Sunday 15 September 2013

Red Velvet Padang Bola dan ......

Assalamualaikum.... lama tak bersiaran ya. Sorry lah.... sibuk sikit jer campur ngan raya, kahwin dan pelbagai majlis lagi. Hari ni ai update untuk order sebelum raya dan hari raya open house mengikut giliran lah ya. In Sya Allah lepas ni ai sambung update gambar order2 dari customer ai yang berlambak nih.

Red Velvet deko padang bola. Yang ni adik ai kat Kota Bahru yang order. Jauh perjalanan ni... kebetulan ai balik kampung so bolehlah buat untuk dia.
 
Dia memang nak kosong macam ni jer... tak nak rumput2 bagai macam padang bola biasa tu.... just letak rumput2 plastik untuk hiasan.


 Puding Roti Apple sebelum bakar
Dah siap bakar. Puding roti ni buat masa ramadhan hari tu...hehehe.... lama benor dah ya. Tapi puding roti ni memang best sangat.... ada apple hijau, kismis, gajus.....dan suka hati uolls lah nak letak apa pun. Ada yang nak resepi ker???

Kek coklat moist buat untuk hari raya lepas... bawa balik kampung. Tak sempat nak buat kek or biskut2 lain. Ai cuma buat chocolate chips cookies jer.

Order dari Cik Wanie yang duk Kota bahru sana.... 7 biji Kek Butter Rainbow dan 3 biji Kek Oren. Wanie cakap untuk dibahagi2 kan pada saudara mara dia sempena hari raya.... best kan.

Red Velvet Cuppies untuk makan2 sempena hari raya..... ntah hari raya yg keberapa ai buat ni....lupa dah.

Enjoy yourself.....nanti ai update lagi gambar2 sempena open house n BBQ sempena raya....bye...bye..


No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...