Thursday 28 March 2013

Birthday Doorgift - Coklat Moist cake

As-Salam semua pengunjung2 setiaku dan juga yg tak setia pun tak per..... (tak de keja btul). Mai kita tengok doorgift untuk birthday Awien yang lepas. Adik Awien kita ni suh buat kek cekelat moist untuk dibahagi2 kan pada kawan2 sekelas dan yg sewaktu dengannya..... sib baik Umi dia ikut erree... 


Kek coklat moist kukus ni ai buat dalam bekas kecik2 mcm ni sebanyak 50pcs untuk di bahagikan pada rakan kelas Awien. Sticker tu Umi Awien cetak sendiri ya bukan ai yg buat. Tak susah mana pun. Kalau uols nak cetak sendiri pun tak per lagi bagusss.....



Macam2 yg ditabur kat dalam tu. Suka hati mak nenek jelah janji menarik dan sedap di makan. Kalu uols nk tahu itulah rupa bentuk bekas kek ni. Yang ni besar sikit dari bekas yg biasa2 letak muffin or sos tu. bentuk body nya pun lain sikit bulaaatt.... jer bawah tu hehehehe....


Ini 1st time ai buat so kalu ada yg berminat boleh PM tanya harga. Ai tak letak hga kat sini sebab banyak yg perlu di discuss sebelum persetujuan di buat yang akan melibatkan kos dan bekas jgak.

Wednesday 27 March 2013

Surprise Birthday Cake

Assalamualaikum.....

Russian Black & White lagi kali ni tapi yang ni bukan di tempah. Ai saja buat untuk cousin ai si Puteh2  Melati hehehe..... Surprise lah kata kan.... 


Inilah dia rupa RBW yang ai buat untuk Puteh ni. Memang marbeles di kelilingi Kit Kat dan di penuhi dengan Strawberry nyummies....nyummies.... gitu.



Terliur tak tengok strawberry tu? hah!! kan! kan!.... dah cakap memang meleleh jer tengok. Ai buat kek size 7" jer tapi bila letak kan Kit Kat tu yang menampak kan kek ni besar sikit. Pada mula nya Pn. Puteh kita ni duk sibuk2 tak de kek untuk dia tahun ni. Ai buat tak tahu jer..... sebab ai dah plan nk buat design mcm ni utk surprise kat dia hehehe....sambil2 menge-test kepower-an ai untuk deko kek ni.


Yang ni Rupa kat dalam kek RBW ni. Yang kaler putih tu Cream cheese dan kaler coklat tu sudah semestilah coklat ganache......


Anyway, Happy Birthday to Pn. Puteh, moga dengan bertambahnya umur kita maka bertambahlah juga amalan kita.....dan diberkati Allah sentiasa. Ini sajalah yang mampu ai buat untuk orang yg telah banyak menyokong ai baik dari segi fizikal mahupun material bagi mengembangkan lagi bisnes ai ni. Tq VVM.

Thursday 21 March 2013

RBW Untuk Angah

As-Salam. Russian Black & White untuk besday Angah. Kek ni order dari kawan lama ai Asri untuk anakanda terchenta. Pada mulanya dia nak brownies tapi ai belum ada kemahiran lagi untuk membuat Brownies ni. Buat untuk suka2 tu adalah tapi belum berani lagi untuk buka order. Tunggu ilmu penuh didada dulu baru kita buka order ye.


Angah sambut birthday yang ke 15 tahun. Kek ni atas permintaan ayahanda nya yang nak kan border tu kaler putih siap nak renda2 kat tepi kek tu tapi tak boleh nak buat nanti renda tu melurut jatuh hehehe....sebab coklat tu kan licin..


Strawberry juga atas permintaan ayahanda jugak. Bagus punya ayah kan.... tapi hiasan tu ai punya deko lah. Tak tahu nak buat cam mana so jadi lah macam kat atas tu. 


Terima kasih untuk kawan ai Asri dan Selamat Hari Lahir Angah.... moga menjadi anak yang baik dan sukses dalam hidup ....... dunia dan akhirat


Tuesday 12 March 2013

Kek untuk Guru Penyayang

Assalamualaikum..... tema kek kita pada kali ni ialah "Guru Penyayang Mentor Mentee" hehehe...... best gak kali ni dapat buat kek untuk guru2 di sekolah Men Keb Kg Baru Kerteh ni sempena perasmian tersebut. Harap2 semua menepati citarasa guru2 dan murid2 yg terlibat.


Itulah rupo kek yang telah di tempah oleh Pn. Hazaliza untuk perasmian Hari Guru Penyayang ni. Pn. Liza nak tema putih dan purple dan siap bagi budget lagi. Bagus lah macam tu kan. lagi senang bagi budget yang uols nak so ai boleh adjust2 mengikut budget uols tu. So ai buatkan Kek Sponge Coklat n Vanilla, filling buttercream + strawberry filling dan topping pun buttercream. Ai buat bunga2 ckit seperti yg Pn. Liza order. Lebih budget sikit2 tu tak pe lah ai sedekah kan untuk anak2 sekolah.


Sorry lah gambar kurang memuaskan sebab malam2 buta ai snap ni n sambung laks pagi2 buta sebelum hantar ke sekolah sebab kek nak sampai sebelum 7.30 pagi. Anak ai pun sememeh jer kena kejut pagi2. Macam kek jgak seperti dititis embun pagi.....wahhh gitu.


Maka selamat lah kek ai "Guru Penyayang Mentor Mentee 2013" moga berjumpa lagi pada 2014....

Wednesday 6 March 2013

Red Velvet

Assalamualaikum............. dan salam bahgia buat anda semua. ceria -ceriakanlah diri anda yang pasti akan menceriakan orang2 di sekeliling anda juga. Red Velvet lagi kali ni untuk memenuhi mimpi seorang Teacher yang teringin sangat menikmatinya untuk yang kedua kalinya hehehe..... bukan main lagi cerita ai ni kan. lebih2 laks.


Red Velvet yang ni versi petak ya. Normally ai buat 9" bulat tapi boleh request nak petak ke bulat ker.... jgn bentuk yg pelik2 sudah.... janji tetap 1 resepi. Kalu uolls nak besar lagi pun boleh. Tengok lah berapa resepi yang perlu dan harganya pun mengikut berapa banyak yg ai buat.


Mengikut kata adik ipar ai (Teacher satu sekolah ngan ipar) Teacher makan RV ni masa Birthday Cikgu Azlina Tempoh hari so terus terpikat dan teringat2 sampai termimpi2 heheheeh....ayat penambah rasa. Jangan marah ya Teacher (ai tak tahu nama sebenar teacher ni) 


Maka, terjadilah penempahan kek ni. Harap2 menepati citarasa Teacher. Teacher order untuk geder2 ngan keluarga. Sambil makan sambil layan Tv ker..... istirehat.... or minum petang semua boleh.


Ready to delivery...... TQ Teacher...... (nadanya...mcm kanak2 sekolah g2). 

Kek : Red Velvet
Size : 8" Petak (9" bulat)
Filling & Topping : Cream Cheese n Strawberry (if available)
Harga : RM85.00/Resepi

Tuesday 5 March 2013

Talam Keladi

As-Salam.... bertemu dan menceceh lagi ai kat sini. Harap uolls janganlah boring ngan ai ya. Kalau boring jgak... buat2lah tak boring hehehe...boleh gitu? apa2lah .... Ok, now kita tengok apa masalahnya yang melanda USK sampai tak dang nak rehat ai dibuatnya. 


Hah!! tu dia Talam Keladi jer..... hehehe tapi demam Talam ni melanda USK gara2 promosi ai ari tu. Sampai tiap2 hari terpaksa Men-Talamkan diri ai ngan Keladi nih. Penat lah jugak tapi $$$$ yang membuatkan kepala happy jer..hahaha jahatnya (mata duitan).


Korang tengok jelah Talam ni memang sedap rasanya yang lemak2 manis bak kata ai... memang cukup segala rasa pada talam ni. Maklumlah resepinya dari Chef terkenal gitu. Nak dijadikan cerita, ai pergi pasar tani so belilah sebiji keladi yg beratnya boleh tahan lah... sebiji pun dah sekilo lebih. So, tak de apa nak buat ai buat jelah Talam ni memandangkan resepi pun dah lama terperuk kat dlm laptop ni.


Ai pun buat lah 2 biji Talam ukuran 10" x 10" untuk dibahagikan pada family dan sedara mara yang berada di kelilingku. Yang duk jauh2 tu mintak maap yer..... tak leh merasa lah jawapnya.


Ai pek jer dalam bekas plastik yg mcm kat dlm gambar tu.... lps tu masuk bakul...lps tu ...kue!! kue!! kue!! ... pi jaja satu kampung. Bukan jaja tapi hantar rumah sedara mara heehe... Lepas jer ai hantar, malam tu sepupu ai msg terus nak order untuk majlis kesyukuran yg akan diadakan dirumahnya. Maka bermulalah era Talam Keladi ku....


Yang ni lah order dari sepupuku, tambahan order untuk agar-agar dan puding juga. 3 Loyang Talam Keladi, 1 Loyang Puding Kek (1st time try), Agar2 belang (1st time jgak) dan agar2 telur.

Agar-agar Belang

Puding Kek

Agar-agar Telur

Talam Keladi - half


Terima Kasih pada yang telah menempah dari USK. Moga kita boleh berurusan lagi di lain masa. Ai tulis jer nama2 uols kat sini ya. Gambar nya sama jer so ai tak nak lah snap gambar2 yg sama kan? hehehe.... TQ.

1.  22/2  -  Mazli  -  Talam Keladi 3 Lyang
2.  01/3  -  Kemala - Talam Keladi 2 Lyang, Kek Gula Hangus 1 Lyang
3.  02/3  -  Murni - Talam Keladi  1 Lyang belah 2
4.  03/3  -  Yati - Talam Keladi 1 Lyang, Mufin Coklat pisang 100 pcs
5.  04/3  -  Ipar Mazli - Talam Keladi 2 lyang.

Itu jer setakat ari ni. Masih ada waiting list untuk Talam Nih. Sabar ya...masa anda akan tiba nanti....

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...