Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

Apam, Puding dan Talam lagi.....

Assalamualaikum..... Wordless wednesday??? boleh ker....hehehe



Talam Chendol dari regular customer Suhaila...TQ.


Talam Chendol - RM28 dan Talam Tokyo - RM30. Oder dari Zati. TQ

 Puding Roti Marble untuk Majlis Cukur Jambul anak sedara ai.

Apam (suka hati) untuk Majlis Cukur Jambul jugak...

Tq all....wordless wed menjadi...yeah...hehehe...

Wednesday, 26 February 2014

Resepi : Puding Chendol

Assalamualaikum..... memang lama giler ai tak berkongsi resepi kan? Kali ni resepi Puding Chendol... tapi ai pernah post kat blog ai ni dulu tapi yang tu ada ejas2 sikit resepi. Kali ni resepi dari Kak Nor Secubit garam yang glemer tu. Ai copy jer dari blog Kak Nor.... izinkan ai share kat sini ya Kak Nor..... Jangan bimbang... ai post skali ngan tuan resepi dan sumbernya skali. So, kalau uolls nak tengok resepi asal leh klik kat bawah tu.....


Ai memang suka cuba resepi dari Kak Nor ni sebab memang best2 sangat puding or agar2 olahan Kak Nor ni beserta dengan tip2 nya sekali. So, yang tak biasa buat pun boleh cuba ngan senang hati.


Puding Chendol
Resepi : Ogy@Tuntung15
Sumber : K.Nor@SecubitGaram 

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam

Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah ~ k.nor guna campuran nisan dan gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam



Cara-Cara :
Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocok kuning telur didalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

## selalunya bila K.Nor buat puding ni, utk bahagian lapisan atas tu K.Nor akan tambah air sebanyak 100ml lagi sbb teksture asal tu agak keras sket bg K.Nor. K.Nor lebih suka teksture puding yg lebih lembut sket. Terpulang pada masing2 ya..

## utk lapisan bawah K.Nor hanya guna 1 cawan gula atau lebih kurang 12 sudu besar. Sbb K.Nor kurang suka manis2 sgt dan utk lapisan atas tu mmg kena rasa sendiri la kalau nk buat sbb jenis2 gula merah ni berbeza. Jadi tak leh nk bg tau sukatan yg tepat.


Sunday, 15 September 2013

Red Velvet Padang Bola dan ......

Assalamualaikum.... lama tak bersiaran ya. Sorry lah.... sibuk sikit jer campur ngan raya, kahwin dan pelbagai majlis lagi. Hari ni ai update untuk order sebelum raya dan hari raya open house mengikut giliran lah ya. In Sya Allah lepas ni ai sambung update gambar order2 dari customer ai yang berlambak nih.

Red Velvet deko padang bola. Yang ni adik ai kat Kota Bahru yang order. Jauh perjalanan ni... kebetulan ai balik kampung so bolehlah buat untuk dia.
 
Dia memang nak kosong macam ni jer... tak nak rumput2 bagai macam padang bola biasa tu.... just letak rumput2 plastik untuk hiasan.


 Puding Roti Apple sebelum bakar
Dah siap bakar. Puding roti ni buat masa ramadhan hari tu...hehehe.... lama benor dah ya. Tapi puding roti ni memang best sangat.... ada apple hijau, kismis, gajus.....dan suka hati uolls lah nak letak apa pun. Ada yang nak resepi ker???

Kek coklat moist buat untuk hari raya lepas... bawa balik kampung. Tak sempat nak buat kek or biskut2 lain. Ai cuma buat chocolate chips cookies jer.

Order dari Cik Wanie yang duk Kota bahru sana.... 7 biji Kek Butter Rainbow dan 3 biji Kek Oren. Wanie cakap untuk dibahagi2 kan pada saudara mara dia sempena hari raya.... best kan.

Red Velvet Cuppies untuk makan2 sempena hari raya..... ntah hari raya yg keberapa ai buat ni....lupa dah.

Enjoy yourself.....nanti ai update lagi gambar2 sempena open house n BBQ sempena raya....bye...bye..


Tuesday, 9 October 2012

RESEPI : PUDING CENDOL

Assalamualaikum........ udah lama kiranya ai tak meng-update blog ai ni ya!. Bukan apa.... selalu aja ujan sama guruh dan petir (versi indo lah pulak) hehehe.... itulah pasal akhir2 ni selalu hujan kan? setakat hujan tu ok lagi tapi di ikuti oleh guruh dan petir tu lah yang membuat kan ai pun tak buka tenet ni. Takut jugak nanti meletop lagi modem ai tu.... pitis...pitis....


Kali ni kita tengok resepi laks ya. Dah lama tak letak resepi kat sini. Sebenarnya puding cendol ni dah lama buat tapi biasalah...... edisi terperap....huhuhu... Resepi ni ai ambil kat blog Kak Nor. Ai suka cuba resepi dari kak nor ni sebab memang sedap dan sesuai ngan anak tekak ai nih. Mintak izin kongsi kat sini ya Kak Nor. Jom Layannnnnn..... siap ngan tip2 dari Kak Nor lagi....

PUDING CENDOL

resipi :Ogy@Tuntung15
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Posted : UmmisarahKitchen



Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
segenggam sagu - rendam sekejap & toskan (Ummi Tambah)



Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah ~ k.nor guna campuran nisan dan gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam


Cara-cara membuatnya

Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan sagu dan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocok kuning telur didalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

## selalunya bila K.Nor buat puding ni, utk bahagian lapisan atas tu K.Nor akan tambah air sebanyak 100ml lagi sbb teksture asal tu agak keras sket bg K.Nor. K.Nor lebih suka teksture puding yg lebih lembut sket. Terpulang pada masing2 ya..

## utk lapisan bawah K.Nor hanya guna 1 cawan gula atau lebih kurang 12 sudu besar. Sbb K.Nor kurang suka manis2 sgt dan utk lapisan atas tu mmg kena rasa sendiri la kalau nk buat sbb jenis2 gula merah ni berbeza. Jadi tak leh nk bg tau sukatan yg tepat.


Sebenarnya cendol tu dah tak larat terperuk kat dalam esbok. Pk punya pk... maka terjadilah puding cendol ni. Di sebabkan cendol ni sikit so ai pun campurlah ngan sagu... hehehe ngelat ah tu. Miss 16 bawak gi asrama apa lagi ngap jer lah member2 dia. Tak kisah lah sedap ker tak sedap ker... janji perut kenyang....

~Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera~


Monday, 3 September 2012

PUDING TRIFFLE - EDISI TERKUMPUL

As Salam semua.... doaku moga anda semua sihat walafiat di samping tugas harian dan family terchenta.... ai? macam biasa lah..... pagi pergi kerja...petang balik ..... lepas tu kalau ada order buat jer..... hahaha. Edisi terkumpul lagi tapi kali ni untuk Puding Triffle laks. Untuk tidak membuang masa anda membaca bebelan ai dengan panjang lebar lagi..... kite tatap jer lah gambar2 yang tak berapa nak comel ni. Sorry lah kalu ia meng-terliurkan uolls ya. Kalau yang duk dekat2 ai tu bolehlah oder ya tak? tapi kalau yang duk jauh2 tu silalah buat sendiri ya. Resepi pun dah pernah ai siarkan kat blog ai ni. Selamat Mencuba...

 Lepas pipe fresh cream

 Tabur kacang cincang dan Strawberry cincang


Semua Triffle tu ai buat semasa bulan puasa ari tu untuk Miss 16 bawak ke asrama berbuka puasa ngan member2 dia. Itulah kerja ai tiap2 ari sabtu.... sibuk siapkan bekal dia. Bukan sikit2 dia bawak, yang atas sekali tu satu bekas lepas tu yang dalam tupperware tu pun dia bawak juga dalam 6 bekas kalau tak silap ai. Haihs..... kenduri sakan lah dia...... tapi bagus jugak kan bulan baik ni buat amal sikit hehehe..... maklumlah kadang2 member yang jauh tak balik ke rumah tapi Miss 16 ni tiap2 minggu suh ai gi ambil dia kat hostel tuh.

 Sebelum letak fresh cream

Selepas letak fresh cream dan di taburi badam panggang.....mmmmnnnnn yummies...

Yang ni laks ai buat untuk majlis pertunangan adik ai pada raya ke 5 lepas. Kata orang 'Pencuci Mulut' lah konon.... hehehehe (cuci mulut ngan air lah kan? penat2 ai buat.... ngap jer lah lagi seedaapp). Tapi kan wa cakap lu....(rock ckit)  Triffle ni memang sedap bila letak fresh cream dan badam panggang tu... marbelessss. Kruk...kruk... kunyah badam tu....sambil mulut pun berkata2.... mmnnnmmmm.......mmnnnnmmm... wakakaka.....



Triffle ni lak untuk Jamuan Raya Miss 5 - yg bekas petak besar dan untuk my darling hubby bawak ke office ber jamuan bersama member2 nya. Mencabar jugak ya kalau dah banyak macam ni. Bekas petak tu boleh tahan besar juga. Ukuran bawah tu 4.5" dan ukuran atas 5" sebanyak 20 pcs. Leceh sikit lah nak buat nya satu-satu nak kena letak kek lepas tu basahkan kek ngan air buah koktel tu, masukkan kastad lepas tu tabur buah koktel lak, curah ngan jelly. sejukkan. 

Lepas tu pagi2 ai pipe fresh cream dan tabur badam, tutup dan  simpan dalam peti ais sebelum hubby datang ambil kul 10 pagi. Sekarang uolls dah tahu kan susah senang nak buat Triffle ni..... so, kalau harganya mahal jangan lah uolls complaint plok..... itu lah yang sebenarnya nak cakap....hahahaha. Setengah2 orang jual tak de letak fresh cream bagai kan? harga pun kureng lah jugak... jangan tak tahu U...

Siap ngan sudu.....senang nak makan nanti.

Sunday, 1 January 2012

Puding Triffle n Selamat Hari Lahir Ayahnda....

Selamat Tahun Baru pada semua......moga tahun baru ini lebih mendatangkan rahmat, meluaskan rezeki, mengharmonikan kehidupan kite semua.....malam tadi kami meraikan hari kelahiran ayahnda tercinta yg lahir pada 31st December 1947.....sekejap saja masa berlalu ...tanpa kita sedari umur kita semakin tua.....dan kami anak2 mu mendoakan dan mengharapkan dirimu beroleh kesihatan yang berpanjangan agar hari2 yang akan dirimu lalui akan memberikanmu seribu manfaat di kemudian hari..... 

Ok, back to normal rutin ku...... sebenarnya aku tak sempat nak membuat or mendeko kek yang grand2 sempena hari kelahiran ayahnda ku sebab sibuk menjahit baju Miss 4 (eh skg dah Miss 5 tp ikut bulan blum sampai lg). Lusa Miss 5 akan start sekolah.... serba sedikit aku bimbang jugak... macamana lah dia kat sekolah nanti ya.... perangai nya kdg2 garang.....kdg2 moody...haish..... susah nak cakap... tunggu jelah 3hb nanti....


Ini je yang sempat aku buat untuk meraikannya.... at least ada lah jugak kan??? tak de lah aku datang dengan tangan kosong jer..... dan sempat lah jugak aku drive ke Kijal beli KFC Family Feast untuk geder2 sama ngan puding aku tu.... cukuplah tu untuk makan malam sambil sambut birthday "Atuk".

 
Itulah rupe Puding Triffle dan kalau ada yang terliur tu...bolehlah amik resepi ni dan buat sendiri ye....hik hik.. Lebihan dari jelly (sbb aku buat 2 kotak) tu aku masukkan dalam acuan dan taburkan buah2an yang lebih tu so jadilah... Puding Buah Jelly or Puding jelly buah...apa2 lah asalkan sama..... tapi sib baik jugak aku buat yg ni sbb mak aku tak suke Puding Triffle tu sbb campur susu......huhuhu...

PUDING TRIFFLE
Sumber : Rahaniss
Sumber : Ummisarahkitchen

Bahan
1 Peket Swiss Roll
1 Tin Buah-buahan Cocktail (ummi + 1 tin slices peach)
1 kotak Kristel Jeli - jenama Nona
1 Tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastad (sukatan membukit) + 1/2 tin air
Yogurt or Whipping Cream

Cara:-
Lapisan 1
Potong swiss roll anggaran 1.5 cm tebal, susun dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit cocktail keatas kek hingga lembap. Ketepikan dan bolehlah masak kastad. 

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula di masak di atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tpg kastad dengan 1/2 tin air) bila susu mendidih, kecilkan api dan kemudian masukkan bancuhan tepung kastad tadi, kacau hingga menjadi likat. Tuang ke atas lapisan 1 (kek) tadi.

Lapisan 3
Buah-buahan cocktail tadi di tabur ke atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas (mengikut sukatan pd kotak jelly) hingga mendidih an masukkan serbuk jelly tersebut, kacau sebentar. Tutup api dan sejukkan sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah) tadi.

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt @ whipping cream keatasnya, kalau nak cantik taburkan dengan buah strawberry keatasnya.....

Nota :
Ummi skip je lapisan 5 tu...tapi kalau nak buat lapisan 5 tu ummi rasa bagus kalau disejukkan dulu dalam peti ais selepas tuang lapisan jelly and bila nak hidang barulah di letakkan yogurt or whipping cream.

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...