Monday 3 June 2013

Resepi : Makaroni Bakar


Assalamualaikum..... dah lama tak berkongsi resepi ya tak? bukan apa malas nak menaip panjang2 tapi hari ni terlebih rajin so jom kita tengok resepi Makaroni Bakar.

1st time buat makaroni bakar nih.... dan alhamdullilah mendapat sambutan jugak nampaknya. Sebut jer cheese sape tak suka kan! memang marbeles resepi ni. tak rugi mencubanya. Credit pada tuan punya resepi.

Makaroni yg telah dicampur ngan sos daging dan sebelah kanan sos cheese

MAKARONI BAKAR
Resepi : Diana  Olahan : Iza Akma SSK
Posted : Ummisarahkitchen

Bahan A
250gm Makaroni
Cheese Mozarella untuk Taburan

Bahan B ~ Sos Daging
4 Kpg daging burger – dipotong dadu (Ummi guna daging kisar 500gm)
½ tin cendawan butang (Ummi guna 1 tin)
250gm sos spaghetti prego
250gm air
1 labu bawang besar Holland – dipotong dadu
2 ulas bawang putih – dicincang
1 biji capsicum hijau – dipotong dadu (Ummi tak letak)
2 sudu besar minyak masak
2-3 helai daun bay (Ummi tak letak)
Sedikit oregano dan mixed spices (Ummi tambah mixed spices)
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur (dipukul sedikit) - Ummi Tambah

Bahan C ~ Sos Cheese
125gm Cheese Cheddar (Ummi guna cheese slices)
300gm susu segar
150gm air
1 ½ sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
2 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar

Cara :

1.  Panaskan air, sedikit minyak dan garam hingga mendidih. Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.       Angkat dan toskan

2. Sediakan Sos daging ~ Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan sos prego, air dan daun bay. Sukatan untuk air dan sos hendaklah sama. Kalau 1 cawan air sosnya pun 1 cawan. Kacau sebati. Masukkan daging dan masak hingga pekat. Masukkan cendawan, capsicum, garam, oregano dan masak lagi hingga pekat. Padamkan api masukkan macaroni dan gaul rata. Masukkan telur yg dipukul sedikit. Kacau sebati.

3.  Sediakan Sos cheese ~ Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga tepung tidak bergentel. Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api masukkan susu segar dan air. Masak hingga pekat dan berkilat. Masukkan lada hitam kacau dan angkat.

4.  Macaroni yg telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam caserol dan lapiskan dengan sos cheese. Kalau guna Loyang lenserkan dengan sedikit butter. Mulakan dengan macaroni di ikuti dengan sos cheese. Ulang sehingga menjadi beberapa lapisan dan pastikan atas sekali ialah sos cheese.

5.  Tabur keju mozzarella menutupi permukaan sos cheese. Bakar dengan suhu 180C selama 45 minit sehingga Nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya perang.

6.   Hidang ngan sos cili. 

Sebelum dan Selepas 

Ready to ngap....yummie. 

Cubalah resepi Makaroni bakar ni memang sesuai untuk minum petang dan juga geder2 with friend and family..... Selamat Mencuba.


No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...