Wednesday 25 September 2013

Doorgift Bacaan Yaasin dan Walimatul Urus

Assalamualaikum.... bertemu lagi kite.... apa kabo semua.... moga sentiasa di kasihi Allah hendaknya. Update lagi gambar2 doorgift untuk perkahwinan adik ai yang lepas dan juga doorgift untuk bacaan yaasin yang di tempah sepupu ai.


Strawberry dan Blueberry Muffin size M sebanyak 300 pcs. 

 
 Muffin Coklat Pisang 700 pcs

Hah!! tu dia kau.... sebanyak 1000 pcs ai buat muffin 2 hari sebelum majlis perkahwinan adik ai nih. Habis semua adik beradik, anak sedara, anak-anak di kerah untuk menyiapkan muffin ni siap ngan packing nya sekali hehehe..... baik punya!! dari pagi sampailah kul 1 pagi baru siap semua sekali. Macam-macam bunyi ada.... bengkok pinggang lah..... sakit perut lah..... sakit kaki lah..... tapi ada aku kisah??? hahaha janji siap. Terima kasih jer lah..... kalu nak upah mintak ngan pengantin ya.....


Kek Marble untuk doorgift baca Yaasin yang ditempah oleh sepupu ai. Dah tak tahu nak bagi apa..... banyak kali dah buat baca yaasin ni dan dah banyak jenis doorgift dah bagi..... kali ni kita bagi kek je lah.

Perisa strawberry

Kek coklat pun ada.....


Maka selesai lah majlis perkahwinan dan majlis bacaan yaasin. Semoga mendapat keberkatan Nya. Terima kasih kerana sentiasa mendapatkan perkhidmatan USK untuk majlis anda.

No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...