Monday, 2 December 2013

Snowy Peach & Talam..... Tq.

Assalamualaikum semua..... dah 2 disember kita.... dah masuk musim tengkujuh kat pantai timur ni. Sekarang pun hujan tak berhenti2.... nanti malam tengok berita mesti ramai yang kena pindah ni. Apa pun semoga anda semua selamat dan sentiasa berjaga2 pada yang tinggal di kawasan yang sentiasa di naiki air tu ya...

Snowy Peach Custard Cream Cake dan Talam Keladi ni adalah permintaan dari sepupu ai untuk meraikan harijadi anakanda nya yang terchenta. Kali ni ai ubah kaler sikit... kasi kuning terang tak macam biasa pucat jer.... bagi meriah hahaha....


Ini pun last minit oder.... ai tak kisah pun kalau semua bahan cukup dan kebetulan tak sibuk sangat dengan oder2 yang lain. Boleh lah celah2 kan...

Snowy Peach standard size 9" - RM70.00


Tak boleh nak deko lebih2 sebab banyak buah kat atas tu..... sebenarnya kek ni memang simple jer deko nya tapi kadang2 ai letak banyak buah untuk memeriahkan lagi rasanya. Kalau ada permintaan nak letak stoberi pun ai tambah jer.... tapi harga nya pun bertambahlah jugak....

Talam Roti Coklat Strawberi - RM35  dan Talam Chendol RM25

Edisi menyelit ya hehehe..... Talam roti coklat stoberi dan Talam Chendol ni tempahan dari Cikgu Aidah dari Sekolah Men Keb Kerteh untuk dibawa balik ke Kota Bahru sempena majlis Tahlil (kalu tak silap ai). Terima kasih banyak2 atas order anda semua.


No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...