Monday 25 November 2013

Penangan Cheese Leleh...

Assalamualaikum..... apa khabar semua yang masih sudi menjenguk ai kat sini. Moga anda semua sentiasa ceria dan gembira. Cuti sekolah dah mula so ramai lah anak2 yang duk hostel tu pluang kerumah.... apa lagi ibu2 pun sibuk lah di dapur ye tak?


Inilah dia cheese meleleh aka lava cheese dan entah apa2 lagi panggilan untuk kek ni. Yang pasti kek ni memang paling melatops sekarang ni. Di mana2 sahaja...fb ker blog ker semua bercerita pasal cis leleh ni. Sampai ai pun meleleh sama hik..hik...hik...


Apa tak nya... time nak buat ni semua kedai dan pasaraya dah habis cheddar cheese ni (kat kerteh laa) sampai ke Paka and giant Kijal ai pergi tapi semua yillek.... sapu bersih...clean kat atas rak tu. Punya lah malang nasib ai. Tapi sib baik ada extra cheddar yg ai beli tempoh hari...so cukuplah untuk memenuhi separuh dari impian customer ai.... yang separuh lagi kena postpone ke next n next day...



Sebahagian order2 dari cikgu Sekolah Kebangsaan Kg. Baru....terima kasih semua.

 
Bukan Cis leleh jer...coklat moist pun ada gak yang order.... sekali harung ai buat untuk mini pek sebab pek macam ni bukan selalu ai buat.


Ini juga sebahagian order dari Cikgu2 sekolah kebangsaan Kg. Baru.



Coklat Moist dan Cheese Leleh ni laks order dari kawan2 Miss 17. Sibuk jer dia kat hostel nung suruh ai gi hantar untuk member2 dia. Nanti habis exam suruh hantar lagi.....
 

 

Rasanya entry paling banyak gambar kot yang nih hehehe.... tengok jer lah ya.... so kalau ai free nanti ai akan open order ya... so sape2 yang nak tahu leh tengok kat FB page ai ye  Dapur Ummi Sarah Sila like... nanti bila ai update uolls leh tengok and order.

Tuesday 12 November 2013

Miss 6 Convocation's Day

Assalamualaikum...... sihat tak hari ni? Kalu tak sihat tu cepat2 telan ubat ya. Sekarang cuaca tak menentu. Kejap ujan ... kejap panas... Miss 6 pun batuk tak hilang2 jugak.... Hari ni kita tengok beberapa jenis juadah untuk hari konvokesyen Miss 6 dan juga untuk santapan Miss 17.



Talam Chendol ni ai buat untuk di bawa ketika menjengah Miss 17 kat asrama dia sebelum exam hari tu. Siap pek kecik2 senang sikit diaorang nak makan dan bahagi kat member2 dia. Ada jugak ai bawak ke tadika Miss 6 untuk buah tangan cikgu2 kat Tadika tu.


Bila dah rasa Talam Chendol ni terus cikgu Miss 6 jatuh hati kat Talam ni hehehe....bukan jatuh hati kat ai okehh.... so dia pun order Talam Chendol dan Talam Keladi untuk majlis konvo sebagai pemanis mulut untuk ibubapa yang hadir pada hari tu.... mekasih cikgu.



Muffin Coklat Pisang versi bakar. Biasanya ai buat versi kukus dan di jual RM40 untuk 100pcs tapi bukan besar gedabak macam ni. Cup size S (mcm almond london tu). Kalau yang ni ai belum buat budget lagi hehehe..... maybe 50 sen - 60 sen sebiji kot or lebih lagi ????

Muffin ni ai bawak sebagai buah tangan ke majlis konvo tu. Maklumlah Miss 6 pun dah tahun akhir kat situ kan.... boleh lah merasa sorang sikit.


Itulah dia Miss 6..... dah lepas satu step... banyak lagi yang menunggu di hadapan. Harapan Ummi agar Yaya sentiasa berjaya di dunia mahupun di akhirat...Amin.


Thursday 7 November 2013

Ole-ole raya Aidiladha

As Salam.... dan salam bahgia buat semua yang singgah sini. Moga anda semua sihat dan gembira serta dijauhkan dari segala musibah. Ok, sekarang kita tengok ole2 yang ai janji ari tu ..... tak de lah grand sangat pun ..... just cake jer hehehe.... dah kerja ai buat kek so ai bagi kek lah kan? kalu kerja ai buat keta ke rumah ke.... agak2 dapat tak ai bagi as ole2 hiks...hiks... mengarut jer.


Yeah.... inilah dia Kek Sarang Lebah aka Gula Hangus. Yang 2 biji size 8" tu untuk kawan ai Zaripah. Dia mintak untuk bawa balik kampung nun di Melaka. Dia cakap anak2 sedara dia suka sangat kek ni. Dulu arwah kakaknya suka buat untuk anak2 dia, sekarang dia lak yang order untuk anak2 arwah kakaknya tu..... sedih kan. Dulu arwah kakaknya pun mintak resepi dari ai gak. 


Yang ni semua untuk adik2 dan kakak2 ai as ole2 untuk mereka sempena aidiladha yang lepas. Boleh lah dia orang menjamu selera di rumah masing2 kan.... ai buat 7" dan potong dua dan wrap ngan plastic.


Kek Lapis Cadbury sebenarnya..... tapi sebab tak cukup coklat cadbury tu so ai campur ngan biskut jejari yang di salut coklat.... entah nama apa biskut tu hehehe.... yang ni pun ai bagi kat dia orang gaks. 


Kek Lapis Masam Manis dan Kek Lapis Prune. Ai buat untuk di hidang sempena aidiladha ari tu dan juga dibahagi2 kan pada adik beradik ai jugak. So dia orang boleh pilih.... mana2 kek lapis samada Prune, masam manis or cadbury dan satu bungkus kek gula hangus tu...... dapat lah dua jenis setiap orang. Lupa laks ai nak ambik gambar dia orang haih....rugi...rugi.... kalu tak boleh buat promosi muka2 dia orang kan hahahah.......

Sesape yang berminat nak order boleh call or sms ai ya. Tapi jangan last minute order..... fengsan akak...
 

Wednesday 6 November 2013

Order untuk Aidiladha.....

As Salam semua..... Selamat Tahun Baru Maal Hijrah. Moga hidup kita semua sentiasa di bawah lindungan Nya..... Kali ni entry sempena raya aidiladha yang lepas. Maaf pada yang order nya di tolak ya. Masa tak mengizinkan ku mengambil order banyak2 sebab raya ni ai dah setkan mind ai untuk buat sedikit ole-ole untuk adik beradik ku sebagai tanda kasih ai untuk mereka hehehee..... tak henggat....


Ini untuk cikgu Rush, Talam Keladi, Talam Suji, BB Cheese Tart dan Fruits Tart. Cikgu Rush ni tanya Talam apa yang sedap.... so ai cakap lah ai suka Talam suji...terus cikgu Rush order Suji hehehe.... tapi memang ai tak tipu pun...memang suka sangat Talam Suji ni. Kalau tak caya boleh order ya.


Yang ni laks untuk Cikgu Lily, Talam Keladi dan Talam Chendol. 1st time order ngan ai. Harap cikgu Lily puashati ya. Puas pusing2 cari rumah cikgu Lily nih....terpaksa cikgu Lily keluar cari ai hehehe.... terima kasih ya Cikgu.


Inilah rupa sebenar Talam Keladi dan Chendol. Purple tu Talam Keladi, yang putih kat bawah tu lah isi keladi dan kaler coklat tu talam chendol... dah sah2 nampak chendol kat bawah tu kan. Sebenarnya Talam ni banyak guna telur dan gula jugak. Tengok jenis talam lah ya.... kalau talam roti coklat tu sampai 8 biji telur you..... hah! terkejut kan? so kalu uolls beli talam ngan harga yang mahal tu (dimana2 lah bkn ngan ai jer tau) paham2 aje lah.....

Sorry lagi sekali pada yang ai tolak order tu ya. Ada yang nak Talam dan ada juga yg nak Tart... memang tak sempat sangat2. Maklumlah semua tu nak sari sebelum raya.... so buat pilihan siapa cepat dia dapat...... nanti ai update ole2 tu lak ya.




Monday 4 November 2013

Snowy Peach Custard Cream Cake for Birthday's Celebrate

As Salam.... order kali ni dari cikgu tadika anak ai laks. Berkenan ngan kek ni masa anak ai bawa untuk sambutan hari raya lepas. Terus order untuk birthday anak nya. Walaupun birthday dah lepas tapi still nak jugak kek ni. Mekasih cikgu.....


Cikgu mintak deko lebih kurang sama ngan kek yg lepas. Ai adjust sikit2 jer nampak lebih ceria.... tambah manik2. Kek continental ni nampak pelik kalu hias lebih2. ni pun boleh dikatakan semak jugak lah....hehehe

Creamy.....yummies...yummies....


Terimaaa kaaasih ciiikgu..... macam kanak2 tadika lak rasanya.....


Sunday 3 November 2013

Tempahan untuk Majlis "Bacaan Yaasin"

Assalamualaikum..... cepatnya masa berlalu....dah masuk november tup..tup...dah nak masuk tahun baru. Macam mana dengan azam anda untuk tahun ni...dah capai ke belum? kalau belum tu cepat2 lah ya....chaiyok...chaiyok.... untuk anda hehehe.....


Tempahan dari Pn. Fatimi untuk majlis Bacaan Yaasin kat rumah nya baru2 ni. Boleh tahan ramai jugak jemputannya.... ada yang sempat di makan dan ada yang tak sempat di makan tuan rumah hik...hik.... so.... lain kali order banyak2 ya.

Fruits Tart - 50 Pcs

 Blueberry Cheese Tart - 50 Pcs

Triffle - 1 resepi

Itulah order2nya.... Talam Keladi, Talam Kacang merah (tak de gambar close up) Fruits Tart, BB Cheese Tart dan Triffle. Moga sama2 mendapat keberkatannya......terima kasih berurusan dengan USK.


Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...