Tuesday 6 December 2011

The Making of Apams.....by Miss 4

Kali ni N3 baik punya....hahaha....The Making of Apams by Miss 4. N3 yang lepas Miss 4 ada buat apam tapi lupa nak snap gambar dia tapi kali ni advanced sikit siap ngan step by step lagi. So sesapa yang rasa nak buat apam ladybird and Polka dot tu sila lah tengok steps yg telah diperturunkan oleh Miss 4 ini.

Ini cara2 nak buat apam ladybird...
Step 1 - pipekan adunan setengah cup kemudian pipekan filling and pipe semula adunan sehingga penuh cup tapi jangan sampai melimpah lak.
Step 2 - Buatkan jalur melintang ditengah2 seperti huruf T.
Step 3 - Kalerkan belah atas bahagian T tadi menjadi bentuk kepala ladybird.
Step 4 - Buatkan badan ladybird...dot2. suka hati nak buat 3 @ 5 dot2.
Step 5 - Buatkan Mata guna kaler putih (kaler asal adunan)
Step 6 - Buatkan anak mata hitam ladybird. Buat dot kecil (kaler hitam) dalam kaler putih tadi.
ok...sekarang dah jadi ladybird....versi Miss 4 lah comot-comot g2. Tengok yang after tu dah siap kukus. ok gak ada rupa ladybird lah jugak kan!...

Yang ni versi polka dot ya...step nyer lebih kurang aje. Tengok jer gambar tu pun boleh paham kan? Biasalah Miss 4 punya dot2 mmg gitu lah rupo dio....harap-harap step by step yang dibawa khas oleh Miss 4 ni dapat membantu mak2 or anak2 membuat sendiri apams ladybird ni. Tambah2 sekarang musim cuti sekolah kan...kalau tak bawa anak2 bercuti sekurang2 nya buat something yang boleh buat mereka ceria dan boleh berimaginasi (ayat power tuh..hehehe) dengan mendeco kek or apam seperti Miss 4 ni.....mesti anak2 suka kan...buat sendiri pas tu tak sabar nak tuggu masak nak tengok hasilnya. Kalau yg anak ramai tu mesti riuh rendah kan? cubalah.....

Sekarang sessi menayang hasil kerja kerastangan dia. Jangan tak caya semua tu dia buat sendiri.Tak payah ajar dia sbb dia selalu dah tengok kita buat. Now dah boleh buat sendiri. Tapi yang dia punya mesti giant apams sebesar telapak tangan dia hehehe.....makan seketul pun cukup.

Sebetulnya ada order yang perlu aku siapkan. Miss 4 buat apam tu lebihan adunan yang aku dah siapkan untuk customer. Bolehlah dia merasa air tangan dia sendiri.

100 pcs Order dari Pn. Fatimi

Packing - 20 pcs / pack

Packing 30 pcs / pack


No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...