Showing posts with label Cup Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cup Cakes. Show all posts

Thursday, 27 February 2014

Majlis Kahwin dan Aqiqah - Tema Orange Putih

Assalamualaikum..... seperti yang dijanjikan pada entry gubahan hantaran yang lepas. Inilah dia kek kahwin Azhar dan juga majlis aqiqah yang dibuat serentak dengan tema kaler Orange dan Putih. Memang ai suka sangat dengan warna ni..... memang shinning gitu. 




 

Kek Red Velvet 3 Tier + Red Velvet Cup Cakes filling and topping Cream Cheese. Ukuran 11", 8" dan 6". Berminat boleh call USK ya.... or boleh bagi budget anda dan ai akan buat mengikut budget yang dikehendaki.



Majlis aqiqah untuk anak sedara pengantin Elyka dan Aqeela yang tembam mambam hehehe..... masa ni rambut cute miut lagi tapi abis jer majlis semua kepala dah gondol hahaha..... ai tak de gambo kepala gondol dia orang. Sorry ya Sima cukur kepala uolls huhuhu....


Inilah tentera yang pergi menyambut kedatangan pengantin perempuan or Majlis menyambut menantu aka kahwin. Yang depan tu Belon girls hiks...hiks...hiks... tak de bunga2 nyer....

Sunday, 15 September 2013

Red Velvet Padang Bola dan ......

Assalamualaikum.... lama tak bersiaran ya. Sorry lah.... sibuk sikit jer campur ngan raya, kahwin dan pelbagai majlis lagi. Hari ni ai update untuk order sebelum raya dan hari raya open house mengikut giliran lah ya. In Sya Allah lepas ni ai sambung update gambar order2 dari customer ai yang berlambak nih.

Red Velvet deko padang bola. Yang ni adik ai kat Kota Bahru yang order. Jauh perjalanan ni... kebetulan ai balik kampung so bolehlah buat untuk dia.
 
Dia memang nak kosong macam ni jer... tak nak rumput2 bagai macam padang bola biasa tu.... just letak rumput2 plastik untuk hiasan.


 Puding Roti Apple sebelum bakar
Dah siap bakar. Puding roti ni buat masa ramadhan hari tu...hehehe.... lama benor dah ya. Tapi puding roti ni memang best sangat.... ada apple hijau, kismis, gajus.....dan suka hati uolls lah nak letak apa pun. Ada yang nak resepi ker???

Kek coklat moist buat untuk hari raya lepas... bawa balik kampung. Tak sempat nak buat kek or biskut2 lain. Ai cuma buat chocolate chips cookies jer.

Order dari Cik Wanie yang duk Kota bahru sana.... 7 biji Kek Butter Rainbow dan 3 biji Kek Oren. Wanie cakap untuk dibahagi2 kan pada saudara mara dia sempena hari raya.... best kan.

Red Velvet Cuppies untuk makan2 sempena hari raya..... ntah hari raya yg keberapa ai buat ni....lupa dah.

Enjoy yourself.....nanti ai update lagi gambar2 sempena open house n BBQ sempena raya....bye...bye..


Thursday, 11 July 2013

Happy Birthday Miss 6

Assalamualaikum.... salam Ramadhan buat semua umat islam walau di mana anda berada..... Lama dah ai tak menjenguk blog ai ni. Kali ni nak update untuk Miss 6 punya birthday yang lepas pada 14 june hehee...  lama benor nak bersiaran ya.


Inilah kek kegemaran Miss 6.. Red Velvet cuppies. Dia memang suker... sangat ngan kek ni mengalahkan kek coklat. Dia boleh abiskan 2-3 bekas sekali hadap. So Sempena birthday dia ai buat jelah RV cuppies ni and bawak ke tadika dia untuk geder2 ngan kekawan dia kat sana.


Yang ni cup sz S dan yang atas tu cup sz M. Ai campur2 jer mana lah tau kan kot2 ada kanak2 yg tak suka kek ni bolehlah cikgu bg yang sz kecik tu untuk rasa2 dulu....


Yang ni bebola kek. kebetulan ada lebihan kek coklat untuk majlis kahwin sebelum tu... daripada membazir ai buat jer bebola kek ni. Mesti ramai kanak2 suka kan? Golek2 dalam coklat rice masuk dalam cup..siap...

Inilah dia kek2 yang telah selamat di bawa ke tadika Miss 6 untuk meraikan hari lahir nya yang ke 6 Tahun. Moga menjadi anak yang berbakti, berjaya dan berbahgia dunia dan akhirat.....


Monday, 10 June 2013

Lagi Tempahan untuk Candy Buffet

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera semua..... sibuk sikit minggu ni dengan tempahan majlis nikah kahwin dan juga birthday.... maklumlah cuti sekolah kan. Mak bapak pun excited jugak nak buat majlis semasa cuti ni.... semua anak2 balik dari jauh dan dekat. Meriah gitu....

Apam Polkadot Black & White Theme



Kek Gula Hangus
 
Blueberry cheese Tart
Red Velvet Cupcakes

Tu semua tempahan untuk candy buffet yang dikendalikan oleh adik ai. Kalau nak details pasal candy buffet ni boleh tengok blog dia kat Sini . 

Yang bawah ni edisi mencelah.... Talam Suji ai buat untuk makan2. Lama dah beli tepung suji tapi kali ni baru dapat buat.... untuk tempahan leh tengok jenis Talam yg ada kat blog ai ni.



Thursday, 30 May 2013

Coklat Moist CC untuk Hari Koperasi Sekolah

As-salam..... hari ni kita intai2 apa laks yang akan di jamu di USK ni ya... Cupcakes untuk Hari Koperasi Sekolah. CC ni ai buat untuk anak sepupu ai atas permintaan emaknya lah..... sebab anaknya sibuk nak berniaga kat sekolah. Hari pertama dia jual apam polkadot tapi ai tak snap gambo nya..... hari kedua CC ni laks. Menurut ceritanya... CC ni habis sekelip mata jer hehehe..... 50 biji je kan bukan nya banyak sangat. Mesti berebut2 nak kan CC ni ya.... lain kali kita buat lg.

 Macam2 deko... dah tak tahu nk deko mcm mana lg...hentam jer....


Cupcakes Size S

CC Safety Box

Cupcakes coklat moist Sz S
50 Pcs = RM80.00
Buttercream Simple deko

Wednesday, 29 May 2013

Surprise untuk IBU.....

As-salam.... kali ni order dari jauh nun di Penang untuk ibu tersayang yang berada di Kijal. Surprise dari Aliza untuk ibu terchenta sempena hari ibu yang lepas. Bagusnya Aliza ni kan.... masih teringat2 betapa happy nya ibu liza masa ai pi hantar kek ni. Terkejut pun ada jugak sebab tiba2 orang yang tak dikenali mencarinya.....


Coklat Moist Cupcakes with buttercream topping. Special request dari Aliza. Jenuh gaks ai nak susun huruf2 tu. Maklumlah cup saiz M tapi alhamdullilah..... harap2 liza berpuashati dengan hasilnya. 


Sebenarnya liza ada bagi sample tapi sample tu menggunakan 100% fondant... so ai tukarkan ke buttercream (jimat kos kan liza?) cuma huruf dan Love2 tu jer ai guna fondant. 


Selamat Hari Ibu di ucapkan pada Ibu liza dan juga semua ibu2 di Malaysia dan di mana jua ibu2 berada..... (walaupun hari ibu dah lepas) tapi tak per... yg penting Ingat....TQ Aliza...

Saturday, 19 January 2013

Kek Coklat Moist

Assalamualaikum...... 1st entry untuk tahun baru ni... apa-apa pun ai ucapkan Happy New Year pada semua. Moga kehadiran tahun baru ni membawa bersama azam baru, kehidupan baru, kejayaan baru dan apa-apa lah yang baru...hehehehe.


Kek Coklat Moist ni ai buat bulan 12 lepas untuk dibawa balik kampung. Separuh untuk adik ai yang duk Kota Bahru tu makan2 ngan family dia separuh lagi ai bawa balik ke rumah mertua ai. Maklumlah cuti sekolah kan... tak de apa2 nak buat so bila ada lebihan strawberry tu buat je lah kek cekelat ni.


Ai letak jer dalam aluminium ni senang cerita. Bakar lepas tu curah jer coklat dan hias ngan strawberry n Blueberry. Kebetulan ada lebihan buah yang ai buat pavlova... tak nak membazir ai masuk kan semua dalam kek coklat ni.


Yang ni versi cup cake di hias ngan gula manik biar nampak colourfull sikit barulah menarik perhatian kanak2. Bila kanak2 ribena tengok ni mesti meleleh air liur macam coklat yang meleleh tu..... hiks..hiks...hiks.

Friday, 4 May 2012

Coklat Moist Cupcakes & Lollichoc Angry Bird Edible Image

As salam dan salam Jumaat untuk semua. Kali ni Tempahan datangnya dari Pn. Hazaliza untuk menyambut Birthday Putera nya. Coklat Moist Cupcakes dan Lollichoc Angry Bird untuk Muhammad Danial Aqief yang ke 2 tahun. 

25 pcs Coklat Moist Cupcakes size M - Angry Bird edible image

Menurut kata Liza, anaknya adalah peminat "tegar" Angry Bird so apa lagi Mama nya pun mintak lah kek Angry Bird ni untuk memeriahkan lagi sambutan Birthday Boy. Liza juga nak kan tema biru sesuai lah untuk Hero kan....



Bukan cupcakes jer.... Lollichoc pun Liza nak jugak untuk Hero nya. Kaler biru dan edible image Angry Bird jugak.... memang anak Liza ni betul2 minat ngan Angry Bird. Tapi tak per lah kan Liza.... Janji anak nya gembira dan suka ngan cupcake dan Lollichoc ai ni....


30 pcs Lollichoc Angry Bird edible Image

Terima kasih banyak2 ya Liza.... harap2 Liza berpuashati ngan Cupcakes dan Lollichoc itu. Kalau nak oder lagi calling2 lah ai ya....hehehe


Yang ni laks macam biasa ah... Model tak berbayar.... mesti ada jugak untuk dia.... dan kebetulan ada lebihan coklat ganache dalam esbok so ai pun pipe jer kat lebihan cupcakes dan tabur ngan gula manik tuh.... dan bawak pi jenguk2 Miss 16 kat asrama nya.... ada lah jugak buah tangan kan...hiks...hikss.... kalau saje2 nak buat tu memang tak merasa lah anak ai tu sbb Ummi nya sikit pemalas....

Tuesday, 21 February 2012

Red Velvet Cake ~ ala-ala Cupcake N Cupcakes


Pelik jer bunyi tajuk N3 ai kali ni ya.... Red Velvet Cake ala2 cupcakes N Cupcakes ni tempahan dari Ailmi untuk diberi pada dot...dot.... dia... hihihi.... RV ni ai buat loyang 6" dan ai tak potong kat atas tu sebab nak buat ala2 cupcake gitu.... muncung kat atas. sebaba tu lah tajuk dia ala2 cupcake..... ok tak? .......mekasih....jawab ok.....hik..hik... RV ni ai guna buttercream jer sebab cream cheese dah abis di gunakan untuk cupcakes. So tak kisah lah asalkan cantik dan sedap di makan.....

 
Yang ni belum di make-up lagi....pakai baju dah....tapi belum tempek2 lagi muka dia tu.... nampak bersih dan suci gitu kan? sebenarnya yang belum di hias ngan stoberi lagi..... tak berseri jer kan.....pucat macam mak dara yang baru bangun tido.... huahahaha.... merapu .... meraban jer aku nih...

Hah yang ni baru betul.... letak jer stoberi tu baru lah naik seri ckit.... cam anak dara gitu.... bercahaya.....  mergherlip..... semangat ckit nak me makan nyer...hehehe..... excited punya duk solek2 kat kek ni sampai lupa ai nak timbang kek ni... ntah brape kg lah.... haish... nanti2 lah ya ai bagitahu beratnya...

9pcs / box = RM32.00 (L)

Yang ni versi cupcake dan cupcakes ni menggunakan cream cheese. Sememangnya RV ni sesuai digandingkan dengan cream cheese yang masam2 manis itu...serasi...bersama..... macam rancangan serasi bersama tuuuu....
So, sesape yang nak oder bolehlah contact ai ye...tel or email..mana2 pun boleh....

Harga : 
Red Velvet Kek ~ RM85.00/resepi = 4 layer
Red Velvet Cupcake ~ 1 box @16 pcs = RM45.00 (M)  RM55.00 (L)
                               

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...