Thursday, 20 February 2014

Coklat dan Kek Fondant Hantaran - TQ Yus

Assalamualaikum..... bersua lagi kita ari ni..... macam rajin jer sari dua ni update blog kan? hehehe....jangan tertipu.... sebenarnya ai dah schedule awal2 bukan apa... time free ni jer ai boleh update banyak2 sekaligus tapi akan publish ikut date yang ai pilih..... so senang kan?


Hari ni semangat sikit tengok blog sendiri sebab update tempahan yang jarang2 dah sekarang orang mintak. Tapi ari tu sekali lupa nak snap gambar so tak leh tempek kat sini le jawapnya. Tapi yang ni dah tak lupa.... ni order dari cikgu Yus untuk hantaran kahwin adiknya yang berlangsung di kota bahru cuti CNY baru2 ni.


Yus nak tema yang sama dengan yang dia pernah order untuk adiknya dulu.... senang cerita nak buat kan. Coklat Hantaran or gift set 35 Pcs = RM45.00 sahaja.


Fondant kek ni pun untuk hantaran jugak. Size 7in sebab nak sesuaikan dengan dulang hantaran so tak boleh buat besar2. Hampir lupa sebenarnya dengan kek ni... nasib baik call tuan dia tanya bila nak ambil. Sekali Yus cakap nak ambil petang hari yang sama terus ai terduduk sebab waktu tu dah pukul 12 tgh ari. Punya lah gabra terus cepat2 uli fondant dan kerah Miss 18 buat apa2 yang patut untuk siapkan kek ni.

Fondant Kek 7" - Kek Coklat Moist = RM120.00

Fuuhhh..... lega rasanya bila dapat siapkan pada waktunya. Tunggu Yus datang ambil  tapi lambat so ai terpaksa pesan jer kat miss 18 sebab terpaksa berkejar ke rumah mak sedara ai untuk siapkan gubahan hantaran sepupu ai..... waaaaaa...... penat...


Harap Yus berpuas hati dengan Kek ni. Sorry ai tak boleh order kaler bunga Maroon purple seperti yang yus mintak sebab tokey bunga pergi umrah. Ai beli jer mana2 bunga yang ada iras2 color tu.... Terima kasih sekali lagi pada Yus yang selalu berurusan ngan USK...


No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...