Friday 26 July 2013

Order dari Aishah dan Kenduri Tahlil

Assalamualaikum dan salam Nuzul Quran untuk semua muslimin dan muslimat walau dimana anda berada.... di harap berbahgia sempena cuti pada hari ni. Mungkin boleh masak lauk or kuih yang best2 untuk berbuka nanti. Hari ni ai nak update sikit blog ai yang dah bersawang ni maklumlah bulan2 posa ni banyak benor kerjanya. Baju raya belum siap jahit lagi..... biskut pun belum sentuh lagi..... haih...tak tahulah sempat atau tak.



Pavlova dan Talam Chendol ni  order dari Aishah yang duk kat Kemasik. Terima kasih Aishah.... sorry lah Talam chendol ni gambar atas jer ada yg tepi tak snap pun. Kalau uolls nak tengok leh tengok entry yg lepas.




Talam Suji dan Talam Sekoteng ni ai buat untuk Majlis Kenduri Tahlil bapa sedara ai yang lepas. Talam suji ni favorite ai memang best sangat2. Sekoteng ni tekstur dia kenyal2 gitu macam jelly kering yg kaler2 tu tapi sekoteng tak manis pun...


Kek Kastad Chiffon or Kek karamel... pun ai buat untuk kenduri Tahlil juga tapi sebijik yg kecil tu untuk mak2 buyung yang mengidam hehehe.... agak2 nanti anak-anak uolls ni akan jadi penggemar tegar kek2 USK tak? hahaha... masyuk...masyuk....

~ Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka ~

No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...