Assalamualaikum..... bertemu lagi kita di sini ya. Macamana semua sihat tak? Harap2 semuanya dalam situasi yang mengembirakan...... apatah lagi sekarang mesti tengah sibuk2 buat persiapan untuk anak2 yang bakal ke sekolah nanti. Ai pun sibuk gak jahit baju kurung Miss 7 yang akan bersekolah nanti. Beg dan kasut dah beli... selagi tak beli selagi tu lah dia duk bising kat telinga ai nih. Tapi bila dah beli hari2 dia pakai kasut tu kat dalam rumah....hiks...hiks...hiks... mesti anak2 uols pun macam ni kan?
Kali ni entry untuk wedding cake 2 tier tema pink & purple. Tempahan dari Sue sempena perkahwinannya yang lepas. Sue suruh deko ikut suka hati ai jer.... yg penting ikut tema hehehe...
Sebenarnya Sue order untuk Hantaran sekali...so yg ada nama tu untuk hantaran.
Coklat Moist Cake with Blueberry & Buttercream filling. Yang ni 8" untuk bahagian atas. Berat +-1.9kg
Bahagian bawah 10" petak. Berat +- 3.4kg.
Untuk Hantaran 9" berat +-2.2kg. Coklat Moist + Blueberry n buttercream filling and topping
Terima kasih Sue kerna memilih USK bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Sue.... USK mengucapkan Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga..... moga kekal until Jannah.
No comments:
Post a Comment