Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

Fruit Tart, Cheese Leleh dan RV

Assalamualaikum..... sessi untuk mengejar masa meng update semua order sebelum menyambut Ramadhan al mubarak. So, kira upacara pecut lah ni.... tiap2 hari kena masuk blog hehehehe...



100 pcs fruit tart order oleh Shafiqa dari Paka untuk majlis perkahwinannya. Mungkin syafiqa nak buat hantaran. Ai pun tak tanya sebab orang lain yang datang ambil. Terima kasih Syafiqa.....


Cheese leleh round pertama

Cheese leleh round kedua.... sebab ada yang nangis tak dpt yang 1st round tu hehehe...

Red Velvet ekonomi pek RM12 

Yang ni sepupu ai punya.... x cukup bekas kecil tu yang ai buat bekas besar jer.

Semua ni akhir minggu lepas yang punya order..... tapi masih ada permintaan lagi sebelum sambut puasa. Mungkin hari khamis ai buat lagi sikit untuk menunaikan hasrat orang yang mengidam...


Wednesday, 2 April 2014

Doorgift and Candy Buffet

Assalamualaikum..... sihat ker? maklumlah sekarang musim demam gak. Cuaca tak tentu sekarang kan. Harap semua jagalah kesihatan dan banyakkan minum air putih ya.... Cuti sekolah baru2 ni ai ada balik kampung nun di Jelawat Bachok sempena perkahwinan/Sambut Menantu adik ipar ai. So... sambil2 tu ai buatlah doorgift dan candy buffet kat sana.... sesaje nak try test market ai kat sana... but, Wow... so surprise uu....


Itu dia ai punya Candy Buffet yang tak seberapa.... 3 jenis Talam...Talam Chendol, Talam Jagung dan Talam Keladi. Fruit Tart, Buah Celop Coklat, Marshmallow, gula2, lollipop, Jajan dll.


Buah celop coklat tu ai tak guna fountain sebab kat bawah ni angin kuat sangat takut coklat ai berterbangan nanti. Ai buat sempoi macam tu jer... tapi habis jugak 2kg coklat ..wink! wink!.. and Marshmallow tu ai beli sikit jer (just nak test) sebab takut tak habis nanti sebab makanan macam gini jarang di hidang kat sana.... tapi ai silap rupanya.... sapu bersih jugak...Alhamdullilah.... tak membazir.


Patutlah sapu bersih ai punya candy buffet ni... rupa2nya si dara pinggitan yang menunggu nya...haih...


Inilah suasana kampung...nyaman jer dengan angin sepoi2 bahasa dan kadang2 boleh terbang ai punya alas meja hik..hik... Selamat semua Majlis pada hari ni...Alhamdullilah syukur.... lauk, nasi semua cukup.



Coklat Chip Cookies dan juga Jajan sebagai doorgift untuk para tetamu yang datang. (tak de gambar yang siap pek dalam plastik). Kebanyakkan tetamu kami adalah sedara2 terdekat jer... majlis kecil jer.

Sunday, 30 March 2014

Gerai Sempena Sukan Tahunan Miss 7

Assalamualaikum..... lama berehat sempena cuti sekolah (walaupun tak rehat mana..) maklumlah cuti sekolah banyak majlis kahwin tapi kali ni ai balik Kota Bahru untuk Majlis Kahwin adik ipar ai. Sibuk lah sikit prepared untuk "Candy Buffet"....opss.. tapi hari ni kita nak cakap pasal gerai sempena sukan tahunan anak ai Miss 7 nih.... terlebih sudah...hehehee

 
 Selamat datang ke Gerai Ummisarahkitchen..... ini adik ai yang buat ni..

Kita tengok apa yang ada kat gerai USK ni ya.... sorry sebab ai tak war2 kan dulu kat pages Dapur Ummi Sarah so ramai yang tak sempat datang sebab waktu sukan dah tamat.... tak per lain kali kalu ada gerai USK kat mana2 ai inform awal2 ya...

Roti Sosej - Kosong dan juga sos + mayonis

Coklat Chip Cookies

Coklat Moist Cake

 Blueberry Cheese Tart & Fruit Tart.... tapi yg ai jual ai pek siap2 (lupa nk snap gambonya)

 Talam Keladi dan Talam Suji Pandan

 Muffin Coklat Pisang... 100 pcs untuk adik ipar ai dan selebihnya untuk dijual...


Itulah dia penjual nya.... Miss 18 & Miss 7..... lepas main sukan datang lepak kat gerai sambil2 minum air dan makan kuih...  Selamat Berjualan...


Monday, 17 March 2014

Egg Tart & Talam

Assalamualaikum..... bersiaran lagi kita ari ni. Di harap semua gembira dan ceria hendaknya..... Talam lagi hari ni... nak buat macam mana ya memang dah glemer Talam kat USK ni. Lagipun Talam ni sesuai di makan pada bila2 masa aja. Kuih sepanjang zaman lah katakan hehehe....


Talam Keladi untuk Cikgu Linda. Order khas untuk majlis sambut menantu (adik cgu linda)



Talam Keladi, Talam Chendol dan Talam Jagung tempahan dari Kak Ma. Memang regular customer ai ni. Tiap2 minggu K Ma order Talam. Mekasih ya K Ma.


Kak Ma Repeat Order Talam Keladi untuk makan2 dan sambut tetamu yang datang..... yang bekas kecik tu untuk ai punya gerai (nanti kita cerita ya).
 

Tart Telur ni order dari kawan adik ai (sorry lupa dah namanya) mengajar kat sekolah Miss 7 anak ai tu. Terpaksa letak dalam bekas kecil2 macam tu sebab tak ada stok kotak besar untuk tart. Mekasih Mualimah ya....

Wednesday, 6 November 2013

Order untuk Aidiladha.....

As Salam semua..... Selamat Tahun Baru Maal Hijrah. Moga hidup kita semua sentiasa di bawah lindungan Nya..... Kali ni entry sempena raya aidiladha yang lepas. Maaf pada yang order nya di tolak ya. Masa tak mengizinkan ku mengambil order banyak2 sebab raya ni ai dah setkan mind ai untuk buat sedikit ole-ole untuk adik beradik ku sebagai tanda kasih ai untuk mereka hehehee..... tak henggat....


Ini untuk cikgu Rush, Talam Keladi, Talam Suji, BB Cheese Tart dan Fruits Tart. Cikgu Rush ni tanya Talam apa yang sedap.... so ai cakap lah ai suka Talam suji...terus cikgu Rush order Suji hehehe.... tapi memang ai tak tipu pun...memang suka sangat Talam Suji ni. Kalau tak caya boleh order ya.


Yang ni laks untuk Cikgu Lily, Talam Keladi dan Talam Chendol. 1st time order ngan ai. Harap cikgu Lily puashati ya. Puas pusing2 cari rumah cikgu Lily nih....terpaksa cikgu Lily keluar cari ai hehehe.... terima kasih ya Cikgu.


Inilah rupa sebenar Talam Keladi dan Chendol. Purple tu Talam Keladi, yang putih kat bawah tu lah isi keladi dan kaler coklat tu talam chendol... dah sah2 nampak chendol kat bawah tu kan. Sebenarnya Talam ni banyak guna telur dan gula jugak. Tengok jenis talam lah ya.... kalau talam roti coklat tu sampai 8 biji telur you..... hah! terkejut kan? so kalu uolls beli talam ngan harga yang mahal tu (dimana2 lah bkn ngan ai jer tau) paham2 aje lah.....

Sorry lagi sekali pada yang ai tolak order tu ya. Ada yang nak Talam dan ada juga yg nak Tart... memang tak sempat sangat2. Maklumlah semua tu nak sari sebelum raya.... so buat pilihan siapa cepat dia dapat...... nanti ai update ole2 tu lak ya.




Sunday, 3 November 2013

Tempahan untuk Majlis "Bacaan Yaasin"

Assalamualaikum..... cepatnya masa berlalu....dah masuk november tup..tup...dah nak masuk tahun baru. Macam mana dengan azam anda untuk tahun ni...dah capai ke belum? kalau belum tu cepat2 lah ya....chaiyok...chaiyok.... untuk anda hehehe.....


Tempahan dari Pn. Fatimi untuk majlis Bacaan Yaasin kat rumah nya baru2 ni. Boleh tahan ramai jugak jemputannya.... ada yang sempat di makan dan ada yang tak sempat di makan tuan rumah hik...hik.... so.... lain kali order banyak2 ya.

Fruits Tart - 50 Pcs

 Blueberry Cheese Tart - 50 Pcs

Triffle - 1 resepi

Itulah order2nya.... Talam Keladi, Talam Kacang merah (tak de gambar close up) Fruits Tart, BB Cheese Tart dan Triffle. Moga sama2 mendapat keberkatannya......terima kasih berurusan dengan USK.


Sunday, 29 September 2013

Fruits Tart dan Muffin Coklat Pisang untuk Majlis Hari Raya

Assalamualaikum...... kali ni ai update tempahan untuk majlis hari raya yang lepas. Tempahan ni untuk cousin ai dan juga untuk adik ipar ai. Masing2 ada jamuan sempena raya di kediaman or Taman tempat tinggal nya dan juga muffin untuk jamuan kat sekolah. Sememang nya sudah selamat menjamu selera.... so kita tengok je lah gambar2 nya. Kalau ada yang terliur tu boleh calling2 ai ya.



RM0.80 / pcs. Minimum order 50 pcs.

100 pcs Tart Buah untuk Yati. Terima Kasih..... sila order lagi hehehe......


Muffin Coklat Pisang order dari Pn. Fatimi untuk sambutan majlis hari raya di sekolah kebangsaan Kg. Baru. 400 pcs untuk kanak2 riang. Nampak coklat pun dah boleh menarik minat kanak2 kan....Terima kasih yer..... nanti leh oder lg.


RM40 / 100 pcs. Harga buat masa sekarang yer..... so kalau yang teringin nak makan tu boleh order sekarang.....Ramuannya : Pisang berangan, Gula perang, gandum, telur, minyak, serbuk coklat, coklat chip. Boleh tahan jugak ramuanya kan so agak2 berbaloi tak ngan harga yang di tawarkan.... Muffin ni kukus bukan bakar.

Monday, 10 June 2013

Lagi Tempahan untuk Candy Buffet

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera semua..... sibuk sikit minggu ni dengan tempahan majlis nikah kahwin dan juga birthday.... maklumlah cuti sekolah kan. Mak bapak pun excited jugak nak buat majlis semasa cuti ni.... semua anak2 balik dari jauh dan dekat. Meriah gitu....

Apam Polkadot Black & White Theme



Kek Gula Hangus
 
Blueberry cheese Tart
Red Velvet Cupcakes

Tu semua tempahan untuk candy buffet yang dikendalikan oleh adik ai. Kalau nak details pasal candy buffet ni boleh tengok blog dia kat Sini . 

Yang bawah ni edisi mencelah.... Talam Suji ai buat untuk makan2. Lama dah beli tepung suji tapi kali ni baru dapat buat.... untuk tempahan leh tengok jenis Talam yg ada kat blog ai ni.



Tuesday, 30 April 2013

Tempahan Untuk Candy Buffet / Table

Assalamualaikum..... entry terakhir untuk bulan ni....pejam celik...pejam celik.... dah abis bulan april kan. Tup2 tak lama lagi dah nak masuk ramadhan.... tup2 dah akhir tahun dan meningkat lagi setahun usia kita.... Tempahan pada kali ni lain sikit dari yg kebiasaannya.... Order untuk Candy Buffet aka Candy Table pun buleh.... Candy Buffet ni sebenarnya adik ai yang uruskan bersama ngan Guestbook untuk para pengantin yang akan melaksanakan hari bersejarah mereka. Bagi sesiapa yang berminat boleh dapatkan keterangan nya di blog Craft and wedding Projects ni. 


Ini dia tempahan yg dibuat oleh customer adik ai. 50 pcs strawberry cheese Tart, 50 pcs Bleuberry cheese tart, 100 pcs (3 pcs 10" x 10") Strawberry Slice Cake and 150 pcs Apam Polkadot. 


Ini dia candy Buffet yg diuruskan oleh adik ai tu. Sebahagian kuih2 di tempah dari ai dan yg lain2 seperti gula2, lollipop, marshmellow dam macam2 lagi adik ai yg uruskan atas permintaan pelanggan. Buah celup coklat pun ada...... kalau anda berminat sila contact Nuur Ailmi ni ya....tekan Sini ...


Di samping candy buffet, Guestbook, fabric hand bouquet pun ada. Ada yang tak tahu apa itu guest book ker? alaa..... guestbook yg orang duk tulis ucapan or kata2 or ucap selamat pada pengantin tu..... macam autograf gitu rupanya.....ada gaks heheheehe.....ianya sebagai kenang-kenangan dari tetamu pada pengantin.


Terima kasih pada Nuur Ailmi untuk semua tempahan ni. So pada sesiapa yg berminat untuk menempah candy buffet ni cepat2 contact tuan punya blog yg ai dah share linknya kat atas tu..... you tempah jer kat dia... nanti dia yg akan deal ngan ai untuk urusan kuih-muih ni. So, uolls tak yah pening2 lagi nk pikir pasal "Pencuci mulut" ni

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...