Thursday 8 May 2014

Tempahan Pelbagai Majlis

Assalamualaikum..... lama dah tak bersiaran... hampir sebulan kan? Apa khabar anda yang masih setia singgah di sini.... harap2 anda semua sihat dan ceria bersama keluarga. Kali ni ai update untuk banyak acara aka majlis sebab satu order satu majlis.......so kita gabungkan sekali ya.



Muffin Coklat Pisang sepatutnya tapi disebabkan last minute order tak dapat cari pisang so tak letak pisang pun. Order ni dari kawan ayah ai untuk majlis akad nikah sedaranya di kemaman. 


Talam keladi 2 bekas order dari regular customer ai Suhaila..... yang ni khas untuk makan2 kat office nya. Tq Suhaila...


Talam Keladi order dari regular customer ai jugak Kak Ma..... untuk majlis cukur jambul anak sedaranya. Satu lagi order dari Fatimi untuk majlis tunang adiknya tapi telah di bawa lari awal2 pagi hehehehe..... tak sempat posing lah talam nya....


Triffle yang marbeles hiks...hiks...hiks... order dari Diana untuk hantaran kahwin kedua2 belah pihak dan juga order dari Fatimi jugak.... (tak de dlm gambo dah bawak lari)


Kek Pisang marbeles.... ai buat ni untuk majlis bacaan yassin sempena Naik rumah baru sepupu ai kat Melaka nun..... 


Yang ni buat ngap...ngap... otw ke Melaka hehehhe..... 

Terima kasih pada semua yang berurusan ngan USK. Moga berpuas hati dan boleh order lagi ya...


No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...