Sunday 5 August 2012

RUSSIAN BLACK & WHITE UNTUK BIRTHDAY 7 ORANG BULAN 7.

As-Salam..... hari ni dah 16 Ramadhan so esok hari Nuzul Quran....Selamat Bercuti bagi negeri2 yang terlibat. Apa nak buat bila dah dapat cuti umum ni ya.... ada yang ambil peluang menyiapkan baju raya... buat biskut raya....dan macam2 lagi untuk menyambut raya nanti kan? Apa-apa pun moga apa yang anda lakukan dapat disiapkan tepat pada waktunya.


Faham ke ngan tajuk entri ai ari ni? Sebenarnya pada bulan Julai yang lalu, ramai dikalangan Family ai yang lahir pada bulan ni. 7 orang semuanya.... anak sedara 3 orang, adik pun 3 orang dan anak ai si Miss 16 tu pun jatuh pada bulan 7 jugak. So, kek ni khas ai buat untuk dia tapi terlewat sikit lah disebabkan oleh masalah2 yang tidak dapat dielakkan.


Kali ni ai buat kek Russian Black & White khas untuk dia. Senggih memanjang jer bila ai gi hantar kat hostel dia. Kalau tak muncung jer bila tak buat kek birthday dia. Haihs...macam budak kecik.

Hah... itulah sebabnya "Belated Birthday" kat kek dia tu sebab 2 minggu selepas tarikh birthday dia barulah ai ada masa nak buat kek nih. Janji buat ya tak?

Miss 5 tumpang sekaki... itulah dia Miss 5... tiap kali orang sambut birthday setiap kali tu jugak dia menyibuk nak potong kek.... ganggu betul. Potong kek kat bawah pokok jer..... kat hostel dia..

Ai ada jugak buat Mee goreng, Tart dan jugak Pavlova untuk dia celebrate ngan kawan2 dia. Gambar Tart dan Pavlova nanti ai cerita kat lain entri ya. Gambar atas sebelah kiri tu..... Miss 5 dan anak sedara ai duk ngadap saki baki coklat yang ai curahkan kat atas kek tu. Suka hati dapat kenduri Coklat.

Yang ni lak ai buat untuk yang lain2 punya birthday. So sape2 yang ada sahaja yang dapat merasa kek ni. Pada yang duk jauh tu.... nasib lah tak der rezeki uolls.... Alang2 buat untuk Miss 16, ai pun buat lebih lah untuk semua yang menyambut Birthday pada bulan 7. Layan lah gambo2 ai ni ya. Bagi yang nak berminat nak order boleh tengok label disebelah kanan tu. Semua detail kat situ ya.



Kan dah kata..... semua birthday orang dia pun nak interprem jgak.... itulah Miss 5.... janji ada PEACE..... hehehe....

No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...