Tuesday, 18 December 2012

TRIFFLE

Assalamualaikum......pelbagai triffle yang telah ai buat. Ada yang semata2 untuk menjamu selera bersama ahli keluarga dan ada juga yang di tempah oleh customer ai. Apa-apa pun kita layan je lah gambo2 ai ni. Tak banyak pun sebab benda yang sama jer.....



Yang atas tu Triffle yg ai buat untuk Miss 16 masa ai pi visit dia kat hostel. Kebetulan ada banyak buah2 lebihan dari buat Pavlova so ai tabur jer kat atas triffle tu. Biar dia orang makan buah2 tu dari membazir jer kat dlm esbok ai hehehe....Baru2 ni Farid dari Felda kerteh 6 pun ada order 2 bekas Triffle ni untuk jamuan kahwin kakak nya. Bukan untuk santapan orang ramai yer.... cuma untuk santapan ahli keluarga sahaja. Tapi sorry lah ai lupa nk snap gambar nya.



Yang ni ai buat untuk geder2 ngan family ai. Kali ni ai cuba jelly perisa Lime sebab tu lah kaler hijau. Biasanya ai guna jelly perisa strawberry. Tapi perisa lime ni sedap rupa2nya....rasanya yang masam tu memang sesuai sangat dengan kastad, kek dan fresh cream yang sedikit manis tu. So, member2 yg mana nak cuba buat triffle ni bolehlah try guna perisa lime ni.... pasti tak menghampakan..... Tak de lah selalu abis jelly strawberry kat pasaraya tu ya tak? 

TRIFFLE - Size 8" x 8" = RM35.00
Minima order = 2 bekas yer......

Monday, 17 December 2012

Mini Pavlova for Fareed

As-Salam semua yang sudi singgah di sini. Entri seringkas mungkin sebab dah tak de idea nk mengarang panjang2. Kali ni order dari orang yang tersayang untuk di beri pada orang yang di sayangi....... MINI PAVLOVA.......sangat sesuai.....


Tempahan dari Cik Naomi yang berada di K.L untuk diberikan pada tunangnya yang berada di Kerteh. Selamat menjamu selera untuk En. Fareed. Nanti boleh suruh tunang you order lagi untuk you yer....


Untuk pengetahuan semua, Pavlova 1/2 (half)  resepi = 12 pcs (Mini) tapi untuk akan datang ai dah tak ambil order untuk 1/2 resepi melainkan ada order yg sama dan pada masa yg sama juga. Makna nya uols mesti order 1 resepi (24 Pcs mini or 2 layer utk 8" bulat). Sesape yg nak 1/2 resepi blh kal ai dulu, kalau kebetulan ada customer lain nak kan 1/2 resepi jgak, so ai boleh combine kan. Harap maklum. Kalau tak paham sila kal ai ya.


Saturday, 15 December 2012

Red Velvet Cake for Syameer & Aisya Birthday

Assalamualaikum...... Red Velvet Cake bagi menyambut ulangtahun kelahiran Syameer dan Aisha. Mereka ni dua beradik. Syameer 5 tahun dan Aisya 2 tahun. Ayahnya order kek tapi tak de lak dia bagitahu nak design or deko apa. So, kebetulan edible image boboiboy tu masih ada dalam esbok, ai pun tampal2 je lah kat kek dia orang bagi meriah sikit. Kek tu pun ai buat colourfull sikit sebab budak2 ni kan suka sesuatu yg meriah gitu. Kan?

Sebelum dan Selepas tampal2 dan tulis2...


Pada mulanya ai sendiri pun tak tahu nak hias macam mana. Tiba2 jer dapat idea macam ni so jadilah kaler2 gini. Badut sekor kat atas kek ni tak de geng nak sembang hehehe.... sembang je lah ngan ladybug tu.

Pandangan belakang Badut hehehe.... manalah tahu kot ada yg nak tahu gaks mcm mana body badut tu.

Di hiasi ngan lilin "Happy Birthday" yg berbentuk star gitu.

Hah.....tiup-tiup jangan tak tiup..... abis menyembur kat kek tuh....hahaha

Selain red velvet, maknya syameer dan aisya ni pun order Kek Kastad Chiffon untuk di jamu pada hadirin malam tu. Yang kat atas tu pun ada Triffle ai buatkan untuk dia orang sebagai hadiah hari jadi....(boleh ker bg kuih? hentam je lah....)

RED VELVET KEK 
SIZE 9" BULAT
RM85.00
(tidak termasuk lilin dan edible image) 


Friday, 14 December 2012

3 TIERS WEDDING CAKE - MAROON THEME


As- Salam..... bertemu lagi kita..... kali ini entri yang menggembirakan dan menghangatkan hati ai sebab kali ni ai selamat menyiapkan kek perkahwinan 3 tinggkat yang telah berlansung pada hari raya aidiladha yang lepas. Inilah projek kek terbesar bagi ai semenjak bermanja2 dengan cream dan kek ni hehehe..... maklumlah kita budak baru mengetest belajar......


Banyak jugak lah cabaran yang terpaksa di tempuh memandangkan Majlis Perkahwinan ni di adakan di Masjid Tanah, Melaka. So, ai buat siap2 kat rumah just deko kat rumah cousin ai di Melaka. Yang kawin ni pun cousin ai jugak.....hahahaha. saje buat gempak.... mak sedara ai ni yang nak kan ai buat kek untuk anak lelaki kesayangan dia tu maklumlah sorang tu jer yang lelaki...... ai pun ambil cabaran ni sementara tu bolehlah memantapkan lagi ai punya skill.


Sebenarnya banyak cerita di balik tabir pembuatan kek ni. Macam2 ada.... apa taknya dah penat buat apam polkadot 1500 pcs lepas tu bermandi ngan 1.5kg cream cheese dan 2 liter fresh cream serta gula aising untuk buat fondant tu....waahhhh memang mencabar betul bagi ai yang baru bertatih ni. Habis semua sepupu sepapat ai di kerah untuk menyiapkan semua ni. Tapi semuanya sporting giler............. tak tido pun tak pe asalkan semuanya berjalan lancar..... wa caya lu lah......


Kek Coklat Moist bersalut fondant, filling cream cheese tapi tersangatlah berat nya tak dapat timbang (sbb ai punya timbang limit for 5kg only hehehe) itupun tak termasuk fondant..... ukuran 13" x 13". Bila dah salut fondant lagilah berat. Stack kek kat atas tu Red Velvet kek topping & filling mestilah cream cheese yang marbeles tu. Yang bulat sebelah bawah ukuran 9" dan yg atas 7" bulat.  di hiasi bunga fondant kaler maroon tapi bunga tu ai beli yang ready made punya. 

Bersama assistant2 cilik dan juga mak cilik tapi ada lagi yg tak de kat sini sbb masa kita tengah berposing mereka tengah berdandan....sorry....


 Ini dia  "From Tgganu with Kepoh but LOVE" 

Ucapan kami untuk Dean & Ezayani 
"Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal Ke Akhir Hayat"

Thursday, 13 December 2012

STRAWBERRY SLICE CAKE

Assalamualaikum dan salam bahgia pada yang setia menatap coretan ai yang tak seberapa ni. Harap janganlah uols boring ngan ai ya.... tapi kalu boring tu apa kata order kek ni untuk menghilangkan keboringan anda itu....hehehehe.... Kali ni entri untuk Slice kek perisa strawberry laks. Inilah kali pertama ai buat selepas kelas dulu. Alhamdullilah.... berkat ajaran guru, slice kek ni pun menjadi seperti mana yang telah diperturunkan pada ai. Mekasih cikgu...


Tempahan dari Pn. Fatimi untuk jamuan sekolahnya sebelum cuti ari tu.... besa lah ai ni memang lambat sikit nak masukkan ke blog. busy memanjang jer......


Strawberry Slice Cake (Sponge cake) - ukuran 10" x 10" potong 36 pcs = RM28.00 (Harga Promosi lagi buat masa ni). Sesapa yang berminat boleh SMS ai or kal terus or email jer.

Wednesday, 12 December 2012

RED VELVET FOR 17TH ANNIVERSARY 




You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith coz you believed
I’m everything I am
Bcoz you loved me ooo....


Assalamualaikum...... terima kasih bagi yang masih sudi menjenguk ai di sini... pernah dengar bait2 or lirik lagu yang ai tulis kat atas tu? Because You Loved Me by Celine Dion. Miss 5 suka sangat ngan lagu ni.... best kan...... Jua terima kasih Allah kerna mengrahmati kami sekeluarga sehingga ke tahun ini iaitu dah 17 tahun kami melayari bahtera berumahtangga ini dah bermacam2 dugaan dan cabaran yang telah kami lalui.... Alhamdullilah.... sampai ke saat ini kami masih bersama dan doa kami moga kami akan terus bersama sehingga ke akhir hayat kami...amin....


Sempena hari bahgia kami (walaupun dah lepas) sebab lambat update blog  ...hehehe masalah biasa. Ai buat Red Velvet Kek untuk meraikan nya. Tak de lah buat parti2 or joget2 lambak pun.... just buat Red Velvet ni jer dan hubby ai bawa ke opis dia untuk dijamu pada member2 nya. Moga kasih sayang kami semerah dan sebaldu kek ni...hiks...hiks...hiks..... jangan jeles ok.


Sebenarnya ai cuma nak test buat deko bunga2 tu.... tapi sayang tak cukup cream cheese untuk buat rapat2 so jadi lah macam kat atas tu.... bunga tu terpaksalah dijarakkan sikit. Ai pun ada buat roti jugak so boleh lah dia orang buat minum petang. 


Tuesday, 11 December 2012

CHOCOLATE HAND BOUQUET FOR GRADUATION DAY


As-Salam...... congrats.....congrats...... untuk Khairul sempena graduation day bulan lepas. Tempahan dari seseorang untuk khairul memandangkan ayahnya tidak dapat menghadiri hari bertuahnya kerana mengerjakan haji baru2 ni. Di harap dengan adanya pemberian ini dapat mengembirakan lagi hati Khairul.


Sejambak bunga coklat untuk hari konvokesyen anda..... apakah perasaan anda? hah....jawab....jawab.... mestilah suka kan? daripada uolls bagi bunga segar or bunga tiruan yang harganya boleh tahan mahal jugak tu.... lebih baik uolls bagi bunga coklat ni. at least lepas penat uolls ber-posing2... uolls boleh ngap bunga ni.... hehehe bagus tak idea ai. lu pikirlah sendiri (kata Nabil).....

30 pcs untuk sejambak macam ni harganya RM110.00


Ai diberitahu pada mulanya Khairul tak perasan yang bunga ni bunga coklat. Maklumlah lelaki kan..... kadang2 tak peka langsung dengan keadaan semasa dan keliling nya tambah2 lagi Khairul ni pemalu sikit orang nya...hehehe. The next day tu barulah dia tanya balik.... bunga tu.... coklat ker? adeehhhh..... kesian lak pada yang memberi tu ya...hahahaha... so, moral of the story... lain kali bagitahu yang bunga tu diperbuat dari coklat.... nanti tak pasal2 dia buang jer... tak pun dia pelik nape bunga ni tak layu2....wakakakaka.....

Pada yang berminat boleh lah ringan2 kan jari anda meng-sms ai or kal ai lagi senang. Bunga tu pun ai boleh tukar ngan fresh flower dan mengikut warna yang di minta.

Sunday, 9 December 2012

BOBOIBOY THEME UNTUK BIRTHDAY ECAH


Assalamualaikum semua..... hari ni kita tengok boboiboy yer anak-anak.... inilah kek untuk celebrate birthday Ecah aka Yaya (miss 5) best friend. Ecah ni peminat tegar boboiboy yang pantang tengok apa2 saje yang berkaitan ngan boboiboy maka akan jadi sasaran dia. Tak kira lah... baju ker, anak patung ker.... tambah2 lagi sekarang dah keluar patung geng2 boboiboy ni kan! haru ummi dia kena beli semua koleksi boboiboy nih. 


Kek ni ecah bawak gi kat tadika untuk makan ngan kawan2 dia. Bukan main lagi suka hati dia dapat potong kek ngan kawan2 maklumlah tahun ni tahun last kat tadika tu. Balik jer dari tadika sibuk bagitahu kek birthday dia seedaap saaangaat..... hehehe.... sebenarnya ai buatkan kek coklat moist untuk layer bawah dan kek coklat sponge untuk layer atas, filling dan topping ai guna fresh cream so memang marbeles lah kek ecah ni. Tapi kan budak2 ni kalau sebut jer coklat pasti semua suka.....yer tak?


Itulah dia Ecah aka Wan Nur Fazliyatul Aishah binti Wan Muhamad Fakri.. hah tu dia nama nya semput nafas nak menyebutnya sampai habis. Yang cute miut pakai tudung tu. Miss 5 enterprem lah apa lagi.... Ecah sempat datang amik kek sebelum gi sekolah. Apa2 pun Ecah..... Acik Ma ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir yg Ke 6. Moga ecah menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat......

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...