Friday, 7 September 2012

COKLAT DOORGIFT AND LOLLICHOC

As Salam dan salam jumaat untuk semua...... ceriakah anda pada petang ni? Harapan USK agar anda semua ceria2 dan gembira selalu. Masih ada open house untuk di penuhi undangannya? selamat menjamu selera ai ucapkan.... jangan makan banyak2 ya.... beringat-ingatlah pada yang kesihatannya kurang memuaskan tu.... makan banyak penyakit pun banyak nanti.... hehehe...


Kali ni entry ai lari sikit dari tema hari raya. Coklat doorgift ini untuk perkahwinan adik ipar pada sepupu ai. Doorgift untuk majlis sambut menantu sebanyak 200 kotak @ 4 pcs per box. di samping coklat doorgift ni Yati juga order coklat Lollichoc untuk di bahagi-bahagikan pada kanak2 ribena.....hiks...hiks...

200 boxes @ 4 pcs/box


Hah..... ini dia rupa lollichoc yg telah di conteng2 oleh ai dan beberapa assistant ai. Macam-macam ada.... rupa dan bentuk, kaler maler.... suka hati jer. Suka dan penat jugak lah nak siapkan 100 pcs tuh. Penat melayang budak2 cilik yang menjadi assitant pada petang tu. Apa nak buat layaaannnnn........


Inilah dia assistant2 ai..... sorang duk masukkan coklat dalam paperliner. Esah tolong tutup kotak yang dah siap di isi coklat. Kerja senang tapi mulut pot...pet...pot.. pet ngan miss 5 yg tengah tayang coklat tu. sambil susun kotak sambil ngap lollichoc sambil gaduh lepas tu puas2 gaduh ambik kamera posing2 laks...ish....ishh...isshhh... poning den. Yang sorang tu duk intai2 coklat dia.... nape mek weh... coklat hang tak menjadi ker... or tersalah conteng? bunga dah jadi kaler hijau, daun jadi kaler pink... hahahaha......

100 pcs Lollichoc

Monday, 3 September 2012

PUDING TRIFFLE - EDISI TERKUMPUL

As Salam semua.... doaku moga anda semua sihat walafiat di samping tugas harian dan family terchenta.... ai? macam biasa lah..... pagi pergi kerja...petang balik ..... lepas tu kalau ada order buat jer..... hahaha. Edisi terkumpul lagi tapi kali ni untuk Puding Triffle laks. Untuk tidak membuang masa anda membaca bebelan ai dengan panjang lebar lagi..... kite tatap jer lah gambar2 yang tak berapa nak comel ni. Sorry lah kalu ia meng-terliurkan uolls ya. Kalau yang duk dekat2 ai tu bolehlah oder ya tak? tapi kalau yang duk jauh2 tu silalah buat sendiri ya. Resepi pun dah pernah ai siarkan kat blog ai ni. Selamat Mencuba...

 Lepas pipe fresh cream

 Tabur kacang cincang dan Strawberry cincang


Semua Triffle tu ai buat semasa bulan puasa ari tu untuk Miss 16 bawak ke asrama berbuka puasa ngan member2 dia. Itulah kerja ai tiap2 ari sabtu.... sibuk siapkan bekal dia. Bukan sikit2 dia bawak, yang atas sekali tu satu bekas lepas tu yang dalam tupperware tu pun dia bawak juga dalam 6 bekas kalau tak silap ai. Haihs..... kenduri sakan lah dia...... tapi bagus jugak kan bulan baik ni buat amal sikit hehehe..... maklumlah kadang2 member yang jauh tak balik ke rumah tapi Miss 16 ni tiap2 minggu suh ai gi ambil dia kat hostel tuh.

 Sebelum letak fresh cream

Selepas letak fresh cream dan di taburi badam panggang.....mmmmnnnnn yummies...

Yang ni laks ai buat untuk majlis pertunangan adik ai pada raya ke 5 lepas. Kata orang 'Pencuci Mulut' lah konon.... hehehehe (cuci mulut ngan air lah kan? penat2 ai buat.... ngap jer lah lagi seedaapp). Tapi kan wa cakap lu....(rock ckit)  Triffle ni memang sedap bila letak fresh cream dan badam panggang tu... marbelessss. Kruk...kruk... kunyah badam tu....sambil mulut pun berkata2.... mmnnnmmmm.......mmnnnnmmm... wakakaka.....



Triffle ni lak untuk Jamuan Raya Miss 5 - yg bekas petak besar dan untuk my darling hubby bawak ke office ber jamuan bersama member2 nya. Mencabar jugak ya kalau dah banyak macam ni. Bekas petak tu boleh tahan besar juga. Ukuran bawah tu 4.5" dan ukuran atas 5" sebanyak 20 pcs. Leceh sikit lah nak buat nya satu-satu nak kena letak kek lepas tu basahkan kek ngan air buah koktel tu, masukkan kastad lepas tu tabur buah koktel lak, curah ngan jelly. sejukkan. 

Lepas tu pagi2 ai pipe fresh cream dan tabur badam, tutup dan  simpan dalam peti ais sebelum hubby datang ambil kul 10 pagi. Sekarang uolls dah tahu kan susah senang nak buat Triffle ni..... so, kalau harganya mahal jangan lah uolls complaint plok..... itu lah yang sebenarnya nak cakap....hahahaha. Setengah2 orang jual tak de letak fresh cream bagai kan? harga pun kureng lah jugak... jangan tak tahu U...

Siap ngan sudu.....senang nak makan nanti.

Friday, 31 August 2012

EDISI MACAM-MACAM ADA......

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke 55 tahun. Alhamdulillah..... syukur pada Tuhan dengan Keamanan dan kesejahteraan yang telah dikurniakan pada Malaysia berbanding negara2 lain yg sedang bergolak itu.....

Berbalik pada tajuk entri ai pada kali ni... macam tagline astro laks ya.... Edisi macam-macam ada sebab ai terpaksa meng-update-kan segala tempahan memandangkan dah lama gambar2 ni semua berebut-rebut untuk masuk blog nih...hiks...hiks..... itu lah padahnya kalau tak de masa nak mengadap lappy ni sebab sibuk duk beraya dan sepanjang puasa sibuk jugak menyiapkan baju kurung ai dan anak2 ai. Sib baik baju melayu my hubby tak suh jahit... kalu tak fengsan akak.....hehehe

Panjang lah plok membebel. Ok lah ai tayangkan lah gambo2 nya ya. Kalau ada yang tertinggal tu maafkanlah ai ya. lupa lah tu....

100 pcs Apam Ladybird Order dari Cikgu Adila - Kijal 

Lupa nama Cikgu ni (Sorry ya) 100 pcs Muffin Coklat Pisang di hantar ke Marang menerusi adik iparku.

50 pcs Muffin coklat Pisang & 50 pcs Apam Ladybird di minta oleh Cikgu Fatimi

50 pcs Apam Ladybird & 50 Pcs Polkadot di tempah oleh Kak Ani untuk di bawa balik ke Utara sana.

Kek Sarang Lebah - 2 pcs untuk Suriani di K.L dan Marble Kek untuk Puan Puteh di Melaka dan dibawa oleh Cik Mira ke sana.

1 Pc 10" Kek Kastad Chiffon order dari Pn. Hazaliza Kerteh dan kek yg sama juga untuk adik ai bawak balik ke Kota Baru. (tak de gambo nya)

Itulah saja setakat ini.... kalau ada yang terlupa tu almaklumlah kan..... Terima kasih semua di atas sokongan anda pada UmmiSarah Kitchen. Harapan USK agar anda semua berpuashati dan tidak serik untuk order lagi. Belilah Homemade Produk.....huahahaha.


Tuesday, 28 August 2012

KEK KASTAD CHIFFON - Colourfull di mana-mana ....

Assalamualaikum...... dan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yang singgah di sini. Macam mana dengan raya anda.... harap2 semuanya berjalan lancar.... selamat ... ceria dan gembira. Sudah lama ai tak update blog ai ni maklumlah sibuk ngan persiapan menyambut aidilfitri.... macam uolls lah jugak kan? Banyak resepi dan gambar2 yang tertangguh tapi tak per nanti ai masuk kan sikit2 ya.

Kenapa colourfull di mana-mana ya?.... mata ai ni pun dah nampak rainbow jer sepanjang puasa dan hari raya lepas. Sib baik tengok orang tak belang2 macam rainbow kan... kalu tak naya jer. Kek yang kat atas tu sepupu ai yang duk kat Melaka tu suh buat untuk di beri pada anak sedara dia kat sini... surprise lah konon...hehehee..... tapi surprise memang menjadi.

Yang ni laks 10" petak untuk majlis berbuka puasa adik beradik ai (itupun bukan semua ada) tapi kek ni disapu bersih sekali hadap jer.... melantak namanya kan? haihs.....

Yang ni the making of...... Miss 5 yang snap time ni..... sibuk jer dia org nak amik gambo dia pun nak jugak.



 Banyak lah juga kena buat kek ni..... 10" untuk pagi raya... tapi sama jer lah gambo nya.

Yang ni lak untuk majlis pertunangan adik ai.... sebenarnya 4 biji tapi yang sebiji 10" tu dah abis di ngap oleh manusia2 yang tak tahan melihat nya.... tapi tak per ai bagi jer dia orang makan puas2 sampai naik muak.....hehehee so tinggal lah 3 biji....sib baik cukup untuk majlis tunang tu..

Untuk Tempahan : 10" petak - RM50.00 dan 9" bulat RM35.00



Wednesday, 8 August 2012

TART vs PAVLOVA

As Salam semua.....tentu hari ini hari yang meletihkan untuk anda ya. Ada jugak hari yang mengembirakan, menyedihkan dan bermacam2 hari lagi.... hehehehe..... saje jer tak der kerja lah ni. Tapi ada juga yang sedang membilang hari untuk beraya..... tunang....kahwin pun ada kan? Apa pun di harap semuanya dapat menempuhi hari masing2 dengan kegembiraan dan kesyukuran PadaNya. 

Kita tengok Tart vs Pavlova untuk hari ini. Entah kenapa lah ada vs tu kan. Ini lah akibatnya sebab banyak sangat entri tertunggak yang tak dapat di update ke blog ni mengikut masanya. so, banyaklah gambar2 yang tersadai menunggu masa untuk di update dan jadilah versi campur baur ni. Apa pun layan jer pada sape2 yang sudi melayan nya dan ai ucapkan thank you VVM.


Tart Strawberry Cheese

 Tart Telur

Tart Buah

Tart tu semua untuk sepupu ai nak bawa balik ke Melaka. Strawberry Cheese Tart, Egg Tart and Fruit Tart tapi yang fruit tart tu dia nak letak buah kat sana so ai letak filling jer dulu. Entah macam mana rupa lah dia letak buah ya. Alah... makan sendiri ada sape kisah ker.... suka hati nak letak buah apa dan banyak mana pun kan?


Yang ni laks Tart untuk anak ai Miss 16 sambut birthday dia. Ai bawa jer gi hostel dia untuk dijamu pada member2 dia. Suka lah tu....

Pavlova pun ada untuk birthday Miss 16. Pavlova ni ai deko kat bawah pokok kat asrama dia jer. Tak sempat nak buat kat rumah banyak sangat yang perlu di siapkan.... Kek Russian Black n White, Mee goreng, Tart lagi dan kesudahan nya pipe cream n deko buah kat bawah pokok lah jawab nya hehehe....
Bawah pokok pun tak kisah lah..... menjadi jugak kan..
 

 Yang ni untuk Hubby ai punya kawan



Kat atas tu tempahan dari Diana & Nadia (ai pun tak pasti sebab yg order nama lain tapi yg call nak dtg amik nama lain lak) sorry lah ya kalau ai tersilap. dia orang nak 16 pcs Pavlova size kecik2 gini. Kebanyakkan semua suka yang kecik sebab senang nak bahagi2kan dan ngap kan? dapat sorang satu tak der lah berebut2 ya tak..... apa2 pun terima kasih order ngan UmmiSarahKitchen. Harap berpuashati dan Selamat Berbuka.

Yang ni laks untuk pembaca dan peng-lihat2 di luar sana hehehee..... kalau terliur dan berminat untuk mendapatkan nya dan merasa nya sila gatalkan jari2 anda meng-sms atau meng-kal ai ya.... rasa creamnya yang lemak manis ditambah pula rasa buah2 yg masam-manis itu membuatkan ayaq liur meleleh2 jer....hahahaa....jangan marah noi....

Sunday, 5 August 2012

RUSSIAN BLACK & WHITE UNTUK BIRTHDAY 7 ORANG BULAN 7.

As-Salam..... hari ni dah 16 Ramadhan so esok hari Nuzul Quran....Selamat Bercuti bagi negeri2 yang terlibat. Apa nak buat bila dah dapat cuti umum ni ya.... ada yang ambil peluang menyiapkan baju raya... buat biskut raya....dan macam2 lagi untuk menyambut raya nanti kan? Apa-apa pun moga apa yang anda lakukan dapat disiapkan tepat pada waktunya.


Faham ke ngan tajuk entri ai ari ni? Sebenarnya pada bulan Julai yang lalu, ramai dikalangan Family ai yang lahir pada bulan ni. 7 orang semuanya.... anak sedara 3 orang, adik pun 3 orang dan anak ai si Miss 16 tu pun jatuh pada bulan 7 jugak. So, kek ni khas ai buat untuk dia tapi terlewat sikit lah disebabkan oleh masalah2 yang tidak dapat dielakkan.


Kali ni ai buat kek Russian Black & White khas untuk dia. Senggih memanjang jer bila ai gi hantar kat hostel dia. Kalau tak muncung jer bila tak buat kek birthday dia. Haihs...macam budak kecik.

Hah... itulah sebabnya "Belated Birthday" kat kek dia tu sebab 2 minggu selepas tarikh birthday dia barulah ai ada masa nak buat kek nih. Janji buat ya tak?

Miss 5 tumpang sekaki... itulah dia Miss 5... tiap kali orang sambut birthday setiap kali tu jugak dia menyibuk nak potong kek.... ganggu betul. Potong kek kat bawah pokok jer..... kat hostel dia..

Ai ada jugak buat Mee goreng, Tart dan jugak Pavlova untuk dia celebrate ngan kawan2 dia. Gambar Tart dan Pavlova nanti ai cerita kat lain entri ya. Gambar atas sebelah kiri tu..... Miss 5 dan anak sedara ai duk ngadap saki baki coklat yang ai curahkan kat atas kek tu. Suka hati dapat kenduri Coklat.

Yang ni lak ai buat untuk yang lain2 punya birthday. So sape2 yang ada sahaja yang dapat merasa kek ni. Pada yang duk jauh tu.... nasib lah tak der rezeki uolls.... Alang2 buat untuk Miss 16, ai pun buat lebih lah untuk semua yang menyambut Birthday pada bulan 7. Layan lah gambo2 ai ni ya. Bagi yang nak berminat nak order boleh tengok label disebelah kanan tu. Semua detail kat situ ya.



Kan dah kata..... semua birthday orang dia pun nak interprem jgak.... itulah Miss 5.... janji ada PEACE..... hehehe....

Saturday, 4 August 2012

ORDER FROM K.L...... TQ FATIMAH

Assalamualaikum..... sekarang dah pertengahan Ramadhan macam mana dengan puasa anda sekalian.... tapi kan orang dah tak berapa nak heran dah pasal puasa kan? dah tak terasa sangat dengan lapar dan dahaga sebab happy untuk sambut adilfitri.... betul tak?  Macam ai ler... sekarang kesibukan melanda untuk menyiapkan baju raya anak2 dan juga ummi dia (ai ler....) tapi kan nanti ada jer org yang keneng2 suh jahit baju customer dia jugak sebab tak dang nak jahit takut nanti customer dia beraya ngan kain batik laks....hehehe.... itulah kakak ai... time raya memang macam tu lah dia, kadang2 sampai malam raya pun masih menjahit ...haihs.


Ok, kita tutup jap bab raya ya.... nanti makin tak sabo lak nak beraya. Order kali ni datangnya dari Fatimah nun di K.L untuk majlis pertunangan adik nya. Fatimah order coklat untuk digubah menjadi coklat Basket Bouquet. Tema Pink dan Putih tapi kertas yang ai buat tu tak de lak kaler putih.... so ai guna kaler kelabu sikit. Kadang2 susah nak cari kaler yang bersesuaian dengan tema. Ada juga kertas tu sendiri pun susah nak cari pure putih.... mesti kelabu2 juga sikit. Apa2 pun harap2 fatimah berpuashati dengan hasil kerja tangan ai ni.


Fatimah juga order Coklat Gift Set untuk di buat sebagai hantaran. Siap tulis Selamat Bertunang kat atas coklat tu tapi sikit comot lak tulisan tu. Bermain ngan coklat ni memang macam ni lah... adakala cantik jer...kadang2 buat hal jugak. Ai buat simple jer tak de celoreng2 bagai kat atas coklat tu sebab ai takut bila post nanti coklat tu mencair so comot lah nanti kan? Post ni bukan leh percaya sangat kadang2 tunggang terbalik nanti kotak kita dikerjakan... rosak lah coklat ai...huhuhu...




Coklat gift set yang dah siap diikat Riben dan bila sampai kat tuan dia nanti.... sila ikut instruction yang telah ai tulis siap2 bersama-sama coklat tu....hehehe....nak tahu apa instruction nya? order lah dulu...hahahaha...baik punya. Menjadi ke tidak ntah lah...tuan nya tak der lak bagitahu ai. Harap2 semuanya ok ya Fatimah.
 



Inilah rupa Foam Box packing untuk semua coklat yang akan di post menggunakan courier services. Kalau by hand tu tak der lah ai nak pack macam ni... but depend pada berapa banyak order dan jenis coklat jugak lah dan juga majlis masing-masing.  


So, thank you VVM pada Fatimah yang sudi order ngan UmmisarahKitchen. Harapan agar kita boleh berurusan lagi untuk masa akan datang.

 



Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...