Saturday 31 December 2011

Birthday present in advance


Bestnyer.....dapat hadiah birthday awal sebelum sampai waktunya.....mekasih pada adik ku yang comei tu.. (perasan ah tu nanti..hehehe) sebab bagi hadiah ni..... tapi bagi tu mesti ada makna kan? apa taknya dia bagi buku resepi kat aku pah nanti dia suruh aku buat untuk dia lak...betul tak Acik Nomi???.....betul3 (A. Nomi ckp mcm ipin upin)..ahaks...

 
Hah! tengok tu buku yang dia bagi ni....sebelah kiri tu Chocolate (Favorite Brand Name), yg tengah Cupcakes (The Australian Women's Weekly) dan cook's recipe collection....sumenya oversea punya buku. Walau apa pun mekasih banyak2 sekurang2 nya dapatlah menambahkan lagi koleksi buku resepi dan bolehlah nanti mencuba resepi2 baru dan best2 dari obesea.....

 
Yang ni gambaran serba sedikit isi kandungan buku tersebut....buku Chocolate tu ada banyak parts kat dalam tu... cookies, brownies, breads, cakes n desserts....beserta gambar2 nya sekali....comel-comel jer kek nya... Thank you so much to Siti Nuur Ailmi......

Tapi kan....hari ni 31st December adalah hari lahir my Ayah....Selamat Hari Jadi "POK" moga sentiasa sihat walafiat dan ceria2 selalu disamping Isteri, anak2 dan cucu2 nya..... Nak masak apa ya untuk hari jadi? Tunggu.....

Wednesday 28 December 2011

Congratulations........Siti Nuur Ailmi

Tahniah...Tahniah.....pada adik ku atas kejayaan mendapat Anugerah Hadiah Kecemerlangan Pelajar peringkat Ijazah Kelas 1 anjuran Yayasan Terengganu kali yg ke 32 tahun 2011. Sijil beserta wang RM5K yuuhuuuuu..... best nyer....leh lah belanja kite orang....Moga menjadi inspirasi pada anak2 sedara yang lain.

Majlis penyampaian hadiah....ibubapa dijemput sekali ke atas pentas mengiringi anak2.... sesungguhnya ibubapa mana yang tidak berbangga melihat kejayaan anak2 nya.... segala susah payah mereka selama ini akhirnya terbalas jua. Bukan wang ringgit yg mereka harapkan melainkan sebuah kejayaan cukup mengembirakan hati mereka.....(tiba2 je aku jadi sedih)

Memandangkan majlis tu berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man so kite org pun ambil kesempatan lah berposing2 kat Masjid Kristal tu. Tempat2 lain tak sempat pergi sebab hari dah lewat petang. Kita cuci2 mata tengok gambar kite org kat Masjid Kristal dan macam biasa lah yg paling banyak posing Miss 4 lah....layan jer lah....



Tuesday 27 December 2011

Berdebar-debar.....menyiapkan Order

Dup...dap...dup...dap....berdebar2 hatiku ini sambil menyiapkan tempahan untuk kali ni. Apa tak nya...order kali ni datang nya dari Sifu ku sendiri....Shita Food & Catering dari K. Trg. Ini sifu untuk Kek Lapis yang telah aku hadiri tak lama dulu...mekasih ya sifu....kalau ada yang terkurang rasa tu leh lah bagitahu kita ya....tapi sebenarnya Shita dah SMS aku lepas ambil tempahan tu...dia cakap semua ok belaka pas tu dia kata rajin sungguh mencotet (bahasa org ganu) ladybird tu hehehehe.....

Inilah order dari Shita Food & Catering - 100pcs Apam Ladybird dan 100pcs Muffin Coklat Pisang. Sebenarnya Shita juga mengadakan beberapa kelas masakan juga seperti Kek Lapis, Nasi Beriani, Tart dll. So, Sesapa yang berminat tu leh Booking Kelas kat Sini Shita Food & Catering.

Sebenarnya kami sekeluarga ke Kuala Terengganu ni untuk Medical Check-up Miss 4. Biasalah setahun sekali check up untuk Bahagian Plastic Surgery, bulan januari depan check up untuk Mata lak. Apa-apa pun Ummi doakan anak ummi ni sentiasa sihat walafiat dan ceria selalu. Sambil tunggu abah nya ambil kereta sempat lagi suruh kakak nya snap gambar dia....pantang jumpa pokok atau landskap yang ada bunga2 ker mesti suruh snap gambar dia.


 Gaya wajib.....PEACE......

Saturday 24 December 2011

Spagghetti with Creamy Chicken & Mushroom Sauce

As-Salam dan hai.....selamat bercuti dan Merry Xmas bagi yang menyambutnya......macamana tengok gambar kat atas tuh....ada yang terasa-rasa nak menyantap nyer ke...sebenarnya dah lama tekak ni terasa nak makan tapi masa tak mengizinkan untuk membuatnya....baru sekarang dapat merasanya lagi. Sebenarnya Spagghetti with Creamy Chicken n Mushroom Sauce ni resepi dari my Cousin's Hubby. Hubby dia dari Swiss dan resepi ni adalah resepi yang biasa mak nya masak. Hari tu her hubby masak untuk kami....sedaplah plok...tu ah macam terbayang2 jer kat tekak ni.....rasanya yang creamy2 yummy2 gitu. Memang tak dinafikan banyak resepi kat tenet tapi masing2 punya style masakan sendiri....so, apa kata kita cuba lak resepi ni....berbaloi (bagi yg suka pasta) hehehe.....

Bagi aku yang jarang makan pasta ni pun memang dah jatuh hati kat CCMS ni...panjang sangat namanya...apa kata kita short kan aje lagi senang kan!!.. Kat bawah ni aku tempek kan bahan2 nya berserta resepinya...of course lah kan...tak kan bahan jer...ya tak?...

Yang atas sekali tu Spagghetti....tuan punya resepi ni suka spagg jenis yang ni Barilla. Spagg ni tak terlalu mengembang kalau terlebih rebus....yang kiri tu White grape drink (Sparkling Juice), yang tengah serbuk pati ayam, whipping cream n oregano dan yang bawah tu mushroom (ayam brand tu cantik ckit mushroom nya).


SPAGGHETTI WITH CREAMY CHICKEN N MUSHROOM SAUCE
Sumber : UmmiSarahKitchen

Bahan-bahan
1 biji bawang besar - dadu@cincang
2 tin button mushroom - slices
4 keping dada@isi ayam
300ml Sparkling apple juice
1 sudu besar tepung gandum/jagung - bancuh dgn sedikit air
1 kiub pati ayam @ 1 sd besar serbuk pati ayam
200ml air panas
200ml whipping cream
1 sudu teh garam
parsley/oregano/all spices

Cara membuatnya :
1.  Panaskan kuali masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan goreng separuh masak kemudian masukkan mushroom dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air, kacau sebati (utk memekatkan kuah)
4. Kemudian masukkan pati ayam bersama air, kacau sebati dan biarkan seketika.
5. Masukkan sparkling apple juice dan biarkan hingga mendidih.
6. Bila kuah sedikit pekat masukkan whipping cream dan kacau hingga betul2 pekat.
7. Perasakan dengan garam, oregano/parsley atau apa2 yg anda rasa sesuai. Sedia untuk dihidang.

Nota :
Ummi masukkan terus spagghetti kedalam kuali dan kacau seketika supaya sauce betul2 sebati dengan spagghetti. Bagi yg suka pedas boleh tambah black pepper, Ummi letak oregano saja. Kepekatan sauce bergantung pada selera masing-masing.

SELAMAT MENCUBA

Sunday 18 December 2011

Do It Yourself (DIY)

 
Assalamualaikum semua.....dah lama tak update blog ni. Busy dengan kerja-kerja Audit yang baru siap last week. Kali ni entry "DO IT YOURSELF" tapi yang ni bukan kelas ya......makna nyer....nak makan buat sendiri wakakakaa.....baik punya. Kek Kastad Chiffon kali ni di buat khas oleh Pn Puteh aka Sepupuku bersama Anaknya. Sebenarnya dia nak belajar cara2 membuat kek ni so kebetulan hari khamis lepas ada order yang nak disiapkan, aku pun panggil lah dia datang rumah tapi bukan tengok okey....kena buat sendiri dan makan sendiri lah....hehehe.

Layan jer lah gambo2 ni.... nampak serius mengacau dan memarblekan kek tu......dan juga hasilnya yang cantik macam rainbow gitu. Lepas ni dah boleh buat dah.....balik Melaka nanti boleh lah jamu orang sana lak ya tak Pn. Puteh (tang nama tu yg glemer....tak tahan) hehehe.....

Sessi menayang hasil masing2.....cantik dan lulus sudah....tengok tu Miss 4 tak sabo2 tunggu ummi dia potong...dah telan liur tu....yang tengah me-nganga tu lah Azyan (anak Pn. Puteh) mengetest hasil buatan Mamanya......macam mana Azyan sedap tak mama buat? Kau mesti kena cakap sedap kalau tak nanti jangan harap kau dapat makan lagi...hahahaha

Terima Kasih juga pada Pn. Sakinah my ex-officemate kerna Order KKC ni. Di harap puas hati dan jangan serik tuk order lagi.

Saturday 10 December 2011

Churros


Selamat pagi semua......hari ni kita breakfast dengan Churros. 1st time buat n makan churros ni hehehe....jakun ckit. Rasanya ranggup diluar dan lembut didalam. Churros ni sedap di makan masa suam2 gitu. Kalau dah sejuk kureng lah ckit.....diluar nya kurang ranggup. Kredit untuk tuan punya resepi. Mintak C&P resepi nya ya Kak Wan. Churros ni sesuai di makan semasa 'Tea Time' pagi atau petang bersama Teh O panas.....eemmmmm   marbeles.

CHURROS
Resepi :  Resipicitarasawan 
Sumber : ummisarahkitchen
Bahan-bahan
125gm marjerin / mentega
250ml air
150gm tepung gandum, ayak
3 biji telur (ummi letak 2 bj telur A)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Salutan Gula - Satukan
60gm gula kaster
2 sudu kecil serbuk kayu manis

Sos Coklat
50ml thickened cream
120gm coklat masakan, potong kecil
Masak secara double boil, panaskan krim, masukkan potongan coklat, kacau hingga coklat cair.
Cara-cara : 
1.  Masak air dan marjerin hingga mendidih.  Tutup api, masukkan tepung gandum, kacau cepat dengan senduk kayu hingga menjadi doh.  Buka api dan kacau sekejap hingga doh tidak melekat di tepi periuk.

2.  Angkat dan biarkan sejuk / suam dahulu baru di masukkan telur.  Adun doh dan telur hingga sebati baru di masukkan telur berikutnya.

3.  Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bentuk bintang.

4.  Panaskan minyak yang banyak, pipekan adunan sepanjang 10cm terus ke dalam minyak.  Ketika adunan di pipe, tutup atau kecilkan dulu api dapur.  Jangan menggoreng terlalu banyak dalam satu masa.

5.  Goreng hingga keperangan.  Toskan dengan tissue dapur dan terus salutkan dengan gula kaster.

6.  Untuk membuat churros berbentuk hati atau pretzel.  Pipekan 2 atau 3 bentuk di atas sekeping plastik kecil.  Kemudian terbalikkan di hujung jari dan masukkan terus ke dalam minyak.   Buat dengan perlahan supaya minyak tidak terpecik.
Yang ni biasa ah Miss 4 yang punya.... cubalah resepi ni memang tak rugi...senang dan cepat....Selamat Mencuba....
 

Tuesday 6 December 2011

The Making of Apams.....by Miss 4

Kali ni N3 baik punya....hahaha....The Making of Apams by Miss 4. N3 yang lepas Miss 4 ada buat apam tapi lupa nak snap gambar dia tapi kali ni advanced sikit siap ngan step by step lagi. So sesapa yang rasa nak buat apam ladybird and Polka dot tu sila lah tengok steps yg telah diperturunkan oleh Miss 4 ini.

Ini cara2 nak buat apam ladybird...
Step 1 - pipekan adunan setengah cup kemudian pipekan filling and pipe semula adunan sehingga penuh cup tapi jangan sampai melimpah lak.
Step 2 - Buatkan jalur melintang ditengah2 seperti huruf T.
Step 3 - Kalerkan belah atas bahagian T tadi menjadi bentuk kepala ladybird.
Step 4 - Buatkan badan ladybird...dot2. suka hati nak buat 3 @ 5 dot2.
Step 5 - Buatkan Mata guna kaler putih (kaler asal adunan)
Step 6 - Buatkan anak mata hitam ladybird. Buat dot kecil (kaler hitam) dalam kaler putih tadi.
ok...sekarang dah jadi ladybird....versi Miss 4 lah comot-comot g2. Tengok yang after tu dah siap kukus. ok gak ada rupa ladybird lah jugak kan!...

Yang ni versi polka dot ya...step nyer lebih kurang aje. Tengok jer gambar tu pun boleh paham kan? Biasalah Miss 4 punya dot2 mmg gitu lah rupo dio....harap-harap step by step yang dibawa khas oleh Miss 4 ni dapat membantu mak2 or anak2 membuat sendiri apams ladybird ni. Tambah2 sekarang musim cuti sekolah kan...kalau tak bawa anak2 bercuti sekurang2 nya buat something yang boleh buat mereka ceria dan boleh berimaginasi (ayat power tuh..hehehe) dengan mendeco kek or apam seperti Miss 4 ni.....mesti anak2 suka kan...buat sendiri pas tu tak sabar nak tuggu masak nak tengok hasilnya. Kalau yg anak ramai tu mesti riuh rendah kan? cubalah.....

Sekarang sessi menayang hasil kerja kerastangan dia. Jangan tak caya semua tu dia buat sendiri.Tak payah ajar dia sbb dia selalu dah tengok kita buat. Now dah boleh buat sendiri. Tapi yang dia punya mesti giant apams sebesar telapak tangan dia hehehe.....makan seketul pun cukup.

Sebetulnya ada order yang perlu aku siapkan. Miss 4 buat apam tu lebihan adunan yang aku dah siapkan untuk customer. Bolehlah dia merasa air tangan dia sendiri.

100 pcs Order dari Pn. Fatimi

Packing - 20 pcs / pack

Packing 30 pcs / pack


Saturday 3 December 2011

Talam Keladi

Dah lama resepi ni terperap semenjak beli steamer ngan Chef Asma ari tu beli skali ngan resepi.....adalah dalam 21 resepi Talam. Balik kerja hari khamis lepas singgah tepi jalan yang menjual bermacam2 jenis ubi so I beli lah ubi keladi n keledek. Pikir juga lah kalu terlebih rajin kan bolehlah buat Talam tapi kalu rasa malas tu...rebus jer boleh makan begitu saja.....pun sedap hehehe...

Tapi nampaknya terlebih rajin lah kan...sebab tu lah buleh menjadi Talam Keladi ni....excited sangat nak tahu hasilnya aku potong jer masih tengah suam2 panas so sememeh lah ckit....tapi tak per lah kan nak makan jugak...hahaha....layan jer gambo aku ni dan kita tengok resepinya sekali ya.

Sesapa yang teringin nak makan tu bolehlah cuba resepi ni. Rasanya memang sedap lemak2 gitu. Kalau letak dalam esbok lagi sedap rasanya sejuk2 dan nyaman jer....Selamat Mencuba

TALAM KELADI

Resepi Asal : Chef Asma
Sumber : Ummisarahkitchen
 
Lapisan Bawah :

(A)
200GM @ 220GM Tepung beras cap teratai
20gm @ 40gm Tepung ubi
1 ½ tsp Garam
300ml Santan Pekat
700ml Air

(B)
200gm @ 250gm Keladi (Lebih sikit pun boleh) – buang kulit, basuh dan potong dadu – Kukus 5 minit (Kukus dulu baru timbang) – basuh dgn air garam utk tidak hitam

 Cara-caranya :- 
1. Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap & masukkan bahan B
3. Kacau sebentar, tuang ke dalam Loyang.
4. Kukus selama 25 minit (Api kuat tak perlu lap)

 LAPISAN ATAS
150gm @ 180gm Tepung gandum
250gm Gula Halus
3 @ 4 @ 5 biji telur
250ml santan
500ml Air
Sedikit warna purple

Cara-caranya :- 
1. Bancuh semua bahan-bahan di atas, tapis ke dalam periuk
2. Masak hingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit (Lap 5 minit sekali)

Nota : Loyang 10” x 10” x 1”

Thursday 1 December 2011

Kita cuci-cuci mata dulu.....

Wah!! sudah 1 dec ari ni...sekejap saja masa berlalu...tup2 tahun baru. Pasti ibu2 dan bapa2 sibuk untuk menyiapkan kelengkapan sekolah anak2 kan? I pun belum beli satu apa pun lagi untuk Miss 15 mugkin tggu result PMR dulu kot....selagi result tak kuar selagi tu lah susah hati....ya tak ibu2 yg seperjuangan dengan ku....

Kali ni tak ada N3 masak2 or order mengorder. Kita tukar selera lak. Kita cuci-cuci mata tengok gubahan hantaran. Maklumlah sekarang kan cuti sekolah aka musim kenduri kawin. Mana tahu kot2 ada gubahan yang boleh dibuat contoh atau inspirasi bakal2 pengantin nanti kan.....layan jer gambar2 gubahan hantaran yang tak seberapa ini.....



Tema Pink + Purple Kundang. Yang ni gubahan dari pihak perempuan untuk pihak lelaki. Gubahan ni untuk perkahwinan adik perempuan ku yg ke 6. 

Yang ni Tema biru dari pihak lelaki untuk perempuan. Yang ni adik aku sendiri tolong buatkan utk pihak lelaki. Aku tak nak buat.....mana boleh tak surprise lah kan??? so, pink berbalas biru. Moga perjalanan rumahtanggamu kekal sepanjang hayat....amin...
Itu saja buat kali ini...next time kita cuci2 mata lagi ya. masih banyak lagi gambar2 yg menunggu Q......

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...