Showing posts with label Coklat Box. Show all posts
Showing posts with label Coklat Box. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

COKLAT LAGI??

As-Salam.... memang coklat lagi..... uolls tatap jer lah ya... pada yg sudi kalau tak sudi ai tak paksa pun.... hiks...hiks... Kali ni coklat untuk Miss 16 sempena hari guru tempoh hari untuk di beri pada semua guru yang mengajar nya. Teruk jugak ai ya kalau macam ni.... sib baik hari guru setahun sekali.... kalau sebulan sekali... boleh rebah ai nak menyiapkan semua permintaan nya hehehe.....

 a lots of chocolate....

 3 pcs / box - Oreo

 2 pcs / box - Oreo

 1 pc / box - Oreo

 9 pcs / box - Praline

24 pcs / box - praline 

Tu dia.... coklat2 nya yang siap di ikat dan di letak riben. Untuk mengetahui tentang harga sila rujuk label sebelah kanan tu ya. Sebenarnya coklat oreo 1 pc and praline 24 pcs tu adalah extra untuk dia. Bukan Miss 16 lah ya kalu tak ada extra untuk dia kunyah2. Kalau nak buat geder2 kat sekolah or hostel dia mesti ada extra untuk dia jugak kalau tak bising lah dia nanti... Haihs...


Friday, 6 April 2012

COKLAT GIFT SET

Assalamualaikum..... apa kabar semua.... nampaknya memang dah berabuk blog ai ni... laptop buat hal laks nak wat macam mana dah tua dah laptop ku itu tapi banyak jasanya pada ai. So, tanpa buang masa lagi.... ai nak update lah serba sedikit ai punya aktiviti yang ada.


Coklat Gift ini order dari Pn. Shikin Auditor.... alamak !  auditor... abislah ai punya cekelat di audit2 oleh shikin nanti. Harap2 Pn. Auditor kita ni berpuashati dengan hasil tangan ai ni. Sebenarnya shikin nak hadiahkan pada teman nya yang telah melangsungkan perkahwinan nya minggu lepas. Shikin cakap nak bagi lain dari yang lain. Biasanya coklat macam ni buat hantaran kan?. Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru pada teman shikin ya.


Ada 29 pcs coklat praline with gajus dan almond dan satu coklat box sz S. Shikin mintak ai buat jer untuk dia macam2 mana rupa pun so pikir punya pikir maka terhasil lah rupa bentuk di atas.... 



Close-up riben tu sikit.... tak ikut tema pun... last minit so guna jer apa yang ada dalam stok ai. lagipun coklat ni bukan untuk hantaran pun and ai rasa shikin pun tak tahu tema kaler sebelah pengantin tu kan? hiks..hiks...


Siap untuk di hantar pada tuan nya... Coklat Gift Set - 29 pcs coklat praline with almond n gajus, 1 set coklat box, Box n Riben = RM50.00 ..... PROMOSI....PROMOSI.... cepat...cepat...

Monday, 7 November 2011

Coklat Box

Coklat Box untuk meja pengantin ni untuk Heikal dan Nuur sempena meraikan majlis perkahwinannya yang lalu. Coklat Box ni juga sesuai sebagai doorgift untuk semua majlis formal or unformal.
di dalam box ni boleh di isi 3 biji coklat

Nuur n Heikal memilih tema Pink dan Putih

Selamat Pengantin Baru....semoga kekal ke akhir hayat...

 
 sebahagian daripada hasil kerja tanganku...

Friday, 14 October 2011

Coklat Box

Coklat Box ni dibuat khas untuk guru-guru yang mengajar my anak (Nadia) form 3 sempena menyambut Hari Guru yang lepas. Sibuk je suruh buat untuk cikgu2 dia.......apa-apa pun terimalah pemberian yang tak seberapa ni dari anak murid mu....yang penting jasamu tiada nilainya.....tq cikgu.




Gambarnya kurang elok sikit...maklumlah tuan punya tu yang snap sendiri...itupun guna h/p dia je...tak de gambar sisi kanan atau kiri...semuanya gambar dr atas je yg dia tahu amik ...isshhh...:)






Ada tiga biji coklat kat dalam Box tu....tapi coklatnya nipis sikit dari biasa...nak buat tebal takut tak boleh tutup nanti....:)




 Inilah nama-nama guru yang mengajarnya di  SMK Binjai.....dan coklat box yang last tu "tuan punya" yang punya....tu yang tak tahan tu, kalu buat apa2 mesti dia punya pun wajib ada jugak......

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...