Showing posts with label Pavlova. Show all posts
Showing posts with label Pavlova. Show all posts

Monday, 25 August 2014

Kek Kastad, Muffin & Triffle untuk Majlis Sambutan Hari Raya

Assalamualaikum.... Salam hari isnin moga anda semua sihat sejahtera selepas raya nih....hehehe. Open house banyak sangat so jaga2 ya sape yang on diet tu dan sape yang tak kuasa nak diet (macam ai ler) tu.... ingat2 sikit jangan sampai tumbang hahahaha....


Size 8in

Kek Kastad untuk sambutan hari raya kat Sek Ren Al Amin Kerteh. Yang ni Miss 7 (anakanda) ai yang bawa untuk di beri pada guru2nya. Bersama muffin dan juga air kotak. Sebelum ni pun GB ada order jugak kek Kastad ni tapi tak de hias2 macam ni lah just for makan2.

Size 10in

Cikgu Linda dari SMK Kerteh order untuk majlis hari raya jugak.... simple deko jer. Sebenarnya kek ni tak de deko2 bagai tapi untuk majlis2 tertentu ai buat lah jugak tanpa apa2 cas terutama untuk sekolah atau keraian tertentu...... tapi for personal yang nak hias bagai tu ai akan kenakan cas mengikut size kek dan deko apa....


Size 10in

Yang ni anak sedara ai .. Iris Irdina. Iris nak buat majlis hari raya kat tadikanya di Kuantan. 50 pcs Muffin Coklat untuk Iris juga....

Istimewa untuk Iris...hehehe Siput Cute.... hish....abis comot lipstik ku ...makan kek nih...


Inilah rupa sebenonya kek kastad nih... tanpa make up bagai. Kek ni Cikgu Rosliza dr SMK Kerteh yang mintak.... mungkin tak sempat makan yang ari tu dak???? Kek size 10in ni juga di buat untuk Kak Za... pun untuk majlis hari raya kat sekolah anaknya Rantau Petronas. 

Muffin Coklat Pisang untuk Miss 7

Untuk Pn Yati punya anak - Majlis hari raya SKKg Baru - 70pcs

Repeat order dr Pn. Yati untuk majlis hari raya kat Taman rumahnya.

Order dr Pn. Zaliha untuk anaknya - Majlis Hari Raya Tadika Kg. Baru

Triffle untuk Nuranida.... sempena last day kat sekolah SRIAAK. Nuranida order bersama Talam juga....



Pavlova... order dari Cikgu sekolah SKKg Baru. Lupa lah nama cikgu heheheh..... Pavlova ni order masa dalam puasa ari tu.

Terima kasih pada semua yang berurusan dengan USK. Harap semua berpuas hati dengan layanan dan produk homemade kami..... moga kita dapat berurus niaga lagi di lain kali.... TQ VVM 

Sunday, 26 January 2014

Pavlova & Snowy Peach for Birthday "Abah"

Assalamualaikum.....salam ahad untuk semua yang masih sudi singgah di sini. Moga ceria dan gembira selalu mengiringi kehidupan anda semua. Kali ni entry untuk yang bernama "Abah" hehehe.... so sesape yang rasa dia seorang "Abah" boleh lah tumpang tengok.... kalu nak merasa sila lah order ya.... Peace.....

 
Pavlova ni ai buat untuk hubby ai sempena birthday dia awal bulan ari tu. Yang ni dia bawa untuk jamu member2 dia kat office. Beruntung lah sape2 yang kerja dengan hubby ai ni, selalu dapat makan free...hehehe. 


Yang ni laks ai buat masa sambut birthday ayah ai ari tu. pucat jer kan bila tak ada kaler hitam anggur tu. Tapi tetap licin.....yum...yum....


Ini lak kawan hubby ai order untuk sambut birthday dia. Ni semua penangan sebab makan free ari tu.... terus order untuk makan2 ngan family dia plok. En. Zaki order 40 pcs Pavlova dan sebiji Snowy Peach. Triffle tu ai bagi as buah tangan untuk birthday dia.....



Snowy Peach untuk Birthday "Abah"...... anak2 panggil abah so....jadilah kek abah hehehe.... 1st time order ngan ai dan komen nya....."wah..... macam kat kedai jer..... " hehehe...memang lah sama ngan kedai gak cuma ai ni buat kat rumah jer. Belajar or menuntut ilmu tu sudah semestinya.... buat kek kat rumah pun mesti kena ada ilmu ya....


Rupa sisi kek.... kek ni tak de lah licin lesuh permukaan nya ya... sebab fresh cream ni di campur ngan milky custard cream lak yang menjadikannya lebih marbeles. waaahhhhh....g2. Setiap layer ni ai tabur ngan peach cincang dan kalu ikut tok guru memang tak der nya peach setiap layer...


Itulah dia kek untuk birthday "Abah".... yang pasti bukan abah ai ya....ni "Abah" orang lain hehehe.... moga panjang umur murah rezeki untuk En. Zaki dan keluarga....Amin.....

Friday, 26 July 2013

Order dari Aishah dan Kenduri Tahlil

Assalamualaikum dan salam Nuzul Quran untuk semua muslimin dan muslimat walau dimana anda berada.... di harap berbahgia sempena cuti pada hari ni. Mungkin boleh masak lauk or kuih yang best2 untuk berbuka nanti. Hari ni ai nak update sikit blog ai yang dah bersawang ni maklumlah bulan2 posa ni banyak benor kerjanya. Baju raya belum siap jahit lagi..... biskut pun belum sentuh lagi..... haih...tak tahulah sempat atau tak.



Pavlova dan Talam Chendol ni  order dari Aishah yang duk kat Kemasik. Terima kasih Aishah.... sorry lah Talam chendol ni gambar atas jer ada yg tepi tak snap pun. Kalau uolls nak tengok leh tengok entry yg lepas.




Talam Suji dan Talam Sekoteng ni ai buat untuk Majlis Kenduri Tahlil bapa sedara ai yang lepas. Talam suji ni favorite ai memang best sangat2. Sekoteng ni tekstur dia kenyal2 gitu macam jelly kering yg kaler2 tu tapi sekoteng tak manis pun...


Kek Kastad Chiffon or Kek karamel... pun ai buat untuk kenduri Tahlil juga tapi sebijik yg kecil tu untuk mak2 buyung yang mengidam hehehe.... agak2 nanti anak-anak uolls ni akan jadi penggemar tegar kek2 USK tak? hahaha... masyuk...masyuk....

~ Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka ~

Tuesday, 23 April 2013

KKC, Apam, Pavlova, Triffle & Talam

As-Salam.... salam sejahtera. Hari ni giliran 5 jenis tempahan yang ai nak update. Malas nak buat satu2 lagipun tempahan yang biasa2 aje. Kek Kastad chiffon, Apam Polkadot, Pavlova, Triffle dan Talam. Jom lah kita tengok gambo yang tak seberapa nih.


KKC dan Apam Polkadot ni order dari Pn. Ruby. Last minute order...petang kal pagi esok nak dah.... tp memang rezeki Ruby lah kebetulan ai lapang masa tuh. Lepas seminggu Ruby order lagi KKC tu... macam biasa jugak last minute. Jangan amalkan ya Ruby....kalu ai sibuk sorry..morry...lah nak amik order you... nehi,,nehi..... gigit jari lah you.


Talam Roti Coklat Strawberry order oleh Pn. Ruhaya. Cikgu Ruhaya ni jenuh pusing2 cari rumah ai. kesian cikgu... dia nak jugak kenal rumah ai sebab dia kata lain kali nak order, senang sikit terus datang rumah amik.



Talam Peanut Butter order oleh Cik Siti Nuur Ailmi untuk Tunangnya. Sayang nyer.... kat tunang dia kan... biru tuh... mesti tunang dia suke tambah2 lagi dah dekat nak ngundi nih hiks...hiks...hiks... sorry lah kalau tersalah kaler. Moga kena dengan rasa dan citarasa tunang Nuur Ailmi ya.


Pavlova ni ai buat masa pergi Melaka ari tu. Bawa buah tangan untuk cousin ai kat sana. Kebetulan ai pun ada kelas kat Seremban so lajak lah ke Melaka..... lepaking....shopping king.....jalan king....hehehehe....


Triffle ni jugak sama... buah tangan dan buah mulut ai untuk diaorang..... selamat menjamu selera. Sorry lah kalu ada yang terkurang tu.... pakai mana2 bahan yang available jer.....

Pada semua yang meng-order tu... Terima Kasih banyak2. Jangan segan-segan order lagi ya.

Wednesday, 20 February 2013

RV & Pavlova for 3A's Birthday



Assalamualaikum....... lamanyer tak update blog ya. Bukan tak menjengah langsung cuma tak update jer.... Kali ni ai nak tayang RV ngan Pavlova yang dibuat sempena 3a's punya birthdays. Mereka ni semua anak sepupu dan juga sepupu ai. Biasa lah kalau time birthday mesti diaorang akan tempah kek kat ai.... Family support lah katakan..... bagus...bagus... tak yah uolls bagi duit kat resepi rahsia lagi kan? hehehe....

Red Velvet with Hawaian Coconut Flake

3A's Birthday kali ni ialah AZYAN, AWIN N AZHAR. Anak sedara dan pak sedara..... RV ni 1st time ai salut ngan kelapa. Sebenarnya kelapa kaler putih ya anak-anak jangan keliru laks, ummi letak kaler merah sikit untuk mencantik kan lagi Kek anak-anak ya. Bukan apa haru nanti kalu dia mintak ngan mak dia kelapa kaler merah hehehee.... mana nk cari.

Pavlova size 8"

Ni laks Pavlova sz 8" yng penuh ngan buah. Memang kaya ngan buah lah yang ni sebab tuan dia sendiri yg beli buah hiks..hiks...hiks... best kan kalu ai dapat customer mcm ni. Tak mampu dah ai nak tabur buah lagi, kesian kat merinque tu tak tahan ngan ke-beratan buah2 tu.


Kan dah cakap memang banyak buah sampai kat kek pun ada buah gaks tapi tak banyak lah..... nanti RV bertukar jd kek Buah lak kan. Ai pun ada buat mini Pavlova untuk geder2 dan juga untuk Fareed. Fareed pun dah dua kali order mini pavlova ni. Mekasih ya Fareed bagi support untuk UmmiSarah Kitchen.  


Gambar ni ramai yang interprem ya. Tuan punya birthday 2 orang jer yang sorang lagi tak de kat sini cuma nama jer ada hahahaha..... kesian ko azyan.... mama ko ni memang.... saje nak sakitkan ati ko.

Apa-apa pun UmmisarahKitchen mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Lahir, Moga Sentiasa dalam Barakah Allah dan Mendapat Kesejahteraan, Kejayaan, Kegembiraan dunia dan akhirat" amin......

Monday, 17 December 2012

Mini Pavlova for Fareed

As-Salam semua yang sudi singgah di sini. Entri seringkas mungkin sebab dah tak de idea nk mengarang panjang2. Kali ni order dari orang yang tersayang untuk di beri pada orang yang di sayangi....... MINI PAVLOVA.......sangat sesuai.....


Tempahan dari Cik Naomi yang berada di K.L untuk diberikan pada tunangnya yang berada di Kerteh. Selamat menjamu selera untuk En. Fareed. Nanti boleh suruh tunang you order lagi untuk you yer....


Untuk pengetahuan semua, Pavlova 1/2 (half)  resepi = 12 pcs (Mini) tapi untuk akan datang ai dah tak ambil order untuk 1/2 resepi melainkan ada order yg sama dan pada masa yg sama juga. Makna nya uols mesti order 1 resepi (24 Pcs mini or 2 layer utk 8" bulat). Sesape yg nak 1/2 resepi blh kal ai dulu, kalau kebetulan ada customer lain nak kan 1/2 resepi jgak, so ai boleh combine kan. Harap maklum. Kalau tak paham sila kal ai ya.


Thursday, 29 November 2012

SELAMAT BERTEMU KEMBALI....

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua.....  pertama sekali ai aka ummisarahkitchen memohon berbanyak kemaafan kerana hampir dua bulan (agak2 jer) ai tak bersiaran disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan. So, bagi sesiapa yang selalu singgah kat sini tu ai ucapkan berbanyak terima kasih kerana masih lagi sudi menjenguk ai di sini...walaupun tak jenguk tuan...jenguk blog pun tak per....

Apa nak buat ya? ai buat edisi rojak lah yer.... iaitu edisi meng-update segala benda yang tak sempat nak masukkan kat blog ai ni dulu. So, segala tempahan yang biasa2 tu ai sumbat2 jer kat sini dan yang luar biasa tu ai akan update lain yer.... hehehe macamlah ada yg luarbiasa.


Mini Pavlova - Order dari Nadia n geng dan Juga Wixa

Mini Pavlova ni order dari Nadia bersama member2 opisnya dan juga Wixa (sorry kalau salah eja). Sebenarnya mereka berdua ni sepupu. Ai pun tak tahu pada mulanya tapi bila Wixa suruh nadia ambil sekali ordernya barulah ai tahu....sepupu rupenya. Tapi at last Wixa juga yang datang ambil sebab nadia sibuk. Apa2 pun terima kasih banyak2 dan maaf lah kalau ada yang terkurang di mana2 tu.

KKC order dari Kuantan (Kwn adik ipar) & KGH tu order dr Cgu SKKg Baru (Lupa Nama)

KKC ni di buat untuk abg ipar - kenduri doa selamat utk pergi Haji

Apam Polkadot 100 Pcs utk Cgu Noraini, Muffin tu sape punya... waaaa tulun.... sorry ya lupa nama sebab kadang2 ai tak record pun order dr siapa hehehe... yg ai ingat ni semua order dari Cikgu2 SK Kg. Baru Kerteh.

Muffin 100 Pcs untuk Apdah

Muffin order dari Cgu Noraini dan Kek Gula Hangus tu order dr Mak sedara ai untuk majlis bacaan Yassin


Order dari Pn. Kemala untuk kenduri doa selamat

KKC dan mini pavlova order dari Cgu Yus my regular customer dan Muffin tu repeat Order dari Apdah

Kakak ai punya... untuk makan2 sesapa yang datang menziarah suaminya yg balik dr menunaikan hj.

Kepada semua pelanggan2 tetap dan baru ai, ai mengucapkan berbanyak2 terima kasih kerana masih sudi membuat tempahan dari Ummisarahkitchen. Kalau ada terlebih atau terkurang tu harap maafkanlah ai ya.... kalau ada komen2 pun jangan segan silu bagitau ai ya. Mungkin komen dari anda semua boleh meningkatkan lagi prestasi UmmisarahKitchen. 

Ada satu pujian dari Cgu Yus.... "slm K. Ma. Tq for your lovely cake n delicious pavlova. really like it. sedap sgt!!"  Terima kasih banyak2..... ini lah yg membuat kan ai lagi bersemangat untuk memperbaiki diri dan skill ai nih.... so kalu you olls yg pernah order dan ada komen or nk komplen pun ai terima asalkan munasabah ya....  itu saja untuk hari ni....

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...