Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Monday, 3 June 2013

Resepi : Makaroni Bakar


Assalamualaikum..... dah lama tak berkongsi resepi ya tak? bukan apa malas nak menaip panjang2 tapi hari ni terlebih rajin so jom kita tengok resepi Makaroni Bakar.

1st time buat makaroni bakar nih.... dan alhamdullilah mendapat sambutan jugak nampaknya. Sebut jer cheese sape tak suka kan! memang marbeles resepi ni. tak rugi mencubanya. Credit pada tuan punya resepi.

Makaroni yg telah dicampur ngan sos daging dan sebelah kanan sos cheese

MAKARONI BAKAR
Resepi : Diana  Olahan : Iza Akma SSK
Posted : Ummisarahkitchen

Bahan A
250gm Makaroni
Cheese Mozarella untuk Taburan

Bahan B ~ Sos Daging
4 Kpg daging burger – dipotong dadu (Ummi guna daging kisar 500gm)
½ tin cendawan butang (Ummi guna 1 tin)
250gm sos spaghetti prego
250gm air
1 labu bawang besar Holland – dipotong dadu
2 ulas bawang putih – dicincang
1 biji capsicum hijau – dipotong dadu (Ummi tak letak)
2 sudu besar minyak masak
2-3 helai daun bay (Ummi tak letak)
Sedikit oregano dan mixed spices (Ummi tambah mixed spices)
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur (dipukul sedikit) - Ummi Tambah

Bahan C ~ Sos Cheese
125gm Cheese Cheddar (Ummi guna cheese slices)
300gm susu segar
150gm air
1 ½ sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
2 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar

Cara :

1.  Panaskan air, sedikit minyak dan garam hingga mendidih. Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.       Angkat dan toskan

2. Sediakan Sos daging ~ Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan sos prego, air dan daun bay. Sukatan untuk air dan sos hendaklah sama. Kalau 1 cawan air sosnya pun 1 cawan. Kacau sebati. Masukkan daging dan masak hingga pekat. Masukkan cendawan, capsicum, garam, oregano dan masak lagi hingga pekat. Padamkan api masukkan macaroni dan gaul rata. Masukkan telur yg dipukul sedikit. Kacau sebati.

3.  Sediakan Sos cheese ~ Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga tepung tidak bergentel. Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api masukkan susu segar dan air. Masak hingga pekat dan berkilat. Masukkan lada hitam kacau dan angkat.

4.  Macaroni yg telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam caserol dan lapiskan dengan sos cheese. Kalau guna Loyang lenserkan dengan sedikit butter. Mulakan dengan macaroni di ikuti dengan sos cheese. Ulang sehingga menjadi beberapa lapisan dan pastikan atas sekali ialah sos cheese.

5.  Tabur keju mozzarella menutupi permukaan sos cheese. Bakar dengan suhu 180C selama 45 minit sehingga Nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya perang.

6.   Hidang ngan sos cili. 

Sebelum dan Selepas 

Ready to ngap....yummie. 

Cubalah resepi Makaroni bakar ni memang sesuai untuk minum petang dan juga geder2 with friend and family..... Selamat Mencuba.


Tuesday, 3 January 2012

CCMS lagi...... n Cheese Tart

Creamy Chicken n Mushroom Sauce lagi...... tapi kali ni bukan ngan Spagghetti tapi ngan "Penne Rigate". Macam-macam nama lah pasta ni kan... tapi yang biasa kita dengar Spagghetti, Macaroni ya tak? kalau yg pelik2 tu nak sebut pun tergeliat lidah dibuatnya. Tapi kan.... Suka hati korang lah nak panggil nama ape pun asalkan bahgia...hikhik...

Kalau korang nak tahu itu lah rupo Penne Rigate yang masih dalam plastik tu.... kalau nak resepi... sama jer ngan resepi yang aku masak ngan spagghetti tu... tengok SINI . Buat sekali mahu buat lagi..... tu lah yg aku rasa... memang sedap.


Hah!! yang ni lak aku buat tahun lepas (macam lama jer bunyi nya) akhir bulan dec lepas untuk bekalan adik2 ku ke "U" Masing2. Sebenarnya dah lama resepi ni terperap kat lam laptop ni tapi hari ni baru terbuat Cheese Tart ni. Itupun cream cheese dah tak larat melangguk kat dlm esbok tu lama2 lagi....

Layan jer lah gambo2 aku nih...adunan cheese tu tercair sikit sebab aku guna telur A.. tok guru dah cakap guna telur B tapi degil... tu lah derhaka lagi... tapi cheese aku sedap jugak hehehe...puji diri sendiri (dah org lain tak nk puji ya tak?)

Kalau member2, adik2, kakak2 nak resepi... buleh tengok kat blog ni HaSue dan cara2 nak lorek kat atas cheese tu... leh tengok kat SINI . Sure menjadi nyer.... bukan aku tak nak tempek resepi kat sini tapi dah lewat malam ni...tak sempat you.....apa2 pun Selamat Mencuba......

Saturday, 24 December 2011

Spagghetti with Creamy Chicken & Mushroom Sauce

As-Salam dan hai.....selamat bercuti dan Merry Xmas bagi yang menyambutnya......macamana tengok gambar kat atas tuh....ada yang terasa-rasa nak menyantap nyer ke...sebenarnya dah lama tekak ni terasa nak makan tapi masa tak mengizinkan untuk membuatnya....baru sekarang dapat merasanya lagi. Sebenarnya Spagghetti with Creamy Chicken n Mushroom Sauce ni resepi dari my Cousin's Hubby. Hubby dia dari Swiss dan resepi ni adalah resepi yang biasa mak nya masak. Hari tu her hubby masak untuk kami....sedaplah plok...tu ah macam terbayang2 jer kat tekak ni.....rasanya yang creamy2 yummy2 gitu. Memang tak dinafikan banyak resepi kat tenet tapi masing2 punya style masakan sendiri....so, apa kata kita cuba lak resepi ni....berbaloi (bagi yg suka pasta) hehehe.....

Bagi aku yang jarang makan pasta ni pun memang dah jatuh hati kat CCMS ni...panjang sangat namanya...apa kata kita short kan aje lagi senang kan!!.. Kat bawah ni aku tempek kan bahan2 nya berserta resepinya...of course lah kan...tak kan bahan jer...ya tak?...

Yang atas sekali tu Spagghetti....tuan punya resepi ni suka spagg jenis yang ni Barilla. Spagg ni tak terlalu mengembang kalau terlebih rebus....yang kiri tu White grape drink (Sparkling Juice), yang tengah serbuk pati ayam, whipping cream n oregano dan yang bawah tu mushroom (ayam brand tu cantik ckit mushroom nya).


SPAGGHETTI WITH CREAMY CHICKEN N MUSHROOM SAUCE
Sumber : UmmiSarahKitchen

Bahan-bahan
1 biji bawang besar - dadu@cincang
2 tin button mushroom - slices
4 keping dada@isi ayam
300ml Sparkling apple juice
1 sudu besar tepung gandum/jagung - bancuh dgn sedikit air
1 kiub pati ayam @ 1 sd besar serbuk pati ayam
200ml air panas
200ml whipping cream
1 sudu teh garam
parsley/oregano/all spices

Cara membuatnya :
1.  Panaskan kuali masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan goreng separuh masak kemudian masukkan mushroom dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air, kacau sebati (utk memekatkan kuah)
4. Kemudian masukkan pati ayam bersama air, kacau sebati dan biarkan seketika.
5. Masukkan sparkling apple juice dan biarkan hingga mendidih.
6. Bila kuah sedikit pekat masukkan whipping cream dan kacau hingga betul2 pekat.
7. Perasakan dengan garam, oregano/parsley atau apa2 yg anda rasa sesuai. Sedia untuk dihidang.

Nota :
Ummi masukkan terus spagghetti kedalam kuali dan kacau seketika supaya sauce betul2 sebati dengan spagghetti. Bagi yg suka pedas boleh tambah black pepper, Ummi letak oregano saja. Kepekatan sauce bergantung pada selera masing-masing.

SELAMAT MENCUBA

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...