Showing posts with label Goodies -CC Cookies. Show all posts
Showing posts with label Goodies -CC Cookies. Show all posts

Wednesday, 2 April 2014

Doorgift and Candy Buffet

Assalamualaikum..... sihat ker? maklumlah sekarang musim demam gak. Cuaca tak tentu sekarang kan. Harap semua jagalah kesihatan dan banyakkan minum air putih ya.... Cuti sekolah baru2 ni ai ada balik kampung nun di Jelawat Bachok sempena perkahwinan/Sambut Menantu adik ipar ai. So... sambil2 tu ai buatlah doorgift dan candy buffet kat sana.... sesaje nak try test market ai kat sana... but, Wow... so surprise uu....


Itu dia ai punya Candy Buffet yang tak seberapa.... 3 jenis Talam...Talam Chendol, Talam Jagung dan Talam Keladi. Fruit Tart, Buah Celop Coklat, Marshmallow, gula2, lollipop, Jajan dll.


Buah celop coklat tu ai tak guna fountain sebab kat bawah ni angin kuat sangat takut coklat ai berterbangan nanti. Ai buat sempoi macam tu jer... tapi habis jugak 2kg coklat ..wink! wink!.. and Marshmallow tu ai beli sikit jer (just nak test) sebab takut tak habis nanti sebab makanan macam gini jarang di hidang kat sana.... tapi ai silap rupanya.... sapu bersih jugak...Alhamdullilah.... tak membazir.


Patutlah sapu bersih ai punya candy buffet ni... rupa2nya si dara pinggitan yang menunggu nya...haih...


Inilah suasana kampung...nyaman jer dengan angin sepoi2 bahasa dan kadang2 boleh terbang ai punya alas meja hik..hik... Selamat semua Majlis pada hari ni...Alhamdullilah syukur.... lauk, nasi semua cukup.



Coklat Chip Cookies dan juga Jajan sebagai doorgift untuk para tetamu yang datang. (tak de gambar yang siap pek dalam plastik). Kebanyakkan tetamu kami adalah sedara2 terdekat jer... majlis kecil jer.

Sunday, 30 March 2014

Gerai Sempena Sukan Tahunan Miss 7

Assalamualaikum..... lama berehat sempena cuti sekolah (walaupun tak rehat mana..) maklumlah cuti sekolah banyak majlis kahwin tapi kali ni ai balik Kota Bahru untuk Majlis Kahwin adik ipar ai. Sibuk lah sikit prepared untuk "Candy Buffet"....opss.. tapi hari ni kita nak cakap pasal gerai sempena sukan tahunan anak ai Miss 7 nih.... terlebih sudah...hehehee

 
 Selamat datang ke Gerai Ummisarahkitchen..... ini adik ai yang buat ni..

Kita tengok apa yang ada kat gerai USK ni ya.... sorry sebab ai tak war2 kan dulu kat pages Dapur Ummi Sarah so ramai yang tak sempat datang sebab waktu sukan dah tamat.... tak per lain kali kalu ada gerai USK kat mana2 ai inform awal2 ya...

Roti Sosej - Kosong dan juga sos + mayonis

Coklat Chip Cookies

Coklat Moist Cake

 Blueberry Cheese Tart & Fruit Tart.... tapi yg ai jual ai pek siap2 (lupa nk snap gambonya)

 Talam Keladi dan Talam Suji Pandan

 Muffin Coklat Pisang... 100 pcs untuk adik ipar ai dan selebihnya untuk dijual...


Itulah dia penjual nya.... Miss 18 & Miss 7..... lepas main sukan datang lepak kat gerai sambil2 minum air dan makan kuih...  Selamat Berjualan...


Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...