Showing posts with label Muffin Coklat Pisang. Show all posts
Showing posts with label Muffin Coklat Pisang. Show all posts

Monday, 25 August 2014

Kek Kastad, Muffin & Triffle untuk Majlis Sambutan Hari Raya

Assalamualaikum.... Salam hari isnin moga anda semua sihat sejahtera selepas raya nih....hehehe. Open house banyak sangat so jaga2 ya sape yang on diet tu dan sape yang tak kuasa nak diet (macam ai ler) tu.... ingat2 sikit jangan sampai tumbang hahahaha....


Size 8in

Kek Kastad untuk sambutan hari raya kat Sek Ren Al Amin Kerteh. Yang ni Miss 7 (anakanda) ai yang bawa untuk di beri pada guru2nya. Bersama muffin dan juga air kotak. Sebelum ni pun GB ada order jugak kek Kastad ni tapi tak de hias2 macam ni lah just for makan2.

Size 10in

Cikgu Linda dari SMK Kerteh order untuk majlis hari raya jugak.... simple deko jer. Sebenarnya kek ni tak de deko2 bagai tapi untuk majlis2 tertentu ai buat lah jugak tanpa apa2 cas terutama untuk sekolah atau keraian tertentu...... tapi for personal yang nak hias bagai tu ai akan kenakan cas mengikut size kek dan deko apa....


Size 10in

Yang ni anak sedara ai .. Iris Irdina. Iris nak buat majlis hari raya kat tadikanya di Kuantan. 50 pcs Muffin Coklat untuk Iris juga....

Istimewa untuk Iris...hehehe Siput Cute.... hish....abis comot lipstik ku ...makan kek nih...


Inilah rupa sebenonya kek kastad nih... tanpa make up bagai. Kek ni Cikgu Rosliza dr SMK Kerteh yang mintak.... mungkin tak sempat makan yang ari tu dak???? Kek size 10in ni juga di buat untuk Kak Za... pun untuk majlis hari raya kat sekolah anaknya Rantau Petronas. 

Muffin Coklat Pisang untuk Miss 7

Untuk Pn Yati punya anak - Majlis hari raya SKKg Baru - 70pcs

Repeat order dr Pn. Yati untuk majlis hari raya kat Taman rumahnya.

Order dr Pn. Zaliha untuk anaknya - Majlis Hari Raya Tadika Kg. Baru

Triffle untuk Nuranida.... sempena last day kat sekolah SRIAAK. Nuranida order bersama Talam juga....



Pavlova... order dari Cikgu sekolah SKKg Baru. Lupa lah nama cikgu heheheh..... Pavlova ni order masa dalam puasa ari tu.

Terima kasih pada semua yang berurusan dengan USK. Harap semua berpuas hati dengan layanan dan produk homemade kami..... moga kita dapat berurus niaga lagi di lain kali.... TQ VVM 

Thursday, 22 May 2014

Talam untuk Majlis Tahlil dan Hari Guru

Assalamualaikum..... pe kabo semua ya. Harap2 sentiasa sihat dan ceria.... Alhamdullillah.... Hari ni nak update Talam dan juga doorgift untuk majlis Tahlil baru2 ni. Talam ni ordernya berturut2.... boleh katakan setiap hari ai kena menalam....hehehehe. Alhamdullillah...rezeki.

Cikgu Fauziah - Talam Chendol 2 dan Talam Jagung 1

Zatil - Talam Tokyo 2 dan Talam Seri Muka 2

Suhaila - Talam Chendol dan Muffin Coklat

Mualimah Azie - Talam Tokyo dan Talam Suji

Suhaila repeat order - Talam Chendol dan Talam Keladi ni untuk Miss 18 bawak untuk bekas gurunya.

Cikgu Rushdan - Talam Keladi dan Talam Suji


Yang ni laks order dari Rose untuk majlis Tahlil di rumah ibunya di kampung. Kek Kastad chiffon 10", Talam Keladi dan juga muffin coklat pisang 100 biji siap pek.


Inilah rupa asal muffin sebelum di pek.


Okey... yang ni lak untuk anak ai Miss 7 bawak ke Majlis Sambutan hari guru di sekolahnya. Donut Bunga, Triffle dan juga snowy peach untuk dibahagi2 kepada guru2 yang mengajarnya.

  Snowy Peach eko pek. Senang untuk di ngap....

USK mengucapkan berbanyak2 terima kasih pada yang sudi berurusan dengan kami lebih2 lagi pada regular customer kami.... yang sentiasa support kami. Jika ada yang kurang berpuas hati dengan layanan atau produk kami... jangan segan2 beritahu kami ya....


Thursday, 8 May 2014

Tempahan Pelbagai Majlis

Assalamualaikum..... lama dah tak bersiaran... hampir sebulan kan? Apa khabar anda yang masih setia singgah di sini.... harap2 anda semua sihat dan ceria bersama keluarga. Kali ni ai update untuk banyak acara aka majlis sebab satu order satu majlis.......so kita gabungkan sekali ya.



Muffin Coklat Pisang sepatutnya tapi disebabkan last minute order tak dapat cari pisang so tak letak pisang pun. Order ni dari kawan ayah ai untuk majlis akad nikah sedaranya di kemaman. 


Talam keladi 2 bekas order dari regular customer ai Suhaila..... yang ni khas untuk makan2 kat office nya. Tq Suhaila...


Talam Keladi order dari regular customer ai jugak Kak Ma..... untuk majlis cukur jambul anak sedaranya. Satu lagi order dari Fatimi untuk majlis tunang adiknya tapi telah di bawa lari awal2 pagi hehehehe..... tak sempat posing lah talam nya....


Triffle yang marbeles hiks...hiks...hiks... order dari Diana untuk hantaran kahwin kedua2 belah pihak dan juga order dari Fatimi jugak.... (tak de dlm gambo dah bawak lari)


Kek Pisang marbeles.... ai buat ni untuk majlis bacaan yassin sempena Naik rumah baru sepupu ai kat Melaka nun..... 


Yang ni buat ngap...ngap... otw ke Melaka hehehhe..... 

Terima kasih pada semua yang berurusan ngan USK. Moga berpuas hati dan boleh order lagi ya...


Sunday, 30 March 2014

Gerai Sempena Sukan Tahunan Miss 7

Assalamualaikum..... lama berehat sempena cuti sekolah (walaupun tak rehat mana..) maklumlah cuti sekolah banyak majlis kahwin tapi kali ni ai balik Kota Bahru untuk Majlis Kahwin adik ipar ai. Sibuk lah sikit prepared untuk "Candy Buffet"....opss.. tapi hari ni kita nak cakap pasal gerai sempena sukan tahunan anak ai Miss 7 nih.... terlebih sudah...hehehee

 
 Selamat datang ke Gerai Ummisarahkitchen..... ini adik ai yang buat ni..

Kita tengok apa yang ada kat gerai USK ni ya.... sorry sebab ai tak war2 kan dulu kat pages Dapur Ummi Sarah so ramai yang tak sempat datang sebab waktu sukan dah tamat.... tak per lain kali kalu ada gerai USK kat mana2 ai inform awal2 ya...

Roti Sosej - Kosong dan juga sos + mayonis

Coklat Chip Cookies

Coklat Moist Cake

 Blueberry Cheese Tart & Fruit Tart.... tapi yg ai jual ai pek siap2 (lupa nk snap gambonya)

 Talam Keladi dan Talam Suji Pandan

 Muffin Coklat Pisang... 100 pcs untuk adik ipar ai dan selebihnya untuk dijual...


Itulah dia penjual nya.... Miss 18 & Miss 7..... lepas main sukan datang lepak kat gerai sambil2 minum air dan makan kuih...  Selamat Berjualan...


Monday, 20 January 2014

Publish semua order 2013.....

Assalamualaikum..... selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014.... walaupun dah hampir sebulan 2014 menjelma tapi ai masih lagi belum habis update order2 untuk 2013. Apa2 pun ai bagi pihak Ummisarahkitchen mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada yang sentiasa menyokong kami dengan order2 anda yang meletops2 itu.... semoga tahun baru ini kami dapat memberikan servis yang lebih melatops pada anda semua hehehe.....

Kali ni ai habiskan order yg telah dibereskan untuk akhir bulan december lepas dan juga order pada awal bulan januari ni....... ai gabungkan sekali sebab banyak order yang sama. Nanti jemu laks uolls hari2 menatap gambo dan kue yang sama jer.... macam jemu.....jer, macam muak.....jer. hahha....


 Order dari Pn. Suhaila... Muffin Coklat Pisang (versi bakar) 50 pcs dan juga Talam Chendol.

Pn. Suhaila jugak....repeat order mekasih..... Talam Roti Coklat Strawberry dan Talam Chendol untuk majlis aqikah anaknya.


Talam Roti coklat strawberry dan Talam Keladi order dari Cikgu Norhaslinda dr Sek Men Kerteh.


Ini lak Order dari Cikgu Syafa dari Sek Ren Al Amin.... Talam Keladi 2 pcs dan Talam Roti Vanilla tu untuk diri sendiri heheeee..... kebetulan buat Talam ni... ai bagi lah kat Sedara ai yang nak balik ke Melaka ari tu. Boleh lah merasa jugak orang jauh kan? tak de lah tengok gambo jer....

Kek Kastad Chiffon untuk adik ipar kakak ai... sebagai buah tangan untuk anak2 sedaranya kat kuantan.

Pada semua.....terima kasih banyak2 dan kalau ada apa2 komen atau sebarang pertanyaan boleh contact air terus (no phone ada kat atas sebelah kanan tu) or boleh pergi ke fb page ai Dapur Ummi Sarah kat page ai ni ada offer tertentu untuk RV mini dan juga Cheese Leleh.


Tuesday, 12 November 2013

Miss 6 Convocation's Day

Assalamualaikum...... sihat tak hari ni? Kalu tak sihat tu cepat2 telan ubat ya. Sekarang cuaca tak menentu. Kejap ujan ... kejap panas... Miss 6 pun batuk tak hilang2 jugak.... Hari ni kita tengok beberapa jenis juadah untuk hari konvokesyen Miss 6 dan juga untuk santapan Miss 17.



Talam Chendol ni ai buat untuk di bawa ketika menjengah Miss 17 kat asrama dia sebelum exam hari tu. Siap pek kecik2 senang sikit diaorang nak makan dan bahagi kat member2 dia. Ada jugak ai bawak ke tadika Miss 6 untuk buah tangan cikgu2 kat Tadika tu.


Bila dah rasa Talam Chendol ni terus cikgu Miss 6 jatuh hati kat Talam ni hehehe....bukan jatuh hati kat ai okehh.... so dia pun order Talam Chendol dan Talam Keladi untuk majlis konvo sebagai pemanis mulut untuk ibubapa yang hadir pada hari tu.... mekasih cikgu.



Muffin Coklat Pisang versi bakar. Biasanya ai buat versi kukus dan di jual RM40 untuk 100pcs tapi bukan besar gedabak macam ni. Cup size S (mcm almond london tu). Kalau yang ni ai belum buat budget lagi hehehe..... maybe 50 sen - 60 sen sebiji kot or lebih lagi ????

Muffin ni ai bawak sebagai buah tangan ke majlis konvo tu. Maklumlah Miss 6 pun dah tahun akhir kat situ kan.... boleh lah merasa sorang sikit.


Itulah dia Miss 6..... dah lepas satu step... banyak lagi yang menunggu di hadapan. Harapan Ummi agar Yaya sentiasa berjaya di dunia mahupun di akhirat...Amin.


Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...