Wednesday 26 September 2012

LAIN HARI, LAIN ORDER, TUAN SAMA

Assalamualaikum....... ape kabo semua. Harap2 semuanya sihat walafiat. Agak lama lah jugak tak update blog ai ni ya. Ada jer halangannya tapi malam ni paksakan juga untuk merajinkan diri sendiri supaya menjalankan tugas yang sepatutnya......


Tempahan dari Cikgu Yus untuk di buat hantaran perkahwinan adiknya Firdaus. Bukan main susah lagi nak dapatkan kotak kaler silver. Semuanya dah habis stok yang ada cuma kaler gold. Macam tu lah biasanya.... kalau nak memang susah tapi kalau tak nak berlonggok2 kat kedai tu. Haihs..... sabar je lah.... terpaksalah pakai kotak gold jugak. Sib baik cikgu yus tak berkira sangat kan.... janji coklat tu ada nama Firdaus n Azura... hehehe..


Selamat Pengantin Baru dan terima kasih kerna memilih USK bagi menyerikan lagi Hantaran anda.


Yang ni pun order dari Cikgu Yus tapi hari yang berlainan. Inilah tandanya banyak lagi yang ai belum masukkan gambar ke blog nih. Apa lah nak jadi dengan ai ni kan....ishk....ishk....ishk.... Yus mintak Apam Polkadot 150 pcs.


Yang ni laks order dari Dungun (officemate my hubby). Apam polkadot 200 pcs untuk geder2 ngan famili. Terima kasih kerna support USK. Harapan ai agar kita dapat berurusan lagi di lain masa.

Wednesday 19 September 2012

SOSEJ ROLL AND CHEESE BUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda yang setia menatap blog USK ni. Ribuan terima kasih juga pada yang sentiasa menjengah ke sini dan yang 1st time tu.... jangan serik tuk jenguk ai lagi ya. Entri kali ni gebus menggebuss gitu. Apalagi kalau tak roti meroti.... permintaan khas dari adik ipar ai untuk penyanyi2 SKKgBaru.


Sebelum ni ai tak pernah ambil tempahan untuk roti ni. Biasa buat untuk makan2 sendiri aje dan di bagi2 pada famili. Tapi kali ni adik ipar ai nak ai buatkan roti untuk pelajar2 dia yang akan membuat persembahan. Menurut katanya.... roti yang disajikan habis sekelip mata jer di ngap oleh penyanyi2 itu. Order dah lebih...... ni mesti ada yang makan lebih nih.... sure nanti nyanyi suara lemak masin manis dan gebussss macam roti ai yg menggebuss tuh hahahaha.... perasan tahap gaban kan!!!

Sosej Roll - 30 pcs


Yang ni lak biasalah.... kalau buat roti mesti kena ada lebih untuk di santap. Itu pun ai kena uli lagi 1/2kg untuk buat roti ni. Yang 1st tadi habis buat sosej roll so terpaksa uli lagi. Penat wooo..... sib baik tak naik muscle2 kat lengan ai ni tapi kalau hari2 ada yang mintak roti.... boleh ganti Malik Noor lah ai ni kan...hehehe


Cheese Bun dan Roti Kaya. 4 biji jer dapat roti kaya tu.... sekejap jer dah habis semua roti ai ni. Kebetulan hubby ai balik tengahari so di angkut nya ke tempat kerja dia. Selamat...........

Monday 17 September 2012

"TRIFFLE" UNTUK MAJLIS HARI RAYA

Assalamualaikum dan selamat bekerja semula selepas cuti panjang dan bagi sebelah pantai barat sana masih lagi bercuti so selamat beristirehat. Lagi order untuk majlis sambutan hari raya adilfitri. Kali ni order dari Kuantan dan juga Kerteh. Ai gabung sekali lah ya tak yah lah nanti entri tajuk yang sama jer walaupun sebutir kek kan. Memboringkan uolls lak nanti.



1st time ai buat Triffle untuk tempahan. Biasanya buat untuk geder2 ngan famili jer. Tengok tu fresh cream yang tajam mengcacak tuh. Hah !! memang marbeles lah kalau Triffle di gabungkan ngan fresh cream dan ditaburi oleh kepingan2 badam yang ranggup....yum...yum....yummies... hehehe jangan marah ya.


Berita baik juga untuk uolls semua.... Now ai open order untuk sesapa yang rasa terseliuq kan Triffle dari USK ni maka, bolehlah meng-order-nya sekarang. Biasa kalu ai buat sibuk duk tanya rega brape.... brape rega.... susah jugak ai nak mengiranya. Setelah ditolak, dicampur dan dibahagi maka ai dengan muktamadnya memberikan harga untuk Triffle ni. 

Ukuran : 8" x 8" (Petak) tinggi +- 3"
Harga : RM35.00
Bahan :  1st Layer - Kek Swiss Roll (Perisa pandan or coklat or strawberry)
              2nd Layer - Kastad Cream
              3rd Layer - Buah2 Koktel
              4th Layer - Jelly (Perisa Strawberry - boleh request perisa lain)
              5th Layer - Fresh Cream dan taburan Badam (Cincang or Keping)

Itulah serba sedikit cerita mengenai Triffle ni. Nampak senang tapi bahan2 nya pun boleh tahan mahal gak. Untuk satu bekas seperti di atas ai gunakan satu roll kek that's why kek tu nampak tebal dan triffle tu lebih tinggi dan harganya pun tak de lah tinggi mana pun...... hahahaha. Normally harga yg macam ai ni tanpa Fresh cream dan badam kalau tak caya cubalah uolls suruh Kak G (Goggle) carikan untuk uolls...


Sebenarnya order yang kat atas tadi tu dari kawan adik ipar ai kat Kuantan tapi lupa nak tanya nama. Triffle dan kek kastad chiffon. Yang ni lak dari Cikgu Fatimi (adik ipar ai gaks...hehehe) maklumlah ai ni ramai adik beradiks.... mereka2 ni semua ibarat macam Iklaneka untuk USK sebab kebanyakkan kek atau kuih muih yang mereka order dari ai ni akan diulang-ulang order laks oleh member2 or cikgu sekolah yang lain. Bagus jugak ramai adik beradik kan!!!....



Saturday 15 September 2012

LAGI ORDER UNTUK MAJLIS HARI RAYA

As Salam semua dan salam 1 Malaysia. Esok cuti umum kan.... apakah plan anda untuk cuti kali ni maklumlah cuti bersambung2 kan so lama lah boleh merehatkan minda dan juga badan dari pikir pasal kerja opis ya tak? Masih ada lagi ker majlis makan2 sempena hari raya? Tapi order ni dah minggu lepas..... dah jadi baja pun hehehe....


Itulah semua order dari Laila Azwa untuk sambutan majlis hari raya kat Kuantan sana. Geder2 dengan kawan opis dan juga anak2 yatim. Moga mendapat keberkatan dari Nya.





Laila Azwa mintak Kek Kastad Chiffon 9" bulat 2 biji, Mini Pavlova 16 biji dan juga Hokaiddo Chiffon Kek untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Mekasih untuk semua order2 itu. Lain kali order lagi ya....

Sunday 9 September 2012

REPEAT ORDER DARI ROZITA - PDK PAKA

As Salam dan salam bahgia pada yang sudi singgah kat blog USK ni. Bahgia rasanya kalau anda juga merasa gembira dan ceria menatap butir2 bicara ai ni....hiks...hiks... kepala biol ckit kot... Berbalik pada entri kali ni, sebenarnya dulu adik Rozita yang order tapi hari khamis lepas Rozita lak yang mengorder untuk majlis sambutan Hari Raya kat pejabat/sekolah nya. Mekasih Rozita kerna berkenan pada kek ai ni.

Kek Kastad Chiffon 10 x 10 in = RM50.00

Inilah dia kek yang Rozita order.... tapi memang kek ni tengah meletop kat USK.... wa cakap lu..... hehehe.  Memang banyak permintaan untuk majlis Hari Raya sebagai dessert yang enak. Kek Kastad Chiffon or adik beradik tiri pada Kek Karamel hahaha..... sama jer bentuk dan rupa cuma nama jer lain2. Kalau uolls tengok kek tu dah ada bekas potong kan? memang ai sengaja potong ckit sebagai sample nanti uolls ikut jer ketebalannya sebab kek ni kalu uolls potong nipis sangat tak cantik gak and mungkin karamel tu akan gugur dari kek nya. Takut nanti ada yg tanya nape kek yang you tayang kat blog tu cantik jer sifat nya tapi yang ai punya tak cantik.....hah!! kan? itu lah pasal.....

Bagi yang belum pernah merasanya.... cuba2lah ringankan tangan anda untuk mendail or meng-teks kan ai untuk mem-booking kek ini ya... (rosak bahasa...kalu cikgu bahasa m'sia ai baca ni mesti geleng2 kepala tu sambil berkata...nape lah anak murid aku sekor ni tak reti2 nak tulis dengan betul).

Sponge Coklat kek with Buttercream topping & Filling coklat

Rozita juga order Sponge Coklat Kek 2.5kg untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini. Rozita nak yang besar tapi ai boleh buat size 10 x 15" sahaja sebab tak de kek board yang besar. Itulah kadang2 kedai yang jual barang2 macam ni pun tak jual papan kek yang besar2 kalau ada pun nasib lah tu.....



Tak puas hati betul ai ngan tulisan tu. besar gedabak jer.... rasa2nya dah abis kecik dah ai tulis...tup2 bila siap.... alamak!!! besar jugak...... macam tuan dia jer gebussss....g2 hahahaha.....  bukan apa sebab ruang tu luas dan lebar so tulisan tu pun ikut jer memenuhi ruang kosong..... alasan lah tuh. Apa2 pun harap Rozita berpuashati dan kalau ada apa-apa yang Rozita nak komen bolehlah sms or kal ai ya....jangan segan2....


Friday 7 September 2012

COKLAT DOORGIFT AND LOLLICHOC

As Salam dan salam jumaat untuk semua...... ceriakah anda pada petang ni? Harapan USK agar anda semua ceria2 dan gembira selalu. Masih ada open house untuk di penuhi undangannya? selamat menjamu selera ai ucapkan.... jangan makan banyak2 ya.... beringat-ingatlah pada yang kesihatannya kurang memuaskan tu.... makan banyak penyakit pun banyak nanti.... hehehe...


Kali ni entry ai lari sikit dari tema hari raya. Coklat doorgift ini untuk perkahwinan adik ipar pada sepupu ai. Doorgift untuk majlis sambut menantu sebanyak 200 kotak @ 4 pcs per box. di samping coklat doorgift ni Yati juga order coklat Lollichoc untuk di bahagi-bahagikan pada kanak2 ribena.....hiks...hiks...

200 boxes @ 4 pcs/box


Hah..... ini dia rupa lollichoc yg telah di conteng2 oleh ai dan beberapa assistant ai. Macam-macam ada.... rupa dan bentuk, kaler maler.... suka hati jer. Suka dan penat jugak lah nak siapkan 100 pcs tuh. Penat melayang budak2 cilik yang menjadi assitant pada petang tu. Apa nak buat layaaannnnn........


Inilah dia assistant2 ai..... sorang duk masukkan coklat dalam paperliner. Esah tolong tutup kotak yang dah siap di isi coklat. Kerja senang tapi mulut pot...pet...pot.. pet ngan miss 5 yg tengah tayang coklat tu. sambil susun kotak sambil ngap lollichoc sambil gaduh lepas tu puas2 gaduh ambik kamera posing2 laks...ish....ishh...isshhh... poning den. Yang sorang tu duk intai2 coklat dia.... nape mek weh... coklat hang tak menjadi ker... or tersalah conteng? bunga dah jadi kaler hijau, daun jadi kaler pink... hahahaha......

100 pcs Lollichoc

Monday 3 September 2012

PUDING TRIFFLE - EDISI TERKUMPUL

As Salam semua.... doaku moga anda semua sihat walafiat di samping tugas harian dan family terchenta.... ai? macam biasa lah..... pagi pergi kerja...petang balik ..... lepas tu kalau ada order buat jer..... hahaha. Edisi terkumpul lagi tapi kali ni untuk Puding Triffle laks. Untuk tidak membuang masa anda membaca bebelan ai dengan panjang lebar lagi..... kite tatap jer lah gambar2 yang tak berapa nak comel ni. Sorry lah kalu ia meng-terliurkan uolls ya. Kalau yang duk dekat2 ai tu bolehlah oder ya tak? tapi kalau yang duk jauh2 tu silalah buat sendiri ya. Resepi pun dah pernah ai siarkan kat blog ai ni. Selamat Mencuba...

 Lepas pipe fresh cream

 Tabur kacang cincang dan Strawberry cincang


Semua Triffle tu ai buat semasa bulan puasa ari tu untuk Miss 16 bawak ke asrama berbuka puasa ngan member2 dia. Itulah kerja ai tiap2 ari sabtu.... sibuk siapkan bekal dia. Bukan sikit2 dia bawak, yang atas sekali tu satu bekas lepas tu yang dalam tupperware tu pun dia bawak juga dalam 6 bekas kalau tak silap ai. Haihs..... kenduri sakan lah dia...... tapi bagus jugak kan bulan baik ni buat amal sikit hehehe..... maklumlah kadang2 member yang jauh tak balik ke rumah tapi Miss 16 ni tiap2 minggu suh ai gi ambil dia kat hostel tuh.

 Sebelum letak fresh cream

Selepas letak fresh cream dan di taburi badam panggang.....mmmmnnnnn yummies...

Yang ni laks ai buat untuk majlis pertunangan adik ai pada raya ke 5 lepas. Kata orang 'Pencuci Mulut' lah konon.... hehehehe (cuci mulut ngan air lah kan? penat2 ai buat.... ngap jer lah lagi seedaapp). Tapi kan wa cakap lu....(rock ckit)  Triffle ni memang sedap bila letak fresh cream dan badam panggang tu... marbelessss. Kruk...kruk... kunyah badam tu....sambil mulut pun berkata2.... mmnnnmmmm.......mmnnnnmmm... wakakaka.....



Triffle ni lak untuk Jamuan Raya Miss 5 - yg bekas petak besar dan untuk my darling hubby bawak ke office ber jamuan bersama member2 nya. Mencabar jugak ya kalau dah banyak macam ni. Bekas petak tu boleh tahan besar juga. Ukuran bawah tu 4.5" dan ukuran atas 5" sebanyak 20 pcs. Leceh sikit lah nak buat nya satu-satu nak kena letak kek lepas tu basahkan kek ngan air buah koktel tu, masukkan kastad lepas tu tabur buah koktel lak, curah ngan jelly. sejukkan. 

Lepas tu pagi2 ai pipe fresh cream dan tabur badam, tutup dan  simpan dalam peti ais sebelum hubby datang ambil kul 10 pagi. Sekarang uolls dah tahu kan susah senang nak buat Triffle ni..... so, kalau harganya mahal jangan lah uolls complaint plok..... itu lah yang sebenarnya nak cakap....hahahaha. Setengah2 orang jual tak de letak fresh cream bagai kan? harga pun kureng lah jugak... jangan tak tahu U...

Siap ngan sudu.....senang nak makan nanti.

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...