Showing posts with label Edible image Cake. Show all posts
Showing posts with label Edible image Cake. Show all posts

Thursday, 11 September 2014

KKC for Adwa Arshad 7th Birthday

Assalamualaikum...... salam khamis pada semua moga sentiasa ceria. Esok dah start cuti sekolah untuk terengganu kite...yahuuuu..... tapi cuti sekolah pun sibuk juga untuk ai yang kerja tak tentu masa ni. Kadang2 cuti macam ni lah banyak order masuk maklumlah.... anak2 yang duk jauh balik rumah so siap suruh mak2nya order kue lah... kek lah.... macam2 nak makan kan? itu tak termasuk Miss 18 yg belajar kat kedah sana... siap order lagi nanti nak balik raya haji...haih...


Kek Kastad Chiffon ni untuk hari lahir Adwa Arshad anak cikgu Linda yang selalu order Talam ngan ai. KKC ni pun memang ramai peminat sekarang. Untuk sambut birthday pun boleh.... asalkan kreatif dekonya..... tentu kanak2 suka ya tak..

Size 10 x 10in plus deko with fresh cream cuma tulisan tu ai guna butter cream. Plus edible image  = RM65.00

 Fatimi punya....size 8 x 8in = RM35 tanpa deko

Cikgu DA punya.... sz 8 x 8in juga.... kalau nak deko boleh contact ai ya. Kadang2 ai tak boleh nak letak harga sebab deko depend pada permintaan.


Thursday, 10 April 2014

Happy Birthday Marissa Humaira

Assalamualaikum.... dah khamis hari ni.. rasa macam sekejap jer dah seminggu. Cepatnya masa berlalu.... banyak yang tak sempat nak di buat dalam masa seminggu kan... sama lah kita.... ada banyak lagi yang tak sempat nak masuk blog ni.


Kek ni Marissa aka kakak dah celebrate pada 1hb April lepas..... tapi kena tunggu giliran jugak untuk update sini. Tak pe lah kakak kan.... janji ada kek Dora hehehe.....

Tuan punya dengan cartoon Dora tu lebih kurang jer rupa dia kan..kan...



Kek Sponge Coklat with Buttercream filling + Blueberry filling dan Buttercream topping. Berat 1.7kg ++ 8 x 14in. Harga RM70.00 tak termasuk edible image. Edible image tu tuan dia beli sendiri. 

Happy Birthday kakak Marissa.... moga menjadi anak yang solehah.

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...