Tuesday 17 September 2013

Snowy Peach untuk Pelbagai Majlis

As-Salam.... seperti yang dijanjikan ai update lah gambar2 ai yang dah lapuk kat dalam external hard disc ai tu ya. Kali ni Snowy Peach Custard Cream Cake untuk pelbagai majlis yang di tempah dan ada juga yang di paksa untuk membuatnya hehehe....



Kek ni untuk Miss 17 sempena birthday dia yang lepas tapi ai buat pun lewat juga untuk dia. Biasa lah kan ummi dia ni sibuk jer memanjang...... nasib ler..... Ai buat dalam bekas cam gini senang sikit dia orang nak ngap maklumlah duk asrama kan. 


Yang besar gedabak ni (2 resepi = 10x10") khas untuk sepupu ai yang buat open house aka BBQ pada raya kedua yang lepas. Gara2 kek ni lah ai terpaksa balik awal dari beraya di kampung sob...sob... sedih you!! tapi best jugak boleh lah jumpa ramai sedara mara yang jauh dan dekat semua ada.



Cuci2 mata lah ya.... sebenarnya ai dah tak ada idea untuk deko kek snowy ni. Dah macam2 jenis dah ai buat tapi kadang2 ai ikut jer apa yang customer nak. Ada yang nak banyak buah.... ada yang nak letak stoberi.... ikut jer lah..... tapi harga mengikut buah2 yang di minta lah hehehe..... untuk yang ni ai habis kan jer buah2 yang ai ada sebab ai tahu anak beranak ai ni suka makan buah ni.... Alhamdulillah.... habis.


 

Kek ni laks untuk Miss 6 bawa ke tadika bagi sambutan majlis hari raya kat tadika nya. Kakaknya Snowy dia pun nak Snowy lah juga....mana boleh tak sama jeleeesss nanti. Uolls layan jer lah Snowy ni ya.... kalu rasa terliur or termengidam bolehlah call ai ya....hehehe......


Ini lah dia Miss 6 aka Nur Iylia Mysara berposing ngan Snowy kek nya..... ayat dia masa ni "cepat2 ummi....berat ni" suruh ai cepat2 amik gambo dia ..... tak tahan berat sangat tapi eksyen nak bawak sendiri kek dia.



No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...