Saturday 10 December 2011

Churros


Selamat pagi semua......hari ni kita breakfast dengan Churros. 1st time buat n makan churros ni hehehe....jakun ckit. Rasanya ranggup diluar dan lembut didalam. Churros ni sedap di makan masa suam2 gitu. Kalau dah sejuk kureng lah ckit.....diluar nya kurang ranggup. Kredit untuk tuan punya resepi. Mintak C&P resepi nya ya Kak Wan. Churros ni sesuai di makan semasa 'Tea Time' pagi atau petang bersama Teh O panas.....eemmmmm   marbeles.

CHURROS
Resepi :  Resipicitarasawan 
Sumber : ummisarahkitchen
Bahan-bahan
125gm marjerin / mentega
250ml air
150gm tepung gandum, ayak
3 biji telur (ummi letak 2 bj telur A)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Salutan Gula - Satukan
60gm gula kaster
2 sudu kecil serbuk kayu manis

Sos Coklat
50ml thickened cream
120gm coklat masakan, potong kecil
Masak secara double boil, panaskan krim, masukkan potongan coklat, kacau hingga coklat cair.
Cara-cara : 
1.  Masak air dan marjerin hingga mendidih.  Tutup api, masukkan tepung gandum, kacau cepat dengan senduk kayu hingga menjadi doh.  Buka api dan kacau sekejap hingga doh tidak melekat di tepi periuk.

2.  Angkat dan biarkan sejuk / suam dahulu baru di masukkan telur.  Adun doh dan telur hingga sebati baru di masukkan telur berikutnya.

3.  Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bentuk bintang.

4.  Panaskan minyak yang banyak, pipekan adunan sepanjang 10cm terus ke dalam minyak.  Ketika adunan di pipe, tutup atau kecilkan dulu api dapur.  Jangan menggoreng terlalu banyak dalam satu masa.

5.  Goreng hingga keperangan.  Toskan dengan tissue dapur dan terus salutkan dengan gula kaster.

6.  Untuk membuat churros berbentuk hati atau pretzel.  Pipekan 2 atau 3 bentuk di atas sekeping plastik kecil.  Kemudian terbalikkan di hujung jari dan masukkan terus ke dalam minyak.   Buat dengan perlahan supaya minyak tidak terpecik.
Yang ni biasa ah Miss 4 yang punya.... cubalah resepi ni memang tak rugi...senang dan cepat....Selamat Mencuba....
 

No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...