Thursday 22 May 2014

Talam untuk Majlis Tahlil dan Hari Guru

Assalamualaikum..... pe kabo semua ya. Harap2 sentiasa sihat dan ceria.... Alhamdullillah.... Hari ni nak update Talam dan juga doorgift untuk majlis Tahlil baru2 ni. Talam ni ordernya berturut2.... boleh katakan setiap hari ai kena menalam....hehehehe. Alhamdullillah...rezeki.

Cikgu Fauziah - Talam Chendol 2 dan Talam Jagung 1

Zatil - Talam Tokyo 2 dan Talam Seri Muka 2

Suhaila - Talam Chendol dan Muffin Coklat

Mualimah Azie - Talam Tokyo dan Talam Suji

Suhaila repeat order - Talam Chendol dan Talam Keladi ni untuk Miss 18 bawak untuk bekas gurunya.

Cikgu Rushdan - Talam Keladi dan Talam Suji


Yang ni laks order dari Rose untuk majlis Tahlil di rumah ibunya di kampung. Kek Kastad chiffon 10", Talam Keladi dan juga muffin coklat pisang 100 biji siap pek.


Inilah rupa asal muffin sebelum di pek.


Okey... yang ni lak untuk anak ai Miss 7 bawak ke Majlis Sambutan hari guru di sekolahnya. Donut Bunga, Triffle dan juga snowy peach untuk dibahagi2 kepada guru2 yang mengajarnya.

  Snowy Peach eko pek. Senang untuk di ngap....

USK mengucapkan berbanyak2 terima kasih pada yang sudi berurusan dengan kami lebih2 lagi pada regular customer kami.... yang sentiasa support kami. Jika ada yang kurang berpuas hati dengan layanan atau produk kami... jangan segan2 beritahu kami ya....


Monday 19 May 2014

2 Tier Wedding Cake.... TQ Diana

Assalamualaikum.... salam isnin untuk semua. Moga ceria dan bahgia. Hari ni kita tengok Kek Kahwin untuk Diana baru2 ni. Tema Pink dan Purple. Deko ni Diana kata ikut suka hati akak.... Hehehe...


Kek Coklat Moist with Buttercream Filling + Blueberry Filling dan Buttercream Topping ngan bunga2 berkembang.

Atas - 7"


Bawah - 10"



 

Gambar pun tak de lah cantik mana. snap guna hp jer... so Thanks Diana ya kerna sudi tempah ngan USK untuk memeriahkan lagi majlis Diana.


Wednesday 14 May 2014

Fancy Cookies for Emil Rayyan

Assalamualaikum..... bersiaran lagi kita ari ni. Mai tengok apa ai nak post ari ni ya..... Fancy or Sugar Cookies.... biskut ni memang di sukai anak-anak dan mak2 jugak. Buat nya pun memang susah lah sikit bagi ai yang tak pernah berguru ni. Bukan apa.... nak letak ising sugar kat atas biskut dengan pelbagai kaler tu yang malas..... bagi yang suka benda2 renyah macam ni memang fun lah buat ni...

 Teddy Bear - Macam2 kaler ada.... sangat sesuai bagi yang suka conteng meng-conteng. Tapi ai tak pandai nak lukis cantik2..... janji ada rupa teddy bear dah lah....

Topi pun ada.... bibir yang seksi hiks...hiks..hiks..

Tak de idea dah nak lukis apa.... hentam jer...

Lepas dah siap ai paking dalam plastik macam kat atas tu and terus masuk paper box aka bag nih. 

 .....dan bagi kat budak kenik nih. Sebenarnya cookies ni ai buat untuk hadiah birthday si Emil ni. Dah tak de idea nak bagi adioh apa. So... terimalah adiah biskut ni ya Emil....

melambakkan biskut untuk kawan2.... Peace....Emil and Happy Birthday to you....

Thursday 8 May 2014

Tempahan Pelbagai Majlis

Assalamualaikum..... lama dah tak bersiaran... hampir sebulan kan? Apa khabar anda yang masih setia singgah di sini.... harap2 anda semua sihat dan ceria bersama keluarga. Kali ni ai update untuk banyak acara aka majlis sebab satu order satu majlis.......so kita gabungkan sekali ya.



Muffin Coklat Pisang sepatutnya tapi disebabkan last minute order tak dapat cari pisang so tak letak pisang pun. Order ni dari kawan ayah ai untuk majlis akad nikah sedaranya di kemaman. 


Talam keladi 2 bekas order dari regular customer ai Suhaila..... yang ni khas untuk makan2 kat office nya. Tq Suhaila...


Talam Keladi order dari regular customer ai jugak Kak Ma..... untuk majlis cukur jambul anak sedaranya. Satu lagi order dari Fatimi untuk majlis tunang adiknya tapi telah di bawa lari awal2 pagi hehehehe..... tak sempat posing lah talam nya....


Triffle yang marbeles hiks...hiks...hiks... order dari Diana untuk hantaran kahwin kedua2 belah pihak dan juga order dari Fatimi jugak.... (tak de dlm gambo dah bawak lari)


Kek Pisang marbeles.... ai buat ni untuk majlis bacaan yassin sempena Naik rumah baru sepupu ai kat Melaka nun..... 


Yang ni buat ngap...ngap... otw ke Melaka hehehhe..... 

Terima kasih pada semua yang berurusan ngan USK. Moga berpuas hati dan boleh order lagi ya...


Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...