Thursday 28 February 2013

RV & Snowy Peach for 2nd Birthday Celebration


Assalamualaikum...... hape kabo sume..... Alhamdullillah.... sihat sume nampaknya. Memandai jer cakap semua orang sihat kan? tapi harap2 semua sihat lah.... bukankah kata2 itu merupakan satu doa. Tengoklah kek2 kat atas tu ini semua gara2 orang yang tak pernah puas sambut birthday heh...heh...heh... sebab yang ni dah masuk kali kedua untuk birthday yang sama. Agaknya lepas ni ada lagi kot tapi mungkin ngan orang lain laks yer tak?



Snowy Peach ni sepupu ai yang order untuk hubby dia sebab dah lama hubby dia mengidamkan Snowy ni sampai termimpi2 akan kegebusssan, kelazatan, kemanisan...... dan beberapa lagi san...san... kek ni hahahaha..... ops...terlebih sudah.



Korang semua ni bukannya tak tahu kan? tapi saje buat2 tak tahu. Memang kek ni marbeles rasanya... keknya yang lemmmmmbuut gitu di lapisi ngan krim kastad dan ditaburi ngan cincangan buah peach dan disaluti ngan cream kastad yang lemak manis itu juga di hiasi belahan2 Peach yang segar serta blueberries yang mengancam pasti membuatkan liuq korang meleleh.... (AYAT PROMOSI POWER GILER)... wakakaka... mesti korang teruja kan?



Red Velvet ni lah yang ai katakan tadi. Sampai dua sekali diorang bedal untuk sambut birthday yg ke2 kali jgak. Orang yang sama gaks order utk snowy peach tu. Dia orang sume ni memang hantu RV. Sampai menjilat sudu..... abis sume cream cheese dia orang sapu. Bak kata ai, memang tak rugi korang order RV nih. hehehehe..... nape ayat2 ai kali ni semuanya ber bau PROMOSI yep.... sorry lah, tapi memang promo pun....

RV = RM85/resepi        Snowy Peach = RM70/resepi

Korang renung2kanlah....moga2 ada yang berkenan dan leh kal ai buat order ya. RV tu saje diaorang request untuk buat 2 bekas sebab diaorang tak nak tinggi2... ni kes nk mkn lebih cheese... sessi menternak lemak....hehehe...


Wednesday 27 February 2013

RV untuk Birthday celebration

As-Salam.... bertemu lagi kita. Alhamdullilah dipanjangkan umur sehari lagi moga2 Tuhan panjangkan umur kita lagi.... Bulan lepas ai kehilangan nenek ter cinta dan Sabtu lepas bapa saudara yang bongsu pula meninggal Innalillah....... moga rohnya sentiasa diberi rahmat oleh Allah S.W.T. amin.....



Berbalik pada entry kita kali ni ai dapat tempahan dari Cikgu Sek Keb Kerteh untuk meraikan hari jadi nya tapi ai tak tahu yg keberapa tahun. Lagipun adik ipar ai yang tolong orderkan bagi pihak cikgu azlina. Ai cuma gi hantar jer kat sekolah.


Dengar cerita kek ni di hidang semasa minum pagi meeting time. Lepas tu sambung meeting lagi... diharap kek ini dapat memberikan sumber inspirasi dan menyejukkan hati2 yang gelisah semasa meeting tersebut..hiks..hiks..hiks... jangan marah ya cikgu2. 


Red Velvet 9" with Cream Cheese filling & Topping
Harga : RM85 / resepi


Sunday 24 February 2013

Muffin Hantaran & Polkadot untuk Makan-makan


Assalamualaikum...... salam bahgia semua. Kalau boleh entry seringkas  mungkin kerna kesuntukkan masa. Muffin ni oder dari adik ipar ai untuk adiknya bagi majlis sambut menantu yang diadakan di Kuantan. Ini permintaan dari adik ipar ai supaya digubah dan diletakkan riben siap2. so, ai buat jer mengikut apa yg available kat rumah ai. Harapan agar menepati citarasa nya. 


Disamping tu Fatimi aka adik ipar ai juga order untuk makan-makan juga. Boleh lah kunyah2 dalam perjalanan ke Kuatan. 50 pcs untuk hantaran dan 50 pcs untuk makan2. Fatimi juga oder Giant Karipap untuk breakfast bersama keluarga. Nanti ai cerita lain entry ya.


Apam Polkadot ni tempahan dari cikgu Sek Men Keb Kerteh tapi lupa nak tanya nama ape hehehe.... sebab yang order orang lain yg dtg ambil orang lain tulah tak tertanya nama nya.


50 pcs ada filling dan 50 pcs lagi tak de filling. yang dalam plastik tu extra untuk anak2 nya. Mekasih cikgu.... lain kali oder lagi ya.

Wednesday 20 February 2013

RV & Pavlova for 3A's Birthday



Assalamualaikum....... lamanyer tak update blog ya. Bukan tak menjengah langsung cuma tak update jer.... Kali ni ai nak tayang RV ngan Pavlova yang dibuat sempena 3a's punya birthdays. Mereka ni semua anak sepupu dan juga sepupu ai. Biasa lah kalau time birthday mesti diaorang akan tempah kek kat ai.... Family support lah katakan..... bagus...bagus... tak yah uolls bagi duit kat resepi rahsia lagi kan? hehehe....

Red Velvet with Hawaian Coconut Flake

3A's Birthday kali ni ialah AZYAN, AWIN N AZHAR. Anak sedara dan pak sedara..... RV ni 1st time ai salut ngan kelapa. Sebenarnya kelapa kaler putih ya anak-anak jangan keliru laks, ummi letak kaler merah sikit untuk mencantik kan lagi Kek anak-anak ya. Bukan apa haru nanti kalu dia mintak ngan mak dia kelapa kaler merah hehehee.... mana nk cari.

Pavlova size 8"

Ni laks Pavlova sz 8" yng penuh ngan buah. Memang kaya ngan buah lah yang ni sebab tuan dia sendiri yg beli buah hiks..hiks...hiks... best kan kalu ai dapat customer mcm ni. Tak mampu dah ai nak tabur buah lagi, kesian kat merinque tu tak tahan ngan ke-beratan buah2 tu.


Kan dah cakap memang banyak buah sampai kat kek pun ada buah gaks tapi tak banyak lah..... nanti RV bertukar jd kek Buah lak kan. Ai pun ada buat mini Pavlova untuk geder2 dan juga untuk Fareed. Fareed pun dah dua kali order mini pavlova ni. Mekasih ya Fareed bagi support untuk UmmiSarah Kitchen.  


Gambar ni ramai yang interprem ya. Tuan punya birthday 2 orang jer yang sorang lagi tak de kat sini cuma nama jer ada hahahaha..... kesian ko azyan.... mama ko ni memang.... saje nak sakitkan ati ko.

Apa-apa pun UmmisarahKitchen mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Lahir, Moga Sentiasa dalam Barakah Allah dan Mendapat Kesejahteraan, Kejayaan, Kegembiraan dunia dan akhirat" amin......

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...