Showing posts with label Sosej Roll. Show all posts
Showing posts with label Sosej Roll. Show all posts

Sunday, 30 March 2014

Gerai Sempena Sukan Tahunan Miss 7

Assalamualaikum..... lama berehat sempena cuti sekolah (walaupun tak rehat mana..) maklumlah cuti sekolah banyak majlis kahwin tapi kali ni ai balik Kota Bahru untuk Majlis Kahwin adik ipar ai. Sibuk lah sikit prepared untuk "Candy Buffet"....opss.. tapi hari ni kita nak cakap pasal gerai sempena sukan tahunan anak ai Miss 7 nih.... terlebih sudah...hehehee

 
 Selamat datang ke Gerai Ummisarahkitchen..... ini adik ai yang buat ni..

Kita tengok apa yang ada kat gerai USK ni ya.... sorry sebab ai tak war2 kan dulu kat pages Dapur Ummi Sarah so ramai yang tak sempat datang sebab waktu sukan dah tamat.... tak per lain kali kalu ada gerai USK kat mana2 ai inform awal2 ya...

Roti Sosej - Kosong dan juga sos + mayonis

Coklat Chip Cookies

Coklat Moist Cake

 Blueberry Cheese Tart & Fruit Tart.... tapi yg ai jual ai pek siap2 (lupa nk snap gambonya)

 Talam Keladi dan Talam Suji Pandan

 Muffin Coklat Pisang... 100 pcs untuk adik ipar ai dan selebihnya untuk dijual...


Itulah dia penjual nya.... Miss 18 & Miss 7..... lepas main sukan datang lepak kat gerai sambil2 minum air dan makan kuih...  Selamat Berjualan...


Wednesday, 12 December 2012

RED VELVET FOR 17TH ANNIVERSARY 




You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith coz you believed
I’m everything I am
Bcoz you loved me ooo....


Assalamualaikum...... terima kasih bagi yang masih sudi menjenguk ai di sini... pernah dengar bait2 or lirik lagu yang ai tulis kat atas tu? Because You Loved Me by Celine Dion. Miss 5 suka sangat ngan lagu ni.... best kan...... Jua terima kasih Allah kerna mengrahmati kami sekeluarga sehingga ke tahun ini iaitu dah 17 tahun kami melayari bahtera berumahtangga ini dah bermacam2 dugaan dan cabaran yang telah kami lalui.... Alhamdullilah.... sampai ke saat ini kami masih bersama dan doa kami moga kami akan terus bersama sehingga ke akhir hayat kami...amin....


Sempena hari bahgia kami (walaupun dah lepas) sebab lambat update blog  ...hehehe masalah biasa. Ai buat Red Velvet Kek untuk meraikan nya. Tak de lah buat parti2 or joget2 lambak pun.... just buat Red Velvet ni jer dan hubby ai bawa ke opis dia untuk dijamu pada member2 nya. Moga kasih sayang kami semerah dan sebaldu kek ni...hiks...hiks...hiks..... jangan jeles ok.


Sebenarnya ai cuma nak test buat deko bunga2 tu.... tapi sayang tak cukup cream cheese untuk buat rapat2 so jadi lah macam kat atas tu.... bunga tu terpaksalah dijarakkan sikit. Ai pun ada buat roti jugak so boleh lah dia orang buat minum petang. 


Wednesday, 19 September 2012

SOSEJ ROLL AND CHEESE BUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda yang setia menatap blog USK ni. Ribuan terima kasih juga pada yang sentiasa menjengah ke sini dan yang 1st time tu.... jangan serik tuk jenguk ai lagi ya. Entri kali ni gebus menggebuss gitu. Apalagi kalau tak roti meroti.... permintaan khas dari adik ipar ai untuk penyanyi2 SKKgBaru.


Sebelum ni ai tak pernah ambil tempahan untuk roti ni. Biasa buat untuk makan2 sendiri aje dan di bagi2 pada famili. Tapi kali ni adik ipar ai nak ai buatkan roti untuk pelajar2 dia yang akan membuat persembahan. Menurut katanya.... roti yang disajikan habis sekelip mata jer di ngap oleh penyanyi2 itu. Order dah lebih...... ni mesti ada yang makan lebih nih.... sure nanti nyanyi suara lemak masin manis dan gebussss macam roti ai yg menggebuss tuh hahahaha.... perasan tahap gaban kan!!!

Sosej Roll - 30 pcs


Yang ni lak biasalah.... kalau buat roti mesti kena ada lebih untuk di santap. Itu pun ai kena uli lagi 1/2kg untuk buat roti ni. Yang 1st tadi habis buat sosej roll so terpaksa uli lagi. Penat wooo..... sib baik tak naik muscle2 kat lengan ai ni tapi kalau hari2 ada yang mintak roti.... boleh ganti Malik Noor lah ai ni kan...hehehe


Cheese Bun dan Roti Kaya. 4 biji jer dapat roti kaya tu.... sekejap jer dah habis semua roti ai ni. Kebetulan hubby ai balik tengahari so di angkut nya ke tempat kerja dia. Selamat...........

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...