Sunday 29 September 2013

Fruits Tart dan Muffin Coklat Pisang untuk Majlis Hari Raya

Assalamualaikum...... kali ni ai update tempahan untuk majlis hari raya yang lepas. Tempahan ni untuk cousin ai dan juga untuk adik ipar ai. Masing2 ada jamuan sempena raya di kediaman or Taman tempat tinggal nya dan juga muffin untuk jamuan kat sekolah. Sememang nya sudah selamat menjamu selera.... so kita tengok je lah gambar2 nya. Kalau ada yang terliur tu boleh calling2 ai ya.



RM0.80 / pcs. Minimum order 50 pcs.

100 pcs Tart Buah untuk Yati. Terima Kasih..... sila order lagi hehehe......


Muffin Coklat Pisang order dari Pn. Fatimi untuk sambutan majlis hari raya di sekolah kebangsaan Kg. Baru. 400 pcs untuk kanak2 riang. Nampak coklat pun dah boleh menarik minat kanak2 kan....Terima kasih yer..... nanti leh oder lg.


RM40 / 100 pcs. Harga buat masa sekarang yer..... so kalau yang teringin nak makan tu boleh order sekarang.....Ramuannya : Pisang berangan, Gula perang, gandum, telur, minyak, serbuk coklat, coklat chip. Boleh tahan jugak ramuanya kan so agak2 berbaloi tak ngan harga yang di tawarkan.... Muffin ni kukus bukan bakar.

Wednesday 25 September 2013

Doorgift Bacaan Yaasin dan Walimatul Urus

Assalamualaikum.... bertemu lagi kite.... apa kabo semua.... moga sentiasa di kasihi Allah hendaknya. Update lagi gambar2 doorgift untuk perkahwinan adik ai yang lepas dan juga doorgift untuk bacaan yaasin yang di tempah sepupu ai.


Strawberry dan Blueberry Muffin size M sebanyak 300 pcs. 

 
 Muffin Coklat Pisang 700 pcs

Hah!! tu dia kau.... sebanyak 1000 pcs ai buat muffin 2 hari sebelum majlis perkahwinan adik ai nih. Habis semua adik beradik, anak sedara, anak-anak di kerah untuk menyiapkan muffin ni siap ngan packing nya sekali hehehe..... baik punya!! dari pagi sampailah kul 1 pagi baru siap semua sekali. Macam-macam bunyi ada.... bengkok pinggang lah..... sakit perut lah..... sakit kaki lah..... tapi ada aku kisah??? hahaha janji siap. Terima kasih jer lah..... kalu nak upah mintak ngan pengantin ya.....


Kek Marble untuk doorgift baca Yaasin yang ditempah oleh sepupu ai. Dah tak tahu nak bagi apa..... banyak kali dah buat baca yaasin ni dan dah banyak jenis doorgift dah bagi..... kali ni kita bagi kek je lah.

Perisa strawberry

Kek coklat pun ada.....


Maka selesai lah majlis perkahwinan dan majlis bacaan yaasin. Semoga mendapat keberkatan Nya. Terima kasih kerana sentiasa mendapatkan perkhidmatan USK untuk majlis anda.

Tuesday 17 September 2013

Snowy Peach untuk Pelbagai Majlis

As-Salam.... seperti yang dijanjikan ai update lah gambar2 ai yang dah lapuk kat dalam external hard disc ai tu ya. Kali ni Snowy Peach Custard Cream Cake untuk pelbagai majlis yang di tempah dan ada juga yang di paksa untuk membuatnya hehehe....



Kek ni untuk Miss 17 sempena birthday dia yang lepas tapi ai buat pun lewat juga untuk dia. Biasa lah kan ummi dia ni sibuk jer memanjang...... nasib ler..... Ai buat dalam bekas cam gini senang sikit dia orang nak ngap maklumlah duk asrama kan. 


Yang besar gedabak ni (2 resepi = 10x10") khas untuk sepupu ai yang buat open house aka BBQ pada raya kedua yang lepas. Gara2 kek ni lah ai terpaksa balik awal dari beraya di kampung sob...sob... sedih you!! tapi best jugak boleh lah jumpa ramai sedara mara yang jauh dan dekat semua ada.



Cuci2 mata lah ya.... sebenarnya ai dah tak ada idea untuk deko kek snowy ni. Dah macam2 jenis dah ai buat tapi kadang2 ai ikut jer apa yang customer nak. Ada yang nak banyak buah.... ada yang nak letak stoberi.... ikut jer lah..... tapi harga mengikut buah2 yang di minta lah hehehe..... untuk yang ni ai habis kan jer buah2 yang ai ada sebab ai tahu anak beranak ai ni suka makan buah ni.... Alhamdulillah.... habis.


 

Kek ni laks untuk Miss 6 bawa ke tadika bagi sambutan majlis hari raya kat tadika nya. Kakaknya Snowy dia pun nak Snowy lah juga....mana boleh tak sama jeleeesss nanti. Uolls layan jer lah Snowy ni ya.... kalu rasa terliur or termengidam bolehlah call ai ya....hehehe......


Ini lah dia Miss 6 aka Nur Iylia Mysara berposing ngan Snowy kek nya..... ayat dia masa ni "cepat2 ummi....berat ni" suruh ai cepat2 amik gambo dia ..... tak tahan berat sangat tapi eksyen nak bawak sendiri kek dia.



Sunday 15 September 2013

Red Velvet Padang Bola dan ......

Assalamualaikum.... lama tak bersiaran ya. Sorry lah.... sibuk sikit jer campur ngan raya, kahwin dan pelbagai majlis lagi. Hari ni ai update untuk order sebelum raya dan hari raya open house mengikut giliran lah ya. In Sya Allah lepas ni ai sambung update gambar order2 dari customer ai yang berlambak nih.

Red Velvet deko padang bola. Yang ni adik ai kat Kota Bahru yang order. Jauh perjalanan ni... kebetulan ai balik kampung so bolehlah buat untuk dia.
 
Dia memang nak kosong macam ni jer... tak nak rumput2 bagai macam padang bola biasa tu.... just letak rumput2 plastik untuk hiasan.


 Puding Roti Apple sebelum bakar
Dah siap bakar. Puding roti ni buat masa ramadhan hari tu...hehehe.... lama benor dah ya. Tapi puding roti ni memang best sangat.... ada apple hijau, kismis, gajus.....dan suka hati uolls lah nak letak apa pun. Ada yang nak resepi ker???

Kek coklat moist buat untuk hari raya lepas... bawa balik kampung. Tak sempat nak buat kek or biskut2 lain. Ai cuma buat chocolate chips cookies jer.

Order dari Cik Wanie yang duk Kota bahru sana.... 7 biji Kek Butter Rainbow dan 3 biji Kek Oren. Wanie cakap untuk dibahagi2 kan pada saudara mara dia sempena hari raya.... best kan.

Red Velvet Cuppies untuk makan2 sempena hari raya..... ntah hari raya yg keberapa ai buat ni....lupa dah.

Enjoy yourself.....nanti ai update lagi gambar2 sempena open house n BBQ sempena raya....bye...bye..


Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...