Friday 13 January 2012

Sarapan Pagi Jumaat

Assalamualaikum n selamat pagi semua...... dah beberapa hari tak update blog... bukan apa... cuaca dua tiga hari ni mendung dan hujan so mood pun macam cuaca jgak...hehehe....malas jer nak bergerak..... tapi malam tadi ada sikit hormon rajin melanda....so masuk dapur godek2 bahan yang ada kat dapur tu maka terjadi lah Kuih Kaswi ni. Resepi ni dah lama amik kat tenet tapi dah lupa dari mana sebab dah lama sangat lagipun masa tu belum aktif berblog lagi...so salin n simpan dan tunggu masa jer nak buat. Kalau ada rakan2 yang tahu asal resepi ni bolehlah bagi tahu I ya... bolehlah I inform kat sini nanti.



Pagi ni I juga masak Mee Goreng Lembap (bukan basah okey...sbb tak ada kuah pun) . Kan I dah cakap hormon rajin datang.... so apa lagi I masak lah (sementara hormon masih ada...huahahhaha). Tapi I tak tempek lah resepi kat sini sebab masak biasa2 aja....so you olls tengok jer lah ya...kalau rasa nak makan tu masak sendiri ...hehehehe...

KUIH KASWI
Post by : Ummisarahkitchen

Bahan A
2 cawan air
350gm Gula hitam (ummi guna nisan) - nisan ni macam gula melaka
1 cawan gula pasir - bg yg krg suka manis boleh krgkan gula
daun pandan

Cara :
Masak semua bahan di atas api hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.

Bahan B
2 cawan tepung gandum(+ 3 sudu makan lagi)
1 cawan tepung kanji
4 cawan air
1 sudu makan air kapur
2 sudu makan air abucang - ummi tak letak
2 sudu pewarna coklat

Cara :
Satukan semua bahan A dan B lalu ditapis.
Kukus sehingga masak. Jika menggunakan acuan kecil - 20 minit
Jika menggunakan loyang mengambil masa kira-kira 30 minit
Hidang dengan kelapa(putih) parut yg dikukus dan dibubuh sedikit garam

Note : Ummi tak kukus pun kelapa tu cuma gaul ngan sedikit garam dan terus ngap.....

No comments:

Anda juga menyukai ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...