Showing posts with label Kek Marble. Show all posts
Showing posts with label Kek Marble. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

Doorgift Bacaan Yaasin dan Walimatul Urus

Assalamualaikum.... bertemu lagi kite.... apa kabo semua.... moga sentiasa di kasihi Allah hendaknya. Update lagi gambar2 doorgift untuk perkahwinan adik ai yang lepas dan juga doorgift untuk bacaan yaasin yang di tempah sepupu ai.


Strawberry dan Blueberry Muffin size M sebanyak 300 pcs. 

 
 Muffin Coklat Pisang 700 pcs

Hah!! tu dia kau.... sebanyak 1000 pcs ai buat muffin 2 hari sebelum majlis perkahwinan adik ai nih. Habis semua adik beradik, anak sedara, anak-anak di kerah untuk menyiapkan muffin ni siap ngan packing nya sekali hehehe..... baik punya!! dari pagi sampailah kul 1 pagi baru siap semua sekali. Macam-macam bunyi ada.... bengkok pinggang lah..... sakit perut lah..... sakit kaki lah..... tapi ada aku kisah??? hahaha janji siap. Terima kasih jer lah..... kalu nak upah mintak ngan pengantin ya.....


Kek Marble untuk doorgift baca Yaasin yang ditempah oleh sepupu ai. Dah tak tahu nak bagi apa..... banyak kali dah buat baca yaasin ni dan dah banyak jenis doorgift dah bagi..... kali ni kita bagi kek je lah.

Perisa strawberry

Kek coklat pun ada.....


Maka selesai lah majlis perkahwinan dan majlis bacaan yaasin. Semoga mendapat keberkatan Nya. Terima kasih kerana sentiasa mendapatkan perkhidmatan USK untuk majlis anda.

Wednesday, 29 May 2013

Tempahan Hari Guru

Assalamualaikum....... laju sikit entry kali ni sebab dah banyak yang menunggu giliran untuk masuk ke sini hehehe..... Tempahan untuk hari guru yang lepas dan bercampur juga ngan order2 yang lain. Sekali harong meng-update sebab dah akhir bulan...nak tutup kong...hahaha.....

 Talam Peanut Butter

 Talam Jagung

Talam Keladi

 Rainbow Butter

 Apam Polkadot

Terima kasih pada semua yang menempah.... Pn. Zainun, Cgu Rahaya, Pn. Fatimi dan Pn. Zaliha. Harap berpuas hati....



Ini Pula coklat Brownies yang dibawa Miss 6 ke tadika nya untuk sambutan hari guru kat tadika dia. Balik sekolah sibuk jer bagitahu cikgu suh bawa kuih untuk hari guru. Kebetulan bahan2 untuk buat brownies ni dah lama ai sediakan so....godek2 jap jadilah ia. Brownies ni memang senang jer tak yah mixer bagai pakai whisk jer.... janji cukup bahan. Harap cikgu suka......

Friday, 31 August 2012

EDISI MACAM-MACAM ADA......

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke 55 tahun. Alhamdulillah..... syukur pada Tuhan dengan Keamanan dan kesejahteraan yang telah dikurniakan pada Malaysia berbanding negara2 lain yg sedang bergolak itu.....

Berbalik pada tajuk entri ai pada kali ni... macam tagline astro laks ya.... Edisi macam-macam ada sebab ai terpaksa meng-update-kan segala tempahan memandangkan dah lama gambar2 ni semua berebut-rebut untuk masuk blog nih...hiks...hiks..... itu lah padahnya kalau tak de masa nak mengadap lappy ni sebab sibuk duk beraya dan sepanjang puasa sibuk jugak menyiapkan baju kurung ai dan anak2 ai. Sib baik baju melayu my hubby tak suh jahit... kalu tak fengsan akak.....hehehe

Panjang lah plok membebel. Ok lah ai tayangkan lah gambo2 nya ya. Kalau ada yang tertinggal tu maafkanlah ai ya. lupa lah tu....

100 pcs Apam Ladybird Order dari Cikgu Adila - Kijal 

Lupa nama Cikgu ni (Sorry ya) 100 pcs Muffin Coklat Pisang di hantar ke Marang menerusi adik iparku.

50 pcs Muffin coklat Pisang & 50 pcs Apam Ladybird di minta oleh Cikgu Fatimi

50 pcs Apam Ladybird & 50 Pcs Polkadot di tempah oleh Kak Ani untuk di bawa balik ke Utara sana.

Kek Sarang Lebah - 2 pcs untuk Suriani di K.L dan Marble Kek untuk Puan Puteh di Melaka dan dibawa oleh Cik Mira ke sana.

1 Pc 10" Kek Kastad Chiffon order dari Pn. Hazaliza Kerteh dan kek yg sama juga untuk adik ai bawak balik ke Kota Baru. (tak de gambo nya)

Itulah saja setakat ini.... kalau ada yang terlupa tu almaklumlah kan..... Terima kasih semua di atas sokongan anda pada UmmiSarah Kitchen. Harapan USK agar anda semua berpuashati dan tidak serik untuk order lagi. Belilah Homemade Produk.....huahahaha.


Monday, 11 June 2012

FONDANT HANTARAN KEK TEMA BIRU TURQOISE


Assalamualaikum........ Fondant hantaran kali ini di minta oleh ai punya adik ipar untuk majlis pertunangan adik lelakinya yang berlangsung di Banting, Selangor. So, kira jauh lah jugak kek ai ni travel ya.... tapi semuanya dalam keadaan yang selamat.


Shooting kali ni ada kelainan sikit.... ai bagi kek ai ni ambik angin petang sambil snap2 gambo dia..... bagi nampak real sikit.... tak ada lighting bagai. Inilah rupa kek Fondant hantaran yang di tempah khas oleh adik ipar ai.... mengikut sample yang di beri. Harap2 memenuhi kehendak lah ya Lailatul azwa... kalau tak puas hati royak lah ya...nanti kawin kita buat grand2 continental lagi....hahahaa

Kek Coklat Moist - 9" - RM150.00

 Untuk tempahan sila email or sms ai ya. Details ada kat sebelah.... or isi form kat bawah tu ya. TQ

Inilah hasilnya walaupun last minit deko sebab kebetulan banyak tempahan untuk hari yang sama. Selamat Bertunang Doktor Muda......semoga selamat kejinjang pelamin.....


Yang bawah ni Edisi mencelah sikit..... order dari Pn. Faridah untuk dibawa pulang ke Kg. di Kota Bahru.
 Kek Marble & Kek Gula Hangus

Pavlova... tanpa strawberry...... tak cantik langsung kan? pucat jer....ibarat artis tanpa mekap.....hahahaha..... tapi tak per lah asalkan tak kempunan tuan yang mengorder tu dah ler..... Selamat Menjamu bersama mertua......

Sunday, 20 May 2012

KEK HARI GURU

Assalamualaikum...... belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru diseluruh Malaysia... moga kalian tabah mengharungi segala cubaan mendatang. Bukan korang tak tahu kan... macam2 masalah budak2 sekarang. Kami menghargai jasa Guru2 sekalian mendidik dan memberi tunjuk ajar pada anak2 kami.




Tema kek ni.... Jalan Menuju kejayaan......hahahah (entah apa2 jer kan) saje jer main2 ngan Miss 16. Ini kek untuk anak ai Miss 16 yg sibuk2 call ai suruh buat juga kek untuk hari guru kelas dia. Pada mulanya ai nak letak stoberi tapi entah kenapa lah semua stoberi dah abis (tak ada stok) kat TMC mesra mall ari tuh. Agak2 nya lah mesti habis di borong oleh baker2 untuk memenuhi tempahan masing2 kan.

So, jadi lah kek seperti itu.... dikelilingi oleh pagar konkrit dan juga pagar besi ...hahaha... so jangan ada yang cuba2 nak panjat pagar...ponteng kelas ya... nanti jatuh jawab sendiri....

 1 1/2 resepi @ 3.9kg = RM150.00

Coklat Indulgence Cake tapi ai tak curah topping coklat cair tu..... saje bagi kelainan sikit. Ai suka cream nya yg lemak manis kalau curah coklat cair nanti over manis laks. Kanak2 tak elok makan manis2 kan? hehehehe (padahal malas nak sememeh ngan coklat cair tu) apa2 pun yang penting sedaaap n abisss....licin.


Kek Kastad Chiffon ni lak untuk Miss 5 bawak ke tadika. Tak nak mengalah dia ngan kakak dia tu... nak jugak bahagian dia so ai pun buat lah juga untuk dia. Tapi hari guru tu dia ponteng...hehehe.... the next day tu baru dia bawak. Bising kawan2 dia cakap Yaya bawak kek..... Yaya bawak kek... hiks...hiks... bukan apa orang lain punya kuih dah bawak semalam.... siap ada games lagi.


Posing dulu pepagi sebelum masuk kotak. Siap suruh tulis nama cikgu atas kek tapi mana muat nak tulis nama cikgu.... bukan sorang..... ramai tuh. Last2 ai cakap tulis Selamat Hari Guru dah lah.... sib baik idea diterima kalu tak memunjung 14 lah rupa dia.


Yang ni Kek Marble Order dari Pn. Fatimi, cikgu gak ni... order untuk geder2 ngan member2 guru kat Sekolah nya. Mekasih dan ...Selamat Hari Guru.....

Saturday, 14 April 2012

LAMA DAN BARU.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua.... ari ni operasi cuci bersih untuk gambar2 yang telah di snap tapi tak masuk blog lagi. Layan jer lah..... bukan nya kuih2 yang tak pernah buat pun.... saje jer untuk memeriahkan lagi blog ai ni hehehee.....busan ....

Kek Marble


Apam Ladybird dan Polka Dot

Semua yang kat atas ai buat masa nak balik kampung ari tu. Apam polka dot, ladybird, kek marble dan Muffin coklat pisang sebagai buah tangan untuk keluarga mertua dan separuh dari nya sebagai buah tangan untuk kawan hubby yang melangsungkan perkahwinan anak perempuannya. Harap2 semua gembira menyantapnya......

Fresh from dapur.....


Yang ni laks order dari kawan ai Kak Za yang duk kat Rantau Petronas tu. Dia punya anak ada hari kantin sekolah so... kena bawak kuih atau apa2 lah untuk di jual di sekolah nya. Kak Za order jer hehehe .... dan kak Za sendiri buat biskut coklat atas permintaan Anakanda nya. Lupa lak ai nak tanya Armand macamana dengan hasil jualan nya. Harap2 apam ladybird Arman di "sapu bersih" oleh kanak2 riang di sekolahnya....


Apam Polkadot lak ya.... yang ni order dari Kawan kepada kawan ai.... lupa nak tanya nama. Polkadot sebanyak 100 pcs pada hari ahad lepas.


 Polkadot dan Ladybird - Special Gift

Ai buat ni sebagai Special Gift untuk kawan sekerja ai yang datang sini untuk kerja2 meng'Audit' kat office ai yang berakhir semalam. Sorang dari nya akan balik Philipine tak lama lagi..... so sebab tak ada apa2 yang sempat ai buat maka apam lah kuih yg paling simple dan senang memandangkan kesibukan ku di Audit oleh mereka2 ini..... disebabkan tak de stok tupperware yang sesuai... ai pun cari jer mana2 bekas yg buleh diletak... jadi lah seperti di atas.... cantik gaks kan?..... heheheh perasan lah plok..... tapi kalu ada yang berminat ... boleh jer..... call or sms me ok....

Sebenarnya ada perubahan harga juga untuk apam2 itu. Untuk melihat harga sila ke halaman Label : Harga Apam disebelah tu ya.....



Wednesday, 29 February 2012

Kek Coklat Ganache, Sarang Lebah dan Marble

Assalamualaikum.... apa khabar semua.... di harap semua sihat-sihat sokmo.... dah lama tak update blog ai ni. Nak kata sibuk sangat pun idak...nak kata malas sangat pun idak... nak kata tak de apa2 yang nak di update pun idak.... (ada lagi 1,2 benda yg blum masuk blog).... tak tahu kenapa.....

Ok, kali ni kita tengok tempahan dari Farred untuk ibu terchenta.... bagus nya dapat anak macam ni kan.... siap tempah kek untuk meraikan hari lahir "MA" nya. Harap2 berkekalan lah macam ni ya Farred.... sentiasa mengingati kedua orang tua kita. Bila ada mak mertua nanti.... jangan lupa laks....Wink!....Wink!...


Farred nak kek coklat ganache untuk maknya... ni mesti mak farred peminat coklat kan? sebenarnya untuk kek coklat ganache ukuran 9" bulat dan 4 layer kek tapi ai buat 10" x 10" sebab farred cakap nak jamu kanak2 so ai rasa tak perlu buat kek tinggi2 nanti susah nak bahagi2kan kat budak2.... tak kan nak belah laks....so cara terbaik buat 2 layer saje.... Harap2 Farred puashati ngan simple deco ai ni.

Farred juga tempah kek Marble untuk geder2.... ni kali kedua tempahan dari Farred untuk Kek Marble. Kek Marble yang lembut dan moist ni pun memang kesukaan my hubby. Pantang buat jer mesti tanya sape punya....hehehehe buka apa nak ngap ah tu.....

Kek Marble - RM30.00

 Kek Sarang Lebah - RM25.00

Ni pulak kek sarang lebah atau pun kek gula hangus.... tempahan dari Fatimi untuk Potluck kat sekolahnya..... yang ni size 8" dan sudah semestinya ai buat lebih untuk my hubby..... kek marble tak de lebih so kek ni kena wat lebih lah...kalau tak nanti ...... gigit jari.... pandang jer...orang punya kek...hahaha... tak pasai2 kena jelingan manja nanti....huawawawa.....(gelak pesen baru)..
 

Monday, 13 February 2012

Kek Gula Hangus & Marble

First time buat kek marble ni memang dah ada peminat tersendiri.... nampaknya semua orang suka kek ni... teksture nya yang lembut dan sedikit moist ni memang digemari ramai... dah banyak kali buat kek ni untuk makan2. paling lama bertahan cuma dua hari aje.... lepas tu lesap di ngap... ngap.... my Hb dan juga Miss 5. Setiap kali makan mesti ada bunyi mmmmmm..... sdap nya ummi.... mmnmmm.... sedap nya ummi... hehehee...


Kali ni tempahan dari Nuur Ailmi untuk kek Marble dan Kek Gula hangus tu order dari Fatimi. Ailmi nak kek tu untuk di beri pada seseorang (ehem..ehem...) dan Fatimi pula untuk makan2 bersama keluarga. So, selamat menjamu selera lah untuk anda berdua dan juga semua yang merasa kek ai tu ya.... kalau tak cukup leh oder lagi....

Kek Marble RM30.00/receipy & Kek Gula Hangus RM25.00/Receipy

Marble yang sebiji tu lah yang Ailmi punya... yang dah potong2 tu sebenarnya ai buat untuk bawak bekal gi mancing... hik..hik...(sejak bila lak pandai mancing nih). Bukan apa...aktiviti hujung minggu bersama keluarga terchenta... banyak gak kami dapat ikan..... lain kali nak gi lagi lah... hehehe.


Saturday, 4 February 2012

Kek Marble Trio


Assalamualaikum.... Salam Maulidur Rasul.... semuanya dengan mood bercuti, ada yang jalan2 cari makan, ada yang balik kg dan semuanya penuh dengan agenda masing2. Apapun.... ai mengucapkan selamat bercuti kepada yang sedang bercuti moga anda semua berada di dalam situasi yang menceriakan bersama keluarga anda. 

Samalah juga ngan ai.... esok akan merantau mencari dan menambah ilmu pengetahuan nun di utara. Doakan kami selamat dalam perjalanan pergi dan balik. So ai akan bercuti dari berblog (macam lah ramai peminat... hehehe) selama tiga hari dan mungkin juga lebih. Dan nantikan produk2 baru dari Ummisarahkitchen untuk tatapan dan juga tempahan anda semua. Tunggu....... banyak produk yang akan muncul nanti.....   

Berbalik pada entri hari ni, Kek Marble Trio yang sungguh sedap, lembut dan lembap.... 1st time ai mencuba buat kek ni dan hasilnya sungguh memuaskan hati ai. Pssstttt... dah ada yang booked selepas rasa kek ai ari ni..hahaha... Terima kasih pada CMG yang femes tu.... ai suka tengok hasil CMG ni... marbeles....


KEK MARBLE TRIO
Sumber : UmmisarahKitchen

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin
20 gram air
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Sedikit pewarna makanan ungu-violet
1 camca teh coklat emulco
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
  2. Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
  4. Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
  5. Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
  6. Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua....
 
Ai tak letak pun coklat emulco sebab mak ai tak suka segala jenis coklat ni... kalau ai letak nanti kesian lak kat mak ai tak leh rasa lah ai punya kek kan? ai pun tak letak badam cincang tu tak de stok... ai guna apa yang ada kat pantry ai jer.... So, sesapa yang rasa berminat nak mencuba tu sila2kan lah. Jangan malu-malu... jangan segan-segan.... sendiri buat sendiri makan hik..hik... 

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...