Showing posts with label Kek Lapis Prune. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis Prune. Show all posts

Thursday, 7 November 2013

Ole-ole raya Aidiladha

As Salam.... dan salam bahgia buat semua yang singgah sini. Moga anda semua sihat dan gembira serta dijauhkan dari segala musibah. Ok, sekarang kita tengok ole2 yang ai janji ari tu ..... tak de lah grand sangat pun ..... just cake jer hehehe.... dah kerja ai buat kek so ai bagi kek lah kan? kalu kerja ai buat keta ke rumah ke.... agak2 dapat tak ai bagi as ole2 hiks...hiks... mengarut jer.


Yeah.... inilah dia Kek Sarang Lebah aka Gula Hangus. Yang 2 biji size 8" tu untuk kawan ai Zaripah. Dia mintak untuk bawa balik kampung nun di Melaka. Dia cakap anak2 sedara dia suka sangat kek ni. Dulu arwah kakaknya suka buat untuk anak2 dia, sekarang dia lak yang order untuk anak2 arwah kakaknya tu..... sedih kan. Dulu arwah kakaknya pun mintak resepi dari ai gak. 


Yang ni semua untuk adik2 dan kakak2 ai as ole2 untuk mereka sempena aidiladha yang lepas. Boleh lah dia orang menjamu selera di rumah masing2 kan.... ai buat 7" dan potong dua dan wrap ngan plastic.


Kek Lapis Cadbury sebenarnya..... tapi sebab tak cukup coklat cadbury tu so ai campur ngan biskut jejari yang di salut coklat.... entah nama apa biskut tu hehehe.... yang ni pun ai bagi kat dia orang gaks. 


Kek Lapis Masam Manis dan Kek Lapis Prune. Ai buat untuk di hidang sempena aidiladha ari tu dan juga dibahagi2 kan pada adik beradik ai jugak. So dia orang boleh pilih.... mana2 kek lapis samada Prune, masam manis or cadbury dan satu bungkus kek gula hangus tu...... dapat lah dua jenis setiap orang. Lupa laks ai nak ambik gambar dia orang haih....rugi...rugi.... kalu tak boleh buat promosi muka2 dia orang kan hahahah.......

Sesape yang berminat nak order boleh call or sms ai ya. Tapi jangan last minute order..... fengsan akak...
 

Wednesday, 23 November 2011

Kek Lapis Prune

Kek Lapis Prune order dari Mrs. Luc Froidevaux dari Melaka....Harap puas hati dan selamat Menjamu Selera.

Lapis Prune - 7x7  - Berat +- 1.5kg - RM55


Wednesday, 9 November 2011

Kek Lapis Prune & Masam manis

Semenjak dapat Oven kek lapis ari tu, baru dapat test buat kek lapis malam raya ari tu oleh kerana kesibukkan yang melanda. Akhirnya dapat juga ku siapkan 2 biji kek Lapis Prune dan Masam manis. Boleh jugak merasa kek lapis ku di pagi raya hehehe.....layan je lah gambar ku yang tak semenggah ni sbb pakai h/p jer...




Lapis Masam Manis





Lapis Prune


Segala urusan Tempahan sila call atau isi form yang telah disediakan di bawah...

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...