Saturday 4 February 2012

Kek Marble Trio


Assalamualaikum.... Salam Maulidur Rasul.... semuanya dengan mood bercuti, ada yang jalan2 cari makan, ada yang balik kg dan semuanya penuh dengan agenda masing2. Apapun.... ai mengucapkan selamat bercuti kepada yang sedang bercuti moga anda semua berada di dalam situasi yang menceriakan bersama keluarga anda. 

Samalah juga ngan ai.... esok akan merantau mencari dan menambah ilmu pengetahuan nun di utara. Doakan kami selamat dalam perjalanan pergi dan balik. So ai akan bercuti dari berblog (macam lah ramai peminat... hehehe) selama tiga hari dan mungkin juga lebih. Dan nantikan produk2 baru dari Ummisarahkitchen untuk tatapan dan juga tempahan anda semua. Tunggu....... banyak produk yang akan muncul nanti.....   

Berbalik pada entri hari ni, Kek Marble Trio yang sungguh sedap, lembut dan lembap.... 1st time ai mencuba buat kek ni dan hasilnya sungguh memuaskan hati ai. Pssstttt... dah ada yang booked selepas rasa kek ai ari ni..hahaha... Terima kasih pada CMG yang femes tu.... ai suka tengok hasil CMG ni... marbeles....


KEK MARBLE TRIO
Sumber : UmmisarahKitchen

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin
20 gram air
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Sedikit pewarna makanan ungu-violet
1 camca teh coklat emulco
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
  2. Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
  4. Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
  5. Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
  6. Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua....
 
Ai tak letak pun coklat emulco sebab mak ai tak suka segala jenis coklat ni... kalau ai letak nanti kesian lak kat mak ai tak leh rasa lah ai punya kek kan? ai pun tak letak badam cincang tu tak de stok... ai guna apa yang ada kat pantry ai jer.... So, sesapa yang rasa berminat nak mencuba tu sila2kan lah. Jangan malu-malu... jangan segan-segan.... sendiri buat sendiri makan hik..hik... 

No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...