ambil sekali ordernya barulah ai tahu....sepupu rupenya. Tapi at last Wixa juga yang datang ambil sebab nadia sibuk. Apa2 pun terima kasih banyak2 dan maaf lah kalau ada yang terkurang di mana2 tu.

KKC order dari Kuantan (Kwn adik ipar) & KGH tu order dr Cgu SKKg Baru (Lupa Nama)

KKC ni di buat untuk abg ipar - kenduri doa selamat utk pergi Haji

Apam Polkadot 100 Pcs utk Cgu Noraini, Muffin tu sape punya... waaaa tulun.... sorry ya lupa nama sebab kadang2 ai tak record pun order dr siapa hehehe... yg ai ingat ni semua order dari Cikgu2 SK Kg. Baru Kerteh.

Muffin 100 Pcs untuk Apdah

Muffin order dari Cgu Noraini dan Kek Gula Hangus tu order dr Mak sedara ai untuk majlis bacaan Yassin


Order dari Pn. Kemala untuk kenduri doa selamat

KKC dan mini pavlova order dari Cgu Yus my regular customer dan Muffin tu repeat Order dari Apdah

Kakak ai punya... untuk makan2 sesapa yang datang menziarah suaminya yg balik dr menunaikan hj.

Kepada semua pelanggan2 tetap dan baru ai, ai mengucapkan berbanyak2 terima kasih kerana masih sudi membuat tempahan dari Ummisarahkitchen. Kalau ada terlebih atau terkurang tu harap maafkanlah ai ya.... kalau ada komen2 pun jangan segan silu bagitau ai ya. Mungkin komen dari anda semua boleh meningkatkan lagi prestasi UmmisarahKitchen. 

Ada satu pujian dari Cgu Yus.... "slm K. Ma. Tq for your lovely cake n delicious pavlova. really like it. sedap sgt!!"  Terima kasih banyak2..... ini lah yg membuat kan ai lagi bersemangat untuk memperbaiki diri dan skill ai nih.... so kalu you olls yg pernah order dan ada komen or nk komplen pun ai terima asalkan munasabah ya....  itu saja untuk hari ni....

Friday, 31 August 2012

EDISI MACAM-MACAM ADA......

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke 55 tahun. Alhamdulillah..... syukur pada Tuhan dengan Keamanan dan kesejahteraan yang telah dikurniakan pada Malaysia berbanding negara2 lain yg sedang bergolak itu.....

Berbalik pada tajuk entri ai pada kali ni... macam tagline astro laks ya.... Edisi macam-macam ada sebab ai terpaksa meng-update-kan segala tempahan memandangkan dah lama gambar2 ni semua berebut-rebut untuk masuk blog nih...hiks...hiks..... itu lah padahnya kalau tak de masa nak mengadap lappy ni sebab sibuk duk beraya dan sepanjang puasa sibuk jugak menyiapkan baju kurung ai dan anak2 ai. Sib baik baju melayu my hubby tak suh jahit... kalu tak fengsan akak.....hehehe

Panjang lah plok membebel. Ok lah ai tayangkan lah gambo2 nya ya. Kalau ada yang tertinggal tu maafkanlah ai ya. lupa lah tu....

100 pcs Apam Ladybird Order dari Cikgu Adila - Kijal 

Lupa nama Cikgu ni (Sorry ya) 100 pcs Muffin Coklat Pisang di hantar ke Marang menerusi adik iparku.

50 pcs Muffin coklat Pisang & 50 pcs Apam Ladybird di minta oleh Cikgu Fatimi

50 pcs Apam Ladybird & 50 Pcs Polkadot di tempah oleh Kak Ani untuk di bawa balik ke Utara sana.

Kek Sarang Lebah - 2 pcs untuk Suriani di K.L dan Marble Kek untuk Puan Puteh di Melaka dan dibawa oleh Cik Mira ke sana.

1 Pc 10" Kek Kastad Chiffon order dari Pn. Hazaliza Kerteh dan kek yg sama juga untuk adik ai bawak balik ke Kota Baru. (tak de gambo nya)

Itulah saja setakat ini.... kalau ada yang terlupa tu almaklumlah kan..... Terima kasih semua di atas sokongan anda pada UmmiSarah Kitchen. Harapan USK agar anda semua berpuashati dan tidak serik untuk order lagi. Belilah Homemade Produk.....huahahaha.


Tuesday, 12 June 2012

MINNIE MOUSE BIRTHDAY CAKE FOR IRIS IRDINA


Assalamualaikum...... Red Velvet Minnie Mouse cake ni di buat khas untuk Birthday Iris Irdina aka anak sedaraku yg ke 2 tahun. Happy Birthday Iris ....... moga nanti menjadi anak yg cemerlang, gemilang dan terbilang hehehehe..... 


Iris ni peminat tegar Minnie Mouse. Puas ai menyuruh menyelak pakcik "goggle" untuk mendapatkan gambar dan sample kek yang menarik pada pandangan mata ai. Selak punya selak maka jumpalah kek yang seiras ngan yang ai buat ni. Ejas2 sikit.... so.... tara.....jadilah ia Minnie Mouse seperti di atas itu.


Tapi kan....kan.... kalu uols tenung2 muka minnie ni mesti u ols akan nampak kekurangan kat Minnie nih. Tapi sebelum tu.....uwaaaaa......uwaaaa..... biar ai nangis dulu..... ai very the geram sangat2 kenapalah ai boleh lupa nak letak kat minnie mouse ni..... kalau lah minnie ni boleh berkata2.... mesti dia akan cakap "Hoi! nape hangpa (loghat utara lg noi) tak letak bulu mata palsu ai yang melentik itu???" Hah!! hahahaha.... sorry....sorry.... memang ai betul2 lupa lah.... bila kek dah sampai ke destinasi barulah ai teringat.... Kesian ko Minnie.....next time ai letak ok. Sib baik ada riben tu...


Kek - Red Velvet
Filling & Topping - Cream Cheese
Berat -  +-1.7kg
Size - 10 x 8

Cantik tak minnie tu Ukail? buktinya....Kanak2 tak pandai berbohong.......hiks...hiks...


edisi mencelah lagi.... Order dari Pn. shikin 200pcs Apam Polkadot untuk majlis Tahlil dan juga 2 biji Kek Sarang Lebah aka Gula hangus order dari adik ai untuk geder2 sempena hari terakhir dia bekerja..... 

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...