Assalamualaikum.... update edisi campur aduk ya. Bukan apa.... order yang sama berulang2 lak tu so ai rasa biarlah ai letak gambar sekali skala jer kalu tak nanti boring tengok kuih or kek yang sama jer ya tak?
Red Velvet with cream cheese frosting = RM13 / Bks
Red Velvet versi ekonomi. Ini order dari sepupu dan customer ai juga. Banyak kali dah ai buat yang versi ekonomi ni. Alhamdullilah sambutan nya boleh tahan lah. Kadang2 lebih senang nak makan versi yang macam ni. Bagus jugak bagi yang baru nak mencuba macam mana rasa red velvet ni.
Cheese leleh = RM10 / bks
Yang Atas tu adalah Cheese leleh aka Lava cheese aka cheese melimpah pun ada gak yang bagi nama utk kek ni. Memang malatops cheese leleh ni sampai kadang2 tu tak sempat nak buat. Ada yang siap tempah awal.... kalau ai buat terus masuk nama dia hehehee...... Sebenarnya cheese ni ada bermacam2 perisa tapi setakat ni ai buat perisa vanilla dan pandan jer. Tak sempat nak ejas perisa lain sibuk sangat.
Talam Jangung dan Talam Chendol = 10 x 10 in
Talam ni pun baaaanyaaak sangat permintaannya sampai kadang2 ai terpaksa tolak sebab kesuntukkan masa. Pada sesapa yang ai pernah tolak permintaan uolls tu ai mintak maaf banyak2 lah. Itu memang ai betul2 tak boleh buat tu. Talam yang paling melatops ialah Talam Keladi.... memang ramai sangat peminat Talam ni. Keladi pun sampai mencecah rm9 sekg. Adeesss sakit kepala mak...
Untuk Talam ni boleh mintak nak potong berapa keping yang dikehendaki. Ukuran Talam 10 x 10in dan boleh potong 81 pcs, 72 pcs, 64 pcs, 45 pcs, 40 pcs, 25 pcs..... tak nak potong terus pun tak per..... lagi ai suke hehehe.... Harga semua talam ni tengok entry sebelum ni ai dah bubuh harga siap2. Yang atas tu order dari cikgu Linda - Talam Chedol n Jagung, Cikgu laili - Talam Chendol, Kak Ma - Talam Keladi itu jer yg ai ingat...yg ai tak ingat tu sorry lah ya tapi terima kasih banyak2.
KGH aka Kek Gula Hangus or kek sarang lebah or kek span (utk ore kelate). Memang lama dah tak buat kek ni. Ini pun adik ai yang mintak untuk jamu bidan yang datang untuk buat "pelepas" lepas bersalin. Orang Terengganu panggil pelepas kalu dah abis pantang 44 hari tu.... negeri lain ai tak tahu la.... Yang ni versi gedabak hehehe.... memang ai buat besar dari biasa.
Kek Pisang versi suka hati ai jer.... tiba2 terasa nak makan kek pisang so beli pisang terus godek2 kat dapur... masuk oven siap..... hehehe.... gambar ni memang "Hot from Oven" lah ai ckp u..... saje nak kasi terliur adik2 ai yang jauh2 tu.... disebabkan banyak sangat so ai bagi jer kat adik ai dan mana2 yang berdekatan ngan ai. Hantar kat sekolah Miss 7 kebetulan adik ai mengajar kat situ. Terus dapat order dari Cikgu2......Mekasih. Itulah dinamakan rezeki untuk 2 belah pihak ya tak?
No comments:
Post a Comment