Showing posts with label Apam Lady Bird. Show all posts
Showing posts with label Apam Lady Bird. Show all posts

Friday, 31 August 2012

EDISI MACAM-MACAM ADA......

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke 55 tahun. Alhamdulillah..... syukur pada Tuhan dengan Keamanan dan kesejahteraan yang telah dikurniakan pada Malaysia berbanding negara2 lain yg sedang bergolak itu.....

Berbalik pada tajuk entri ai pada kali ni... macam tagline astro laks ya.... Edisi macam-macam ada sebab ai terpaksa meng-update-kan segala tempahan memandangkan dah lama gambar2 ni semua berebut-rebut untuk masuk blog nih...hiks...hiks..... itu lah padahnya kalau tak de masa nak mengadap lappy ni sebab sibuk duk beraya dan sepanjang puasa sibuk jugak menyiapkan baju kurung ai dan anak2 ai. Sib baik baju melayu my hubby tak suh jahit... kalu tak fengsan akak.....hehehe

Panjang lah plok membebel. Ok lah ai tayangkan lah gambo2 nya ya. Kalau ada yang tertinggal tu maafkanlah ai ya. lupa lah tu....

100 pcs Apam Ladybird Order dari Cikgu Adila - Kijal 

Lupa nama Cikgu ni (Sorry ya) 100 pcs Muffin Coklat Pisang di hantar ke Marang menerusi adik iparku.

50 pcs Muffin coklat Pisang & 50 pcs Apam Ladybird di minta oleh Cikgu Fatimi

50 pcs Apam Ladybird & 50 Pcs Polkadot di tempah oleh Kak Ani untuk di bawa balik ke Utara sana.

Kek Sarang Lebah - 2 pcs untuk Suriani di K.L dan Marble Kek untuk Puan Puteh di Melaka dan dibawa oleh Cik Mira ke sana.

1 Pc 10" Kek Kastad Chiffon order dari Pn. Hazaliza Kerteh dan kek yg sama juga untuk adik ai bawak balik ke Kota Baru. (tak de gambo nya)

Itulah saja setakat ini.... kalau ada yang terlupa tu almaklumlah kan..... Terima kasih semua di atas sokongan anda pada UmmiSarah Kitchen. Harapan USK agar anda semua berpuashati dan tidak serik untuk order lagi. Belilah Homemade Produk.....huahahaha.


Friday, 25 May 2012

POLKADOT BLUE & WHITE THEME

As Salam...... Polkadot blue n white theme untuk majlis Cukur Jambul. 1st time Nurul order ngan ai.... pusing2 cari rumah ai... akhirnya jumpa jugak.... sebenarnya senang jer nak cari rumah ai tu cuma keliru pasal jalan je sikit ya tak Nurul? hehehe.... Sebenarnya Nurul pun satu kampung ngan ai juga tapi kami tak kenal satu sama lain sebelum ni.... sekarang dah kenal so nanti bolehlah order lagi.....


Apam ni Nurul order sabtu lepas untuk majlis cukur jambul anak sedaranya. Nurul kata tema kaler biru so dia mintak lah biru dan putih. Mesti anak sedara lelaki kan..... lupa lak ai nak tanya Nurul. Tahniah dapat anak sedara baru ..... .

Apam Polkadot with Filling 100 pcs - RM28.00

Apam ladybird 150 pcs - RM40/100 pcs

Yang ni lak apam ladybird order dari Cikgu Yusma.... nak bawak ke majlis cukur jambul jugak rasanya (lupa lak ai). Cikgu Yus datang ambil pukul 10 pagi tadi..... Terima kasih atas order kalian berdua....

Friday, 18 May 2012

TEMPAHAN MAJLIS ILMUAN....

As Salam, isnin lepas ada tempahan dari kawan ai yg duk kat Perumahan Rantau Petronas Kak Za. Kali ni kak  Za tempah Talam Keladi dan Apam Ladybird untuk dibawa ke sekolah anaknya yang mengadakan solat hajat. Bgus sekolah sekarang kan...selalu buat solat hajat sebelum anak2 menduduki peperiksaan. Kebanyakkan sekolah sekarang memang buat macam ni. Moga anak2 kita beroleh kejayaan dan keberkatan dari Nya.

 Apam ladybird 50 Pcs - RM20.00


Talam Keladi 8" x 8" = 49 Pcs

Layan jer lah gambar ai yang tak seberapa tu. Penat dah nak menaip.... dah 3 entri ai publish ari ni... Minggu ni adalah minggu yang sibuk untuk siapkan order2 untuk hari guru dan juga hari ibu.... maklumlah ai ni kan bekerja.... so malam je lah masa ai nak siapkan order2 tu semua. Apa-apa pun di harap semua yang telah menempah tu berpuas hati ngan hasil keja ai ya... kalau ada apa2 yang nak komen boleh jer email or sms ai ya.... 

Saturday, 14 April 2012

LAMA DAN BARU.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua.... ari ni operasi cuci bersih untuk gambar2 yang telah di snap tapi tak masuk blog lagi. Layan jer lah..... bukan nya kuih2 yang tak pernah buat pun.... saje jer untuk memeriahkan lagi blog ai ni hehehee.....busan ....

Kek Marble


Apam Ladybird dan Polka Dot

Semua yang kat atas ai buat masa nak balik kampung ari tu. Apam polka dot, ladybird, kek marble dan Muffin coklat pisang sebagai buah tangan untuk keluarga mertua dan separuh dari nya sebagai buah tangan untuk kawan hubby yang melangsungkan perkahwinan anak perempuannya. Harap2 semua gembira menyantapnya......

Fresh from dapur.....


Yang ni laks order dari kawan ai Kak Za yang duk kat Rantau Petronas tu. Dia punya anak ada hari kantin sekolah so... kena bawak kuih atau apa2 lah untuk di jual di sekolah nya. Kak Za order jer hehehe .... dan kak Za sendiri buat biskut coklat atas permintaan Anakanda nya. Lupa lak ai nak tanya Armand macamana dengan hasil jualan nya. Harap2 apam ladybird Arman di "sapu bersih" oleh kanak2 riang di sekolahnya....


Apam Polkadot lak ya.... yang ni order dari Kawan kepada kawan ai.... lupa nak tanya nama. Polkadot sebanyak 100 pcs pada hari ahad lepas.


 Polkadot dan Ladybird - Special Gift

Ai buat ni sebagai Special Gift untuk kawan sekerja ai yang datang sini untuk kerja2 meng'Audit' kat office ai yang berakhir semalam. Sorang dari nya akan balik Philipine tak lama lagi..... so sebab tak ada apa2 yang sempat ai buat maka apam lah kuih yg paling simple dan senang memandangkan kesibukan ku di Audit oleh mereka2 ini..... disebabkan tak de stok tupperware yang sesuai... ai pun cari jer mana2 bekas yg buleh diletak... jadi lah seperti di atas.... cantik gaks kan?..... heheheh perasan lah plok..... tapi kalu ada yang berminat ... boleh jer..... call or sms me ok....

Sebenarnya ada perubahan harga juga untuk apam2 itu. Untuk melihat harga sila ke halaman Label : Harga Apam disebelah tu ya.....



Saturday, 28 January 2012

Majlis Akikah dan Buaian Berendoi Cukur Jambul

Assalamualaikum dan salam sabtu untuk semua... last entri untuk Majlis cukur jambul setelah bersiaran selama beberapa hari dan ini mungkin juga entri ai yang paling panjang...hehehe...di harap anda semua ceria menatapnya.

Sebenarnya majlis Akikah dan Cukur Jambul ni adalah Majlis my cousin... ai cuma memeriahkan lagi dan mengambil kesempatan ni untuk menghiasi blog ai....dan mungkin nanti boleh dijadikan kenangan dan tatapan untuk anaknya. 

Untuk Mrs. n Mr. Luc.... mekasih dari Ummisarahkitchen kerna memberi kepercayaan untuk menyediakan doorgift dan juga kek dan cup cakes untuk para tetamu. Moga berpuashati dan harap2 kita boleh berkerjasama lagi .....
 
 
Goodies untuk para tetamu dan Group Bacaan Yaasin. Cekedis tu sponsor dari kawannya Wanie, Dalam kotak tu Bahulu, siap ngan model skali.hahaha....kucing meow2 tu ada gula2 kat dalam tu. Yang ni tuan punya buat sendiri dan muffin coklat pisang, apam ladybird, Lollipop angry bird dan cupcakes tu dari ai lah....

Buah cicah coklat atau panggilan glemer buah bersalut coklat.... yang ni tuan rumah yang sediakan...nyum2 rasanya bila buah disalut coklat. Macam2 buah ada..... marshmellow pun ada.... Fountain tu boleh disewa. Sila bagitahu ai ya kalu ada sape2 yang nak sewa Fountain tu.

Tidak ketinggalan krew2 dibelakang tabir @ AJK pengurusan dan pembukusan makanan...hahahaha...dan juga AJK Overacting....tengok lah tu busy2 pun sempat lagi posing maut...tak tergeliat ker pinggang nye Cik Awin wehh....cer tengok pembancuh air tu...import mali....dari Swiss lagi...wakakakaka.....sure air tu terlebih sedap jadinya...

Selesai bab2 makan minum kita gi ke bab Cukur Jambul dan bacaan Yaasin lak. Ramai jugak jemputan yang hadir pada petang jumaat yang berkah ni. Harap2 semua dapat menafaat dari Majlis ni. Merdu menyentuh hati dan naluri bila mendengar alunan bacaan dari salah sorang ahlinya yang buta penglihatan. Subhanallah....meremang bulu romaku mendengarnya...sungguh indah ciptaan Tuhan.

Tiba masa nak gunting rambut Emil... tengok lah aksi2nya.... takut bila orang pegang rambut dia...ala....dah tak encem dah emil...rambut kontot2..huhuhu....Pelamin yang cantik hasil ciptaan Mummy Emil and The Gang....syabas for you olls.....


Hah...yang ni memang best.....Puding Kasih Bertaut hasil "Buatan" cik Ani kita. Terang hati cik ani kita ni...ai bagi resepi je kat dia, suruh dia buat sendiri....menjadi dan sedap....bagus2. Lain kali aku boleh duk goyang kaki lak...dah ada yang boleh diharap..hehehee.... Mee goreng tu ai buat untuk Group potong dan siang daging (Lembu). Di hidang bersama puding buah koktel dari Pn. Yati tapi diorang lupa nak amik gambo...kesian ko yati ...diaorang ni mmg...dengki ke mung ah tu...

Yang muffin coklat pisang tu sudah semestinya dari ai...entri mencelah sikit, sehari selepas majlis tempahan dari Yati 200 pcs dan Mariam 100 pcs. Yati juga order apam ladybird 100 pcs sebagai bekalan perjalanan ke Pekan untuk majlis pertunangan adik iparnya. Terima Kasih semua di atas sokongan anda. Moga kita dapat berurusan lagi di masa akan datang.


Tuesday, 27 December 2011

Berdebar-debar.....menyiapkan Order

Dup...dap...dup...dap....berdebar2 hatiku ini sambil menyiapkan tempahan untuk kali ni. Apa tak nya...order kali ni datang nya dari Sifu ku sendiri....Shita Food & Catering dari K. Trg. Ini sifu untuk Kek Lapis yang telah aku hadiri tak lama dulu...mekasih ya sifu....kalau ada yang terkurang rasa tu leh lah bagitahu kita ya....tapi sebenarnya Shita dah SMS aku lepas ambil tempahan tu...dia cakap semua ok belaka pas tu dia kata rajin sungguh mencotet (bahasa org ganu) ladybird tu hehehehe.....

Inilah order dari Shita Food & Catering - 100pcs Apam Ladybird dan 100pcs Muffin Coklat Pisang. Sebenarnya Shita juga mengadakan beberapa kelas masakan juga seperti Kek Lapis, Nasi Beriani, Tart dll. So, Sesapa yang berminat tu leh Booking Kelas kat Sini Shita Food & Catering.

Sebenarnya kami sekeluarga ke Kuala Terengganu ni untuk Medical Check-up Miss 4. Biasalah setahun sekali check up untuk Bahagian Plastic Surgery, bulan januari depan check up untuk Mata lak. Apa-apa pun Ummi doakan anak ummi ni sentiasa sihat walafiat dan ceria selalu. Sambil tunggu abah nya ambil kereta sempat lagi suruh kakak nya snap gambar dia....pantang jumpa pokok atau landskap yang ada bunga2 ker mesti suruh snap gambar dia.


 Gaya wajib.....PEACE......

Tuesday, 6 December 2011

The Making of Apams.....by Miss 4

Kali ni N3 baik punya....hahaha....The Making of Apams by Miss 4. N3 yang lepas Miss 4 ada buat apam tapi lupa nak snap gambar dia tapi kali ni advanced sikit siap ngan step by step lagi. So sesapa yang rasa nak buat apam ladybird and Polka dot tu sila lah tengok steps yg telah diperturunkan oleh Miss 4 ini.

Ini cara2 nak buat apam ladybird...
Step 1 - pipekan adunan setengah cup kemudian pipekan filling and pipe semula adunan sehingga penuh cup tapi jangan sampai melimpah lak.
Step 2 - Buatkan jalur melintang ditengah2 seperti huruf T.
Step 3 - Kalerkan belah atas bahagian T tadi menjadi bentuk kepala ladybird.
Step 4 - Buatkan badan ladybird...dot2. suka hati nak buat 3 @ 5 dot2.
Step 5 - Buatkan Mata guna kaler putih (kaler asal adunan)
Step 6 - Buatkan anak mata hitam ladybird. Buat dot kecil (kaler hitam) dalam kaler putih tadi.
ok...sekarang dah jadi ladybird....versi Miss 4 lah comot-comot g2. Tengok yang after tu dah siap kukus. ok gak ada rupa ladybird lah jugak kan!...

Yang ni versi polka dot ya...step nyer lebih kurang aje. Tengok jer gambar tu pun boleh paham kan? Biasalah Miss 4 punya dot2 mmg gitu lah rupo dio....harap-harap step by step yang dibawa khas oleh Miss 4 ni dapat membantu mak2 or anak2 membuat sendiri apams ladybird ni. Tambah2 sekarang musim cuti sekolah kan...kalau tak bawa anak2 bercuti sekurang2 nya buat something yang boleh buat mereka ceria dan boleh berimaginasi (ayat power tuh..hehehe) dengan mendeco kek or apam seperti Miss 4 ni.....mesti anak2 suka kan...buat sendiri pas tu tak sabar nak tuggu masak nak tengok hasilnya. Kalau yg anak ramai tu mesti riuh rendah kan? cubalah.....

Sekarang sessi menayang hasil kerja kerastangan dia. Jangan tak caya semua tu dia buat sendiri.Tak payah ajar dia sbb dia selalu dah tengok kita buat. Now dah boleh buat sendiri. Tapi yang dia punya mesti giant apams sebesar telapak tangan dia hehehe.....makan seketul pun cukup.

Sebetulnya ada order yang perlu aku siapkan. Miss 4 buat apam tu lebihan adunan yang aku dah siapkan untuk customer. Bolehlah dia merasa air tangan dia sendiri.

100 pcs Order dari Pn. Fatimi

Packing - 20 pcs / pack

Packing 30 pcs / pack


Wednesday, 30 November 2011

Separuh Rasa.....

Kenapa malas jer rasa nak hapdet blog ni.....separuh rasa je ada yang separuh lagi entah kemana menghilang.....tempahan ni tuan dia dah amik semalam. Nak bawa balik kg nun di Kota Bahru. Harap-harap kek kastad chiffon tu masih elok bila sampai di sana nanti. Maklumlah tuan nya nak singgah hospital Kuala Terengganu dulu nak check up anak nyer. Pah tu baru balik Kota Bahru. Harap semua nya elok dan selamat menjamu selera di sana nanti ya Puan Faridah......
Apam Polka Dot n Ladybird, Kek gula hangus or sarang lebah, kek kastad chiffon.

Friday, 25 November 2011

Order Mengejut....

Pagi-pagi kakak ku yang sulung call nak order apam and muffin. siap tanya aku dah bangun ke belum. Aku jawab je belum bangun (kalu belum bangun cam mana nak jawab phone yer tak? hehehe). Pah tu dia suh aku bangun cepat2 and suruh aku buat kan kuih untuk dia. Dia nak bawa ke rumah adik ipar dia yang buat majlis "Naik Rumah". Ada sape-sape yang tak tahu apa tu "Naik Rumah" ker?. Kita orang cakap "Naik Rumah" untuk Majlis kesyukuran atau doa selamat untuk masuk/pindah rumah baru.....rumah sendiri lah....bukan rumah sewa tau!!

 
Macam macam versi (Kaler) Polka Dot, Ladybird and Muffin Coklat Pisang. Aku buat satu adunan untuk apam ladybird n Polka Dot dan satu adunan untuk Muffin coklat pisang. Tak kisah lah banyak mana pun janji siap, cantik dan sedap....ekekeke....

Yang ni dah siap packing untuk dibawa ke rumah adik iparnya. Moga dapat keberkatanNya....


Wednesday, 16 November 2011

Miss 4 menyibuk.....

Petang semalam otw balik dari kerja dapat call nak tempah apam ladybird. So I terima jer... kebetulan semua bahan untuk membuatnya dah ada  sebab sehari sebelum tu pun ada tempahan dan selamat hantar pagi semalam. Dalam duk sibuk2 nak siapkan order ni Miss 4 pun menyibuk kan diri dengan meng"offer"kan diri dia untuk buat ladybird jugak. Dia cakap dah lama dia suruh buat ladybird besar untuk dia tapi I tak pernah2 buat jugak...kesian dia. Semalam sampai nangis2 nak buat ladybird besar....so I pun bagi je lah dia buat selepas siapkan order customer. Adunan ada balance sikit, I bagi dia pipe sendiri dalam cup tu and pegang tangan dia untuk conteng2 badan ladybird tu.....suke nyer dia hajat tercapai.....

Itu dia Giant ladybird yang kaler purple tu. Tapi sayang lupa nak snap gambo dia masa buat apam nih...kalau tak mesti senggih memanjang jer....dapat sebiji mesti kenyang (size cup muffin / tart).

Inilah tempahan dari cikgu Shahriza dari Sk Kg. Baru Kerteh.....terima kasih...moga puashati ngan hasilnya dan selamat menjamu mata dan minda...ahaks....



Tuesday, 15 November 2011

Simple Dinner : Nasi Goreng....ter...accident...


Petang Semalam, masa kat office tiba-tiba member cakap ada orang nak order untuk majlis kat sekolah esok nya...so aku terima jelah memandangkan tak ada 'Q' yang menunggu untuk esok. Rushing balik kerja..maklumkan tempat aku keja tu jauh dari umah lebih kurang 45 min - 1 jam jugak itupun aku selalu balik ikut long way (jauh tapi cepat) hehehe.....Masa otw balik tu pikir2 jugak lah malam ni nak masak ape ya?. alah..masak jelah sup sayur and goreng ayam dah lah tu.

Sampai je rumah terus masuk dapor siapkan apa2 yang perlu......bila buka jer periuk nasi...tengok2 nasi malam semalam tu banyak lagi...terus tukar plan buat nasi goreng jer...so, segala macam sayo yang aku dah potong tu masuk kan je dalam nasi goreng tuh....yang lebih tu simpan jer untuk menu esok lak. Aku masukkan sikit udang kering, fish ball, sos tiram, serbuk ayam maggi and goreng ayam celup tepung (tepung segere tempura jah) telur dadar and telur puyuh (sbb plan nak wat sup sayur kan)....


Inilah order yang aku siapkan malam tadi untuk memenuhi harapan Cikgu Mawarmee and the geng dari Sekolah Kebangsaan Seri Iman, kemaman. Apam Ladybird 150 pcs and Muffin Coklat Pisang 50 pcs. Mekasih dan Selamat Menjamu selera...... 

Friday, 4 November 2011

Parcel lagi.....

Hari rabu lepas sampai lagi 2 parcel yang ditunggu sekian lama. 3 minggu baru sampai...lama tul aku menunggu. Kebetulan ari kamis banyak gak order yang perlu disiapkan. Boleh lah aku menge'test' peralatan nih. Kite tengok deh...

Kali ni parcel datang nya dari Puchong sana...Chef Asma
 Trio Powerstand Mixer TPM-1000 dan Trio Foodsteamer

Dua2 ni aku dah test power nyer untuk buat Muffin dan Apam Ladybird order dari customer untuk balik kg sempena Aidil Adha. 

Punya lah  sibuk sampai lupa untuk ambil gambar tempahan semalam. Tempahan dari warga Skkg Baru Kerteh.  Muffin Coklat Pisang untuk Cikgu Rizal sebanyak 100 Biji katanya untuk makan2 otw balik kg. kalau tak silap saya kg nya di Perlis....betul cikgu? Selamat pulang ke kg. berhati2 dijalan raya. 

Cikgu Wan Zalina order Apam Ladybird 200 pcs, Wanie 50 pcs dan Cikgu Norizan 50 pcs. Lagi 50 pcs tak tahu dari sape lupa nak tya adik iparku.....mekasih semua ya...jangan serik tuk order lagi. Sorry lah gambar nya tak de....waaa...frust gak lah tak leh ltk gambar2 order dari kalian. sibuk sangat..siap jer terus call suruh datang ambil.


Tuesday, 1 November 2011

Kesibukan Melanda....

Kesibukan akan melanda pada minggu ni. Maklumlah dah dekat nak raya kan...tambah lagi ada banyak majlis perkahwinan yang akan berlangsung menambahkan lagi sibuk ku.....order sudah ditutup sampai lah kita menyambut Aidil Adha sebab dan banyak order untuk Ladybird dan muffin coklat pisang dan juga Fondant Kek n cupcake 3 tier for wedding udah menunggu......harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

Macam biasa lah pagi2 sebelum kesekolah, adik iparku datang mengambil tempahan dari rakan nyer....mekasih ya Cikgu Fatimi yang selalu rajin menjenguk ku pepagi.....hikhik....


Tempahan dari Cikgu Norizan dari Skkg Baru Kerteh....mekasih ya Cikgu. Harap2 puas hati dan berselera menatap serta memakan ladybird2 itu.....

Thursday, 27 October 2011

Muffin Coklat Pisang n Apam Ladybird

Kali ni order datangnya dari Cgu Maizatul dan juga kerani (lupa nak tanya nama) Skkg Baru lagi......wahh...nampak gayanya kuih2 ku ini rajin ke sekolah...ekekeke... Tempahanku banyak datang dr cikgu2 .....mekasih ya Timi yang jadi orang tengah nyer....Raya nanti leh upah Ladybird...wat raya ...hehehe...


yang ini atas permintaan nak pek 2 bks - 50 biji/bks

 Kalau ada oder muffin ni mesti kena buat lebih sbb anak ku Miss 4 tu suke sangat ngan muffin ni....sebiji sekali ngap jer.....


Layan gambar je lah ya....dan kalu ada sape2 yang mengidam nak makan tu...call me ok..

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...