Showing posts with label 2 Tier Wedding Cake. Show all posts
Showing posts with label 2 Tier Wedding Cake. Show all posts

Sunday, 7 September 2014

2 Tier Wedding Cake Blue Theme

Assalamualaikum..... salam ahad pada semua. Syawal sudah menghilang.... yang pasti perjalanan mesti diteruskan jua..... moga berjumpa lagi kita Ramadhan dan Syawal tahun depan. Tapi ai punya post hari ni masih lagi bulan syawal punya order. Wedding cake untuk anak sedara sebelah hubby ai yang duk nun di kelantan. Majlis berlangsung pada 6 syawal yg lepas.

Blue Theme...menyibuk lah plok meja kek tu...hehe

Red Velvet (bawah) Snowy Peach (atas)



Jauh perjalanan kek ni... kek jer ai buat siap2 kat kerteh cream and deko semua ai buat kat kelate sana. Simple deko jer maklumlah tak banyak masa.... balik kg pun dah lewat.


Inilah dia pengantin muda.....hehehe.... Selamat Pengantin Baru semoga berbahgia selalu till jannah.

Monday, 19 May 2014

2 Tier Wedding Cake.... TQ Diana

Assalamualaikum.... salam isnin untuk semua. Moga ceria dan bahgia. Hari ni kita tengok Kek Kahwin untuk Diana baru2 ni. Tema Pink dan Purple. Deko ni Diana kata ikut suka hati akak.... Hehehe...


Kek Coklat Moist with Buttercream Filling + Blueberry Filling dan Buttercream Topping ngan bunga2 berkembang.

Atas - 7"


Bawah - 10"



 

Gambar pun tak de lah cantik mana. snap guna hp jer... so Thanks Diana ya kerna sudi tempah ngan USK untuk memeriahkan lagi majlis Diana.


Monday, 7 April 2014

2 Tier RV Wedding Cake Sponsored by USK

Assalamualaikum.... salam isnin untuk semua. Moga ceria dan bahgia selalu. Hari ni kita tengok Red Velvet untuk Majlis Perkahwinan adik ipar ai nun di Kota Bahru cuti sekolah yang lepas. Sponsored by USK sepenuhnya.... suka...suka...suka...

Pandangan dari atas.- Red Velvet with cream cheese filling & Frosting



Tingkat bawah... bunga2 nya sikit saje... guna BC yg sedia ada. Maklumlah jauh so barang2 yg di bawa balik pun terhad. 1st time ai balik kg dengan terlebih muatan hehehe.... sampai ke kaki pun tak boleh nak letak... dah penuh dengan barang.

Simple deko jer.... cuaca yang panas so ai deko pun ala2 kadar jer... tak nak kek duk kat luar lama2 nanti mencair lak kek pengantin nih.

Moga berbahgia hingga ke akhir hayat....


Thursday, 26 December 2013

Wedding Cake Pink & Purple Theme

Assalamualaikum..... bertemu lagi kita di sini ya. Macamana semua sihat tak? Harap2 semuanya dalam situasi yang mengembirakan...... apatah lagi sekarang mesti tengah sibuk2 buat persiapan untuk anak2 yang bakal ke sekolah nanti. Ai pun sibuk gak jahit baju kurung Miss 7 yang akan bersekolah nanti. Beg dan kasut dah beli... selagi tak beli selagi tu lah dia duk bising kat telinga ai nih. Tapi bila dah beli hari2 dia pakai kasut tu kat dalam rumah....hiks...hiks...hiks... mesti anak2 uols pun macam ni kan?


Kali ni entry untuk wedding cake 2 tier tema pink & purple. Tempahan dari Sue sempena perkahwinannya yang lepas. Sue suruh deko ikut suka hati ai jer.... yg penting ikut tema hehehe...


Sebenarnya Sue order untuk Hantaran sekali...so yg ada nama tu untuk hantaran. 





Coklat Moist Cake with Blueberry & Buttercream filling. Yang ni 8" untuk bahagian atas. Berat +-1.9kg
 
 Bahagian bawah 10" petak. Berat +- 3.4kg. 


Untuk Hantaran 9" berat +-2.2kg. Coklat Moist + Blueberry n buttercream filling and topping


Terima kasih Sue kerna memilih USK bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Sue.... USK mengucapkan Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga..... moga kekal until Jannah.


Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...