Saturday 15 December 2012

Red Velvet Cake for Syameer & Aisya Birthday

Assalamualaikum...... Red Velvet Cake bagi menyambut ulangtahun kelahiran Syameer dan Aisha. Mereka ni dua beradik. Syameer 5 tahun dan Aisya 2 tahun. Ayahnya order kek tapi tak de lak dia bagitahu nak design or deko apa. So, kebetulan edible image boboiboy tu masih ada dalam esbok, ai pun tampal2 je lah kat kek dia orang bagi meriah sikit. Kek tu pun ai buat colourfull sikit sebab budak2 ni kan suka sesuatu yg meriah gitu. Kan?

Sebelum dan Selepas tampal2 dan tulis2...


Pada mulanya ai sendiri pun tak tahu nak hias macam mana. Tiba2 jer dapat idea macam ni so jadilah kaler2 gini. Badut sekor kat atas kek ni tak de geng nak sembang hehehe.... sembang je lah ngan ladybug tu.

Pandangan belakang Badut hehehe.... manalah tahu kot ada yg nak tahu gaks mcm mana body badut tu.

Di hiasi ngan lilin "Happy Birthday" yg berbentuk star gitu.

Hah.....tiup-tiup jangan tak tiup..... abis menyembur kat kek tuh....hahaha

Selain red velvet, maknya syameer dan aisya ni pun order Kek Kastad Chiffon untuk di jamu pada hadirin malam tu. Yang kat atas tu pun ada Triffle ai buatkan untuk dia orang sebagai hadiah hari jadi....(boleh ker bg kuih? hentam je lah....)

RED VELVET KEK 
SIZE 9" BULAT
RM85.00
(tidak termasuk lilin dan edible image) 


No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...