Tuesday 22 October 2013

Talam....Talam....nyum....nyum...

Assalamualaikum..... maaf sangat2 sebab dah lama tak update blog ai ni. Sibuk sangat pun tak jugak, malas sangat pun tak jugak....hehehe.... tapi tak update2 jugak...sabo je lah kan. Malam ni ai nak update Talam yang bersepah2 gambar nya dalam gallery ai ni. Dah tak ingat sape yang order...so kalau tertinggal name uolls yang pernah order ngan ai ni mintak maaf lah yer...Peace !!!



Semua kenal Talam ni kan? memang meletop dalam banyak2 talam yang ai ada....Talam Keladi. Boleh dikatakan Talam ni bermusim jugak ya.... bila ada jer yang order nanti berturut2 lah yang lain order... macam tahu2 jer....hehehe. Talam Keladi ni untuk Rose 2 loyang, Kak Zan 1, Kawan kak Zan 1 (lupe nama), Murni 1, Cikgu Rush 1. Kalau ada yang ai tak sebut nama nya tu sorry lah ya. Memang betul2 lupa sebab lama tak update.


Talam Keladi, Talam Chendol dan Talam Roti Coklat strawberry untuk cikgu Linda sempena majlis sambutan hari raya kat sekolah nya. Terima kasih ya cikgu2.


Dua tiga hari lepas tu cikgu Linda repeat order lagi sebab ada cikgu yang tak sempat merasa sebelum tu. Kali ni Talam Roti Coklat strawberry dan Talam Sekoteng. Harap cikgu puashati dengan air tangan USK ni ya.


Yang ni laks untuk Cikgu Fauziah....nampak nya customer ai ni memang ramai cikgu kan? apa pun terima kasih kerna support USK. Talam Chendol, Talam Keladi dan Talam Jagung untuk makan2 bersma keluarga. Mekasih cikgu....

Close up - Talam Jagung. Nampak lah kaler kuning kat bawah tu kan?

Close up - Talam Chendol.

Macam ni lah rupa pakaging USK untuk Talam. Boleh di potong 81 pcs, 64 pcs, 2" x 1", 2" x 2" dan tak nak potong pun tak apa. Pada Semua yang berurusan ngan USK ni ai ucapkan berbanyak terima kasih. Moga kita dapat berurusan lagi di lain masa.

No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...