Tuesday 9 October 2012

RESEPI : PUDING CENDOL

Assalamualaikum........ udah lama kiranya ai tak meng-update blog ai ni ya!. Bukan apa.... selalu aja ujan sama guruh dan petir (versi indo lah pulak) hehehe.... itulah pasal akhir2 ni selalu hujan kan? setakat hujan tu ok lagi tapi di ikuti oleh guruh dan petir tu lah yang membuat kan ai pun tak buka tenet ni. Takut jugak nanti meletop lagi modem ai tu.... pitis...pitis....


Kali ni kita tengok resepi laks ya. Dah lama tak letak resepi kat sini. Sebenarnya puding cendol ni dah lama buat tapi biasalah...... edisi terperap....huhuhu... Resepi ni ai ambil kat blog Kak Nor. Ai suka cuba resepi dari kak nor ni sebab memang sedap dan sesuai ngan anak tekak ai nih. Mintak izin kongsi kat sini ya Kak Nor. Jom Layannnnnn..... siap ngan tip2 dari Kak Nor lagi....

PUDING CENDOL

resipi :Ogy@Tuntung15
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Posted : UmmisarahKitchen



Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
segenggam sagu - rendam sekejap & toskan (Ummi Tambah)



Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah ~ k.nor guna campuran nisan dan gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam


Cara-cara membuatnya

Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan sagu dan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocok kuning telur didalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

## selalunya bila K.Nor buat puding ni, utk bahagian lapisan atas tu K.Nor akan tambah air sebanyak 100ml lagi sbb teksture asal tu agak keras sket bg K.Nor. K.Nor lebih suka teksture puding yg lebih lembut sket. Terpulang pada masing2 ya..

## utk lapisan bawah K.Nor hanya guna 1 cawan gula atau lebih kurang 12 sudu besar. Sbb K.Nor kurang suka manis2 sgt dan utk lapisan atas tu mmg kena rasa sendiri la kalau nk buat sbb jenis2 gula merah ni berbeza. Jadi tak leh nk bg tau sukatan yg tepat.


Sebenarnya cendol tu dah tak larat terperuk kat dalam esbok. Pk punya pk... maka terjadilah puding cendol ni. Di sebabkan cendol ni sikit so ai pun campurlah ngan sagu... hehehe ngelat ah tu. Miss 16 bawak gi asrama apa lagi ngap jer lah member2 dia. Tak kisah lah sedap ker tak sedap ker... janji perut kenyang....

~Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera~


No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...