Showing posts with label Soft Fondant Cake. Show all posts
Showing posts with label Soft Fondant Cake. Show all posts

Monday, 4 June 2012

2 Tier Soft Fondant Wedding Cake

Assalamualaikum....dan salam sejahtera untuk semua. Inilah 1st entry untuk bulan June ni.... sibuk plus sikit2 malas nak update...... apa pun kali ni tempahan datangnya dari Puteri Fatihah dari Dungun. Sedap nama nya... tapi ai tak jumpa pun tuan nya masa ambil kek ari tu sebab adiknya jer yang datang.... harap2 lain kali kita boleh jumpa ya. Best deal ngan Fatihah ni... tak payah banyak bersoal jawap. Asalkan ada rupa kek dan yang penting mesti ada masa nak potong kek nanti. 


Fatihah order ni untuk Kakak nya kalau tak silap ai lah..... siap bagi sample lagi untuk ai buat sebijik macam sample tu cuma kaler jer lain. Alhamdulillah....... Fatihah berkenan ngan Kek yang ai buat ni walaupun ada sikit excident kat kek tu..... Fatihah tak kisah pun sebab tak de lah mencacatkan sangat pun.... ya tak Fatihah? mesti fatihah jawap betul....betul...betul.... hahahaha....tak de kerja ai ni kan...

Bahagian Atas - 7" @ 1.5kg

Bahagian bawah - 9" @ 2kg++


Terima Kasih Fatihah kerana sudi menempah ngan Ummisarahkitchen. Harap2 Fatihah tak serik berurusan ngan ai ya. Fatihah pun ada sms ai selepas dia dapat kek ari tu....dia cakap "semua kek tu cantik dan suka3 :)... Fatihah juga order kek birthday nanti ai cerita lain entri ya. Mekasih sekali lagi....

Friday, 17 February 2012

Soft Fondant @ Steam Buttercream Cake


Assalamualaikum.... dan salam jumaat pada semua.... harap2 hari ni semuanya berada di dalam keadaan baik dan sihat walafiat hendaknya. Last entri untuk kelas ai ngan CCC nun di utara dan merupakan last item juga yg ai buat iaitu bunga-bungaan itu. Mencabar lah jugak cikgu nak mengajar ai ni... maklumlah 1st time blajar wat bunga2 ni.... biasanya tengok jer kat u-tube tapi yang ni live in my life... hehehe betul ker? belasah je lah..

Soft Fondant atau steam buttercream, dua2 nama adalah benda yang sama jer.... ada yg panggil soft fondant dan ada yang panggil steam buttercream. Di panggil Soft fondant sebab dia punya cream tu licin, mulus macam fondant dan cream ni memang kena steam sebelum dicurahkan keatas kek ni sebab tulah agaknya dipanggil steam buttercream..... janji sama.. ye tak? potong....ngap masuk mulut jugak wakakaka.....


 Tingkat bawah menggunakan teknik Tier / tiang

Hari tu ai belajar yang tiga tingkat punya kek. Sesuai untuk majlis kahwin - potong kek. Yang atas tu adalah bahagian bawah sekali. Ada cedera sikit ai punya kek ni. Sepatutnya untuk kek soft fondant ni diwajibkan menggunakan kek yang bersifat berat seperti kek coklat, butter, buah dan tak boleh guna kek seperti sponge sebab kek akan penyet bila dihias ngan cream tu nanti. Tapi yang ni untuk belajar so.... at least kita dapat lihat akan kebenaran kata2 itu bila kek ku ini sikit penyet / turun bila di curah cream dan di hias bunga2 tu.

Tingkat 2 & 3 menggunakan teknik stack or kek atas kek.

Hah... tengok kek yang ke 2 & 3 ni.... cantik dan tak ada kecederaan yang berlaku sebab ai guna kek coklat moist. Wallah.... memang marbeles ah kek ni. Ai memang betul2 teruja menyiapkan kek ni sebab memang dah lama menjadi impian ai untuk mempelajari step2 untuk kek ni. Mekasih banyak2 pada cikgu ai yang bertungkus lumus mengajar ai yang tak berapa cemerlang sangat ni. Yang penting semangat dan usaha yang bersungguh2 kan cikgu?

So...layan jer lah gambo2 ai ni... ada yang snap dari kiri.....

...... dari kanan....

.......dari atas.......

....dari bawah..... suka ati jer.... sib baik tak naik atas kerusi gara2 nk snap gambo...

Fuuuhhhh...... (bkn hos Awal dlm rancangan Fuuh tu ya) lega rasa nya bila dah siap semuanya dengan tidak ada kecederaan dan semuanya dalam keadaan baik. Harap2 cikgu pun baik naaa...hehehe. 

So, sekarang dibuka untuk tempahan.... kawin untuk majlis potong kek atau untuk hantaran kawin or tunang or merisik pun buleh. eh.. merisik pun ada orang bawak kek ker?.. apa salah nya kan orang tak buat kita buat dulu biar glemer sikit...kuang3...

Harganya : RM75-RM80 / resepi  = 1 tingkat. Kalau nak 2 @ 3 tingkat - harga mengikut berapa resepi yang digunakan. Misalnya 2 tingkat = 3 resepi so harganya RM225.00 begitulah seterusnya. Harga juga berubah mengikut deco.

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...