Monday, 24 February 2014

Gubahan Hantaran Untuk Azhar

Assalamualaikum..... apa khabar semua...... kali ni kita lari tema sikit ya. Bukan apa... sekali sekala nak gak cuci mata tengok benda lain kan? Tak de lah buntang jer mata asyik tengok kek... Talam.... Fondant.... Coklat ya tak? Mai kita pakat tengok gubahan hantaran perkahwinan yang ai buat khas untuk sepupu ai sempena hari bahgia dia masa cuti raya cina lepas.

 

 
 

 
 

Tema kaler Orange + Putih. Ini Sebelah sepupui ai untuk di bagi pada pengantin perempuan. Bagi pihak perempuan untuk lelaki (sepupu ai) tema kaler Coklat + Cream dan ai juga yang suka suki menggubahnya..... kita layan jer hehehe.....







Maka Selamatlah majlis yang penuh meriah ni. Suka tengok coklat tikus tu..... di terbangkan khas dari Swiss ini tikus..... selamat untuk di makan ya. Kita tengok kek kahwin laks untuk entry akan datang..... selamat menjamu mata....jumpa lagi.

Thursday, 20 February 2014

Coklat dan Kek Fondant Hantaran - TQ Yus

Assalamualaikum..... bersua lagi kita ari ni..... macam rajin jer sari dua ni update blog kan? hehehe....jangan tertipu.... sebenarnya ai dah schedule awal2 bukan apa... time free ni jer ai boleh update banyak2 sekaligus tapi akan publish ikut date yang ai pilih..... so senang kan?


Hari ni semangat sikit tengok blog sendiri sebab update tempahan yang jarang2 dah sekarang orang mintak. Tapi ari tu sekali lupa nak snap gambar so tak leh tempek kat sini le jawapnya. Tapi yang ni dah tak lupa.... ni order dari cikgu Yus untuk hantaran kahwin adiknya yang berlangsung di kota bahru cuti CNY baru2 ni.


Yus nak tema yang sama dengan yang dia pernah order untuk adiknya dulu.... senang cerita nak buat kan. Coklat Hantaran or gift set 35 Pcs = RM45.00 sahaja.


Fondant kek ni pun untuk hantaran jugak. Size 7in sebab nak sesuaikan dengan dulang hantaran so tak boleh buat besar2. Hampir lupa sebenarnya dengan kek ni... nasib baik call tuan dia tanya bila nak ambil. Sekali Yus cakap nak ambil petang hari yang sama terus ai terduduk sebab waktu tu dah pukul 12 tgh ari. Punya lah gabra terus cepat2 uli fondant dan kerah Miss 18 buat apa2 yang patut untuk siapkan kek ni.

Fondant Kek 7" - Kek Coklat Moist = RM120.00

Fuuhhh..... lega rasanya bila dapat siapkan pada waktunya. Tunggu Yus datang ambil  tapi lambat so ai terpaksa pesan jer kat miss 18 sebab terpaksa berkejar ke rumah mak sedara ai untuk siapkan gubahan hantaran sepupu ai..... waaaaaa...... penat...


Harap Yus berpuas hati dengan Kek ni. Sorry ai tak boleh order kaler bunga Maroon purple seperti yang yus mintak sebab tokey bunga pergi umrah. Ai beli jer mana2 bunga yang ada iras2 color tu.... Terima kasih sekali lagi pada Yus yang selalu berurusan ngan USK...


Wednesday, 19 February 2014

RV, Cheese Leleh, Talam, KGH & Kek Pisang

Assalamualaikum.... update edisi campur aduk ya. Bukan apa.... order yang sama berulang2 lak tu so ai rasa biarlah ai letak gambar sekali skala jer kalu tak nanti boring tengok kuih or kek yang sama jer ya tak? 


Red Velvet with cream cheese frosting = RM13 / Bks

Red Velvet versi ekonomi. Ini order dari sepupu dan customer ai juga. Banyak kali dah ai buat yang versi ekonomi ni. Alhamdullilah sambutan nya boleh tahan lah. Kadang2 lebih senang nak makan versi yang macam ni. Bagus jugak bagi yang baru nak mencuba macam mana rasa red velvet ni.


 Cheese leleh = RM10 / bks

Yang Atas tu adalah Cheese leleh aka Lava cheese aka cheese melimpah pun ada gak yang bagi nama utk kek ni. Memang malatops cheese leleh ni sampai kadang2 tu tak sempat nak buat. Ada yang siap tempah awal.... kalau ai buat terus masuk nama dia hehehee...... Sebenarnya cheese ni ada bermacam2 perisa tapi setakat ni ai buat perisa vanilla dan pandan jer. Tak sempat nak ejas perisa lain sibuk sangat.


Talam Jangung dan Talam Chendol = 10 x 10 in

Talam ni pun baaaanyaaak sangat permintaannya sampai kadang2 ai terpaksa tolak sebab kesuntukkan masa. Pada sesapa yang ai pernah tolak permintaan uolls tu ai mintak maaf banyak2 lah. Itu memang ai betul2 tak boleh buat tu. Talam yang paling melatops ialah Talam Keladi.... memang ramai sangat peminat Talam ni. Keladi pun sampai mencecah rm9 sekg. Adeesss sakit kepala mak... 

Untuk Talam ni boleh mintak nak potong berapa keping yang dikehendaki. Ukuran Talam 10 x 10in dan boleh potong 81 pcs, 72 pcs, 64 pcs, 45 pcs, 40 pcs, 25 pcs..... tak nak potong terus pun tak per..... lagi ai suke hehehe.... Harga semua talam ni tengok entry sebelum ni ai dah bubuh harga siap2. Yang atas tu order dari cikgu Linda - Talam Chedol n Jagung, Cikgu laili - Talam Chendol, Kak Ma - Talam Keladi itu jer yg ai ingat...yg ai tak ingat tu sorry lah ya tapi terima kasih banyak2.


KGH aka Kek Gula Hangus or kek sarang lebah or kek span (utk ore kelate). Memang lama dah tak buat kek ni. Ini pun adik ai yang mintak untuk jamu bidan yang datang untuk buat "pelepas" lepas bersalin. Orang Terengganu panggil pelepas kalu dah abis pantang 44 hari tu.... negeri lain ai tak tahu la.... Yang ni versi gedabak hehehe.... memang ai buat besar dari biasa.


Kek Pisang versi suka hati ai jer.... tiba2 terasa nak makan kek pisang so beli pisang terus godek2 kat dapur... masuk oven siap..... hehehe.... gambar ni memang "Hot from Oven" lah ai ckp u..... saje nak kasi terliur adik2 ai yang jauh2 tu.... disebabkan banyak sangat so ai bagi jer kat adik ai dan mana2 yang berdekatan ngan ai. Hantar kat sekolah Miss 7 kebetulan adik ai mengajar kat situ. Terus dapat order dari Cikgu2......Mekasih. Itulah dinamakan rezeki untuk 2 belah pihak ya tak?

Tuesday, 18 February 2014

Harga Talam

Assalamualaikum...... harga untuk semua talam bermula February 2014. Di harap anda semua berpuas hati dengan harga yang USK tetapkan setakat ini. Semua tahu akan kenaikan harga barang kan.... sebelum ni gula naik pun ai tak kisah kan dan baru2 ni santan pun naik harga jugak adeeehhh... susah nak berniaga kalau macam ni kan. Tapi ai utamakan pakaging untuk Talam ni sebenarnya sebab sebelum ni ai guna plastic case bersama cake board yang harganya mencecah RM3 untuk 2 item tu sebab tu lah lately ni ai guna box biasa jer untuk cover ai punya perbelanjaan. Lepas ni ai akan guna semula pakaging ni dengan harga baru untuk semua talam ai......

Ini lah pakaging yg ai guna dulu (sebelah kiri) lepas tu ai tukar guna kotak kek (sebelah kanan) so sekarang ai akan guna semula pakaging dulu.... lebih cantik dan selamat sebab kotak kek  ni kadang2 tak boleh menampung berat Talam ni.


Talam Keladi = RM30.00 (Paling Top di USK)

 Talam Chendol = RM28.00

 Talam Roti Coklat Strawberry = RM35.00

 Talam Jagung = RM28.00

 Talam Sekoteng = RM28.00

 Talam Peanut Butter = RM35.00

 Talam Serimuka Delima Pandan = RM35.00

 Talam Tokyo = RM30.00

 Kuih Lapis = RM28.00

 Talam Ubi Dhia = RM35.00

Talam Suji = RM28.00

Harap semua customer ai berpuashati dengan penerangan ai ni. Bukan saje2 ai nak naikkan harga Talam ai ni walaupun banyak harga barang dah naik. Rasa nya harga ai ni masih rendah kalau di bandingkan harga disetengah2 tempat lain. Inilah harga yang ai dah tetapkan..... so jangan ada permintaan yang pelik2. Tak nak bekas tu lah..... tak nak masuk plastik lah....macam2 hal. Dah tu uolls nak letak atas tapak tangan jer ker !!!! hehehehe.....Peace.....

Sunday, 26 January 2014

Pavlova & Snowy Peach for Birthday "Abah"

Assalamualaikum.....salam ahad untuk semua yang masih sudi singgah di sini. Moga ceria dan gembira selalu mengiringi kehidupan anda semua. Kali ni entry untuk yang bernama "Abah" hehehe.... so sesape yang rasa dia seorang "Abah" boleh lah tumpang tengok.... kalu nak merasa sila lah order ya.... Peace.....

 
Pavlova ni ai buat untuk hubby ai sempena birthday dia awal bulan ari tu. Yang ni dia bawa untuk jamu member2 dia kat office. Beruntung lah sape2 yang kerja dengan hubby ai ni, selalu dapat makan free...hehehe. 


Yang ni laks ai buat masa sambut birthday ayah ai ari tu. pucat jer kan bila tak ada kaler hitam anggur tu. Tapi tetap licin.....yum...yum....


Ini lak kawan hubby ai order untuk sambut birthday dia. Ni semua penangan sebab makan free ari tu.... terus order untuk makan2 ngan family dia plok. En. Zaki order 40 pcs Pavlova dan sebiji Snowy Peach. Triffle tu ai bagi as buah tangan untuk birthday dia.....



Snowy Peach untuk Birthday "Abah"...... anak2 panggil abah so....jadilah kek abah hehehe.... 1st time order ngan ai dan komen nya....."wah..... macam kat kedai jer..... " hehehe...memang lah sama ngan kedai gak cuma ai ni buat kat rumah jer. Belajar or menuntut ilmu tu sudah semestinya.... buat kek kat rumah pun mesti kena ada ilmu ya....


Rupa sisi kek.... kek ni tak de lah licin lesuh permukaan nya ya... sebab fresh cream ni di campur ngan milky custard cream lak yang menjadikannya lebih marbeles. waaahhhhh....g2. Setiap layer ni ai tabur ngan peach cincang dan kalu ikut tok guru memang tak der nya peach setiap layer...


Itulah dia kek untuk birthday "Abah".... yang pasti bukan abah ai ya....ni "Abah" orang lain hehehe.... moga panjang umur murah rezeki untuk En. Zaki dan keluarga....Amin.....

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...